Promosi Tahun Baru Pembiayaan MBSB Bank

calendar-range
Dikirim 31/01/2023
(dikemaskini 21/12/2023)
Promosi pembiayaan peribadi MBSB

Pihak MBSB Bank sedang menawarkan promosi pembiayaan peribadi sempena tahun baru. Promosi ini telah dihebahkan melalui laman sosial Facebook rasmi pihak MBSB Bank sebentar tadi.

Promosi pembiayaan peribadi-i MBSB ini menawarkan beberapa ciri menarik, antaranya ialah: 

  • Penangguhan bayaran selama 3 bulan sekiranya permohonan pembiayaan anda lulus. 
  • Kadar asas standard (KAS) pembiayaan serendah 2.65% setahun, dengan kadar tetap. 
  • Pilihan untuk program penyatuan kredit. 
  • Tiada cagaran dan tiada penjamin diperlukan. 
  • Tempoh lulus yang pantas hanya dalam tempoh 24 jam jika mohon melalui sistem permohonan M FAST MBSB. 
  • Ganjaran e-baucar untuk Foodpanda, MYDIN, dan pilihan perlindungan kemalangan diri. 

Kelebihan ini ditawarkan untuk semua pelan pembiayaan peribadi MBSB, iaitu MSSB Afdhal-i, Mumtaz-i, dan MBSB Sektor Swasta-i. 

Pelan pembiayaan peribadi MBSB Afdhal-i dan Mumtaz-i ditawarkan kepada kakitangan sektor awam dengan jumlah pembiayaan sehingga RM400,000, manakala MBSB Sektor Swasta-i pula khusus untuk kakitangan sektor swasta dengan jumlah pembiayaan sehingga RM250,000. 

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri pembiayaan peribadi-i MBSB dan bagaimana untuk mohon secara dalam talian (online) melalui pautan di bawah. 

Promosi pinjaman peribadi-i MBSB sempena tahun baru ditawarkan dalam jangka-masa terhad. Oleh itu, jika anda perlukan pembiayaan dengan ciri-ciri yang menarik dan kelulusan pantas, mohon pembiayaan peribadi-i MBSB dalam masa segera sebelum tawaran ini tamat. 

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments