Promosi Pinjaman Peribadi September 2020

calendar-range
Dikirim 23/09/2020
(dikemaskini 21/12/2023)
Promosi Pinjaman Peribadi September 2020

Pihak RinggitPlus telah berbesar hati untuk berkongsi dengan pihak Pinjaman Peribadi Bank (PPB) beberapa promosi pinjaman peribadi September 2020. Promosi ini adalah khusus untuk mereka yang sedang mencari pinjaman peribadi lulus segera dan pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Pinjaman Peribadi Lulus Segera (Instant Approval)

Jika anda ingin pinjaman peribadi lulus pada hari yang sama, ini adalah pelan pinjaman peribadi untuk anda. Terdapat dua bank yang menawarkan pinjaman peribadi instant approval, iaitu RHB melalui RHB Easy dan Citibank melalui Citibank Personal Loan.

RHB Easy-Pinjaman Express

Pihak RHB menawarkan pinjaman peribadi konvensional RHB Easy untuk mereka yang ingin permohonan pinjaman lulus pada hari yang sama.

Ciri utama pinjaman ini ialah:-

  • Jumlah pinjaman dari RM2,000 hingga RM150,000.
  • Tempoh pinjaman dari 12 bulan hingga 84 bulan.
  • Caj kadar faedah tetap serendah 8.18% p.a.
  • Ditawarkan kepada kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri.
  • Permohonan tanpa dokumen (paperless application).
  • Lulus segera (instant approval).

Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-

  • Berumur tidak kurang 21 tahun hingga 55 tahun.
  • Berpendapatan gaji kasar RM3,000/bulan digalakkan untuk kelulusan segera dan permohonan tanpa dokumen.

 Klik di sini untuk mohon RHB Easy-Pinjaman Express

Citibank Personal Loan

Citibank Personal Loan yang ditawarkan oleh pihak Citibank adalah pelan pinjaman peribadi konvensional dengan tempoh lulus tidak lebih dari 24 jam.

Ciri utama pinjaman ini ialah:-

  • Jumlah pinjaman dari RM5,000 hingga RM150,000.
  • Tempoh pinjaman dari 24 bulan hingga 60 bulan.
  • Caj kadar faedah tetap serendah 5.88% p.a. (Caj yang lebih rendah untuk pemegang kad kredit Citibank).
  • Ditawarkan kepada kakitangan swasta.
  • Lulus sehingga 10 kali ganda pendapatan.
  • Permohonan tanpa dokumen (paperless application).
  • Lulus segera (instant approval).

Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-

  • Berumur tidak kurang dari 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM4,000 (untuk pemegang kad kredit Citibank) atau RM5,000 (tidak mempunyai kad kredit Citibank).

Klik di sini untuk mohon Citibank Personal Loan

Jika anda tidak cukup syarat kelayakan untuk mohon kedua-dua pinjaman ini tetapi inginkan pinjaman peribadi dengan kelulusan pantas, anda boleh lihat senarai pinjaman peribadi dengan kelulusan pantas.

Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)

Untuk mereka yang inginkan pinjaman dengan ciri penyatuan hutang pula, terdapat dua pelan pinjaman peribadi yang sangat sesuai untuk anda mohon.

Bagi yang tidak tahu apa itu penyatuan hutang atau debt consolidation; pinjaman yang mempunyai ciri ini membenarkan anda menghimpun semua pinjaman yang aktif, atau hutang anda ke dalam satu pinjaman baru. Ini memudahkan dan meringankan beban kerana kebanyakan pinjaman peribadi penyatuan hutang mempunyai jumlah pinjaman  yang tinggi dan caj kadar faedah/keuntungan yang rendah.

Alliance Bank CashFirst Personal Loan

Pelan pinjaman daripada Alliance Bank ini membenarkan penyatuan hutang dengan caj kadar faedah yang rendah.

Ciri utama pinjaman ini ialah:-

  • Jumlah pinjaman dari RM5,000 hingga RM200,000.
  • Tempoh pinjaman dari 12 bulan hingga 84 bulan.
  • Caj kadar faedah tetap serendah 4.99% p.a.
  • Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan (kerajaan/GLC/swasta/bekerja sendiri/pesara).
  • Penyatuan hutang (debt consolidation).
  • Tiada caj proses.
  • Tiada caj penamatan awal.

Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-

  • Berumur tidak kurang dari 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM3,000 sebulan.

Klik sini untuk mohon Alliance Bank CashFirst Personal Loan

Standard Chartered CashOne Debt Consolidation

Seperti namanya, pinjaman peribadi Standard Chartered ini ditawarkan khas kepada pemohon yang ingin menghimpunkan semua pinjaman mereka kepada satu pinjaman.

Ciri utama pinjaman ini ialah:-

  • Jumlah pinjaman dari RM3,000 hingga RM250,000.
  • Tempoh pinjaman dari 12 bulan hingga 84 bulan.
  • Caj kadar faedah tetap serendah 5.50% p.a.
  • Ditawarkan kepada kakitangan sektor swasta.
  • Penyatuan hutang (debt consolidation).
  • Kad kredit percuma jika lulus.
  • Tiada caj proses.
  • Tiada caj penamatan awal.

Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-

  • Berumur tidak kurang dari 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM3,000 sebulan.

Klik sini untuk mohon Standard Chartered Debt Consolidation Plan

Sekiranya anda tidak layak untuk mohon kedua-dua pinjaman daripada Alliance Bank dan Standard Chartered ini, anda boleh lihat senarai pinjaman peribadi dengan ciri penyatuan hutang yang telah kami senaraikan.

Anda juga boleh guna Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi untuk pilih pinjaman yang sesuai dengan kelayakan dan kehendak anda.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments