Terdesak Perlukan Duit Segera? Baca Panduan Ni Sampai Habis

calendar-range
Dikirim 30/08/2021
(dikemaskini 21/12/2023)
Terdesak perlukan duit segera

Ada masalah kewangan dan terdesak perlukan duit segera? Klik dan baca panduan ni bagaimana nak buat pinjaman segera pantas dengan mudah

Masa sekarang ramai yang kesempitan wang dan perlu duit segera. Tambahan pula dengan pandemik yang melanda secara tiba-tiba. Antara penyelesaian paling mudah ialah dengan buat pinjaman peribadi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lagi cara atau kaedah boleh digunakan untuk dapat wang segera. Pastikan anda baca sampai habis untuk selesaikan masalah kewangan.

Cara dapatkan pinjaman duit segera

Seperti yang saya katakan, banyak kaedah boleh digunakan sekiranya anda urgent nak guna duit. Ramai ingat jalan penyelesaian untuk dapatkan wang segera hanya dengan buat pinjaman peribadi. Tetapi, terdapat beberapa cara dapat duit cepat yang boleh dilakukan tanpa perlu buat pinjaman.

Pinjaman wang segera tanpa dokumen

Ramai nak tahu bagaimana nak pinjam duit segera tanpa dokumen. Maaf cakap, sukar untuk buat pinjaman dengan institusi kewangan yang sah tanpa sebarang dokumen seperti slip gaji, akaun bank, pengenalan diri dan sebagainya. Nak pinjam along pun perlu ada MyKad. Walau bagaimanapun, ada cara untuk pinjam duit segera tanpa slip gaji, atau dokumen lain.

Pinjam dari saudara-mara dan rakan-rakan

Cara terbaik nak guna duit segera tanpa perlu sedia sebarang dokumen adalah dengan pinjam dari rakan atau saudara. Mungkin anda mengeluh kerana ada rasa malu atau ego untuk buat pinjaman dari keluarga atau sahabat. Tetapi, sebenarnya kaedah ini lebih baik daripada buat pinjaman along.

Letakkan ke tepi sebentar ego atau rasa malu. Anda mungkin terkejut kerana kebanyakan rakan atau keluarga tidak ada masalah untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Tetapi, janganlah mengambil kesempatan terhadap keikhlasan mereka.

Cuma jika guna cara ini untuk mendapatkan duit segera, mungkin jumlah diperolehi tidak banyak berbanding cara lain. Mungkin sekadar pinjaman RM100, RM300 atau RM500 segera dari rakan dan saudara-mara tidak akan menjadi masalah.

Paling penting anda bayar wang pinjaman tersebut seperti pada tempoh dijanjikan. Jika ada gagal melunaskan hutang sepeti dijanjikan, mungkin hubungan antara anda dan rakan atau keluarga akan terjejas. Ini adalah risiko yang perlu ditanggung jika buat pinjaman segera dari rakan atau keluarga.

Pinjaman pajak gadai Ar Rahnu

Pinjaman pajak gadai Ar Rahnu

Satu lagi cara untuk mendapatkan wang segera tanpa dokumen adalah dengan mencagarkan barang kemas, atau emas. Pinjaman pajak gadai bukanlah perkara baru di negara kita. Malah menurut sejarah sistem ini telah wujud seawal kurun ke-19 hasil daripada pendatang daripada negara China yang mula melombong bijih timah.

Walau bagaimanapun, sistem pajak gadai digunakan adalah berlandaskan sistem konvensional. Sistem ini selalunya mengenakan caj kadar faedah tinggi dan membebankan. Bagi Muslim pula, sistem yang melibatkan riba ini membuatkan mereka teragak-agak untuk menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan duit segera.

Masalah ini telah diatasi dengan sistem pajak gadai Islam Ar Rahnu. Sistem Ar Rahnu yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YPEIM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) berbeza dengan sistem pajak gadai konvensional. Sistem ini menawarkan pinjaman tanpa caj faedah dan hanya mengenakan upah simpan yang tidak membebankan.

Pinjaman dengan gadaian emas melalui Ar Rahnu adalah antara kaedah terbaik untuk pinjaman duit segera tanpa dokumen.

Jual barang yang tidak perlu

Melepaskan barangan peribadi tidak diperlukan juga adalah salah satu cara untuk cara dapat duit cepat tanpa perlu dokumen. Kadang-kadang kita tak sedar banyak barangan di rumah sudah tidak diperlukan lagi. Seperti biasa, nak jual sayang – jadi simpan dalam stor konon-konon akan digunakan kembali satu hari nanti.

Tetapi jika dah terdesak perlukan duit segera, jual sahaja barang-barang dah lama tidak digunakan. Mungkin nilai barangan tersebut tidak tinggi, tetapi walaupun sedikit boleh membantu di saat kecemasan. 

Pinjaman dari institusi kewangan

Pinjaman duit segera tanpa dokumen memang mudah dan keputusan pantas. Tetapi kelemahan utama jenis pinjaman yang dinyatakan sebelum ini adalah jumlah dimohon sudah pasti sedikit. Jika anda ingin duit segera dengan jumlah banyak, pinjaman institusi kewangan adalah penyelesaiannya.

Pinjaman segera bank

Ramai ingat pinjaman peribadi bank memakan masa panjang dan tidak sesuai jika terdesak nak pakai duit urgent. Tetapi, sebenarnya terdapat banyak pelan pinjaman bank menawarkan keputusan pantas. Ada yang memberikan keputusan permohonan anda tidak lebih daripada 24 jam hari bekerja. 

Sebagai contoh pinjaman RHB Easy boleh lulus dalam tempoh 24 jam, atau CIMB Cash Plus, Maybank Personal Loan, dan Hong Leong Personal Financing menawarkan keputusan permohonan tidak lebih daripada 48 jam hari bekerja.

Walau bagaimanapun, syarat mohon pinjaman diperlukan untuk mohon pinjaman segera bank adalah lebih ketat berbanding institusi kewangan yang lain. Terutama jika skor kredit rendah atau rekod kredit buruk – sudah pasti peluang lulus lebih tipis.

Baca panduan skor kredit untuk memahami bagaimana nak kira skor kredit.

Pinjaman koperasi pantas

Alternatif utama untuk pinjaman peribadi bank adalah pinjaman koperasi. Seperti juga pinjaman daripada bank, pinjaman koperasi menawarkan jumlah pinjaman tinggi dan tempoh keputusan pantas. Pelan daripada koperasi juga dalah terjamin seperti pelan daripada bank kerana koperasi yang menawarkan pinjaman adalah koperasi berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Namun, kebanyakan pelan pinjaman segera koperasi rata-rata hanya ditawarkan kepada pekerja sektor awam seperti kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun.

Sekiranya anda pekerja sektor awam, cukup syarat dan ingin pakai duit segera, lihat senarai pelan pinjaman yang ditawarkan oleh koperasi. Anda juga boleh mohon online untuk pemprosesan permohonan dan keputusan segera.

Lihat senarai pinjaman koperasi dengan kelulusan pantas.

Pinjaman wang segera berlesen

Selain pinjaman bank dan koperasi, institusi kewangan kredit komuniti atau lebih dikenali sebagai pinjaman berlesen adalah sumber pinjaman segera yang popular. Pemberi pinjaman wang (PPW) sering digunakan oleh mereka yang sukar untuk mohon pinjaman bank dan tidak layak untuk pinjaman koperasi.

Syarat untuk mohon pinjaman dari syarikat pinjaman berlesen selalunya lebih longgar berbanding bank atau koperasi. Malah, boleh dikatakan kebanyakan syarikat ini menerima permohonan daripada individu dengan skor kredit rendah, rekod buruk di CCRIS, dan sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) di bawah AKPK. Syarat mohon yang longgar ini menjanjikan tempoh lulus pantas berbanding bank atau koperasi.

Walaupun pinjaman kredit komuniti mengenakan syarat longgar, pinjaman segera jenis ini mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah caj kadar faedah atau keuntungan tahunan selalunya lebih tinggi berbanding bank dan koperasi. Jika ada syarikat menawarkan kadar faedah rendah, selalunya pelan tersebut dikhususkan kepada kakitangan sektor awam sahaja.

Pinjaman dari pemberi pinjaman wang berlesen juga membenarkan pinjaman dengan amaun lebih rendah dan tempoh pembiayaan singkat berbanding bank atau koperasi. 

Tetapi, jika anda sukar mendapatkan pinjaman dari bank atau koperasi, pinjaman wang berlesen adalah alternatif terbaik jika terdesak perlukan duit segera. 

Mohon pinjaman online
Mohon pinjaman online

Berita baik, melalui laman web ini anda boleh mohon pinjaman wang segera atas talian daripada bank, koperasi dan kredit komuniti. Anda cuma perlu guna sistem semak kelayakan yang kami sediakan untuk pilih pinjaman terbadi berdasarkan kelayakan. Semak sekarang dan pinjam duit online.      

Pinjaman duit segera kad kredit

Alternatif kepada pinjaman peribadi adalah menggunakan pinjaman kad kredit. Boleh dikatakan kebanyakan bank menawarkan pelan ansuran tunai atau Cash Instalment Plan (CIP) bersama kad mereka. Ramai keliru antara pelan ansuran tunai dan pelan bayaran ansuran kad kredit.

Pelan pinjaman tunai kad kredit

Pelan ansuran tunai juga dikenali sebagai pinjaman tunai kad kredit adalah pelan yang membenarkan pemegang kad kredit buat pinjaman tunai dengan kad kredit, dan bayar semula setiap bulan secara ansuran. Pelan bayaran ansuran mudah atau Easy Payment Plan (EPP) pula hanya membenarkan anda beli barangan dengan kad kredit dengan bayaran ansuran bulanan.

Secara mudah, Cash Instalment Plan untuk pinjam wang tunai dan Easy Payment Plan untuk beli barang. Kedua-dua pelan ini memberi kemudahan bayaran ansuran bulanan.

Pinjaman tunai kad kredit adalah salah satu cara paling mudah untuk mendapatkan wang segera. Cara memohon pula sangat mudah iaitu hanya dengan menelefon pengeluar kad kredit untuk menggunakan pelan tersebut. Tempoh lulus juga selalunya lebih pantas berbanding pinjaman peribadi.

Cuma pastikan anda dapat buat bayaran bulanan dengan konsisten kerana jika gagal, anda akan dikenakan caj kadar faedah yang sangat tinggi. 

Lihat senarai Pelan Ansuran Tunai Kad Kredit yang boleh dimohon.

Elak pinjaman along dan scammer

Walaupun terdapat banyak cara dapat duit cepat, masih ramai ingin jalan singkat dengan buat pinjaman daripada pemberi pinjaman tidak berdaftar, terutamanya along atau lintah darat. Sesiapa sahaja, individu atau syarikat boleh mengaku mereka adalah syarikat kredit komuniti atau pinjaman berlesen berdaftar, tetapi hakikatnya tidak.

Ramai terpedaya dengan pinjaman along segera kerana janji-janji manis yang ditawarkan. Tetapi akhirnya makan diri kerana terpaksa buat bayaran bulanan yang tidak masuk akal setiap bulan. 

Begitu juga dengan scammer atau penipu pinjaman peribadi. Golongan ini berbeza dengan along. Jika buat pinjaman dengan along, anda akan dapat duit pinjaman, tetapi terpaksa bayar wang bulanan tinggi. Untuk pinjaman dengan scammer pula, jangan harap anda akan dapat duit pinjaman, malah mungkin hilang duit kerana terpaksa buat bayaran pendahuluan atau bayaran upfront yang tidak wujud.

Baca perbezaan antara along dan penipu pinjaman peribadi

Pihak scammer pandai memanipulasi mereka yang urgent nak guna duit dengan menawarkan pelan pinjaman mudah dan pantas. Hakikatnya pelan ini tidak wujud langsung dan mereka hanya ingin duit pendahuluan daripada mangsa.

Baca lebih lanjut cara nak mengenali scammer pinjaman peribadi dan bagaimana nak elak daripada ditipu.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

15 Comments
Inline Feedbacks
View all comments