Citibank Balance Transfer via Insalment Plan (BTI) adalah pelan pindahan baki kad kredit daripada Citibank Berhad. Pelan ini adalah antara pelan pindahan baki kad kredit yang sangat fleksibel dengan konsep ansuran bulanan tetap.
Citibank menawarkan tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 36 bulan melalui Citibank balance transfer. Kadar faedah yang dikenakan pula bermula dari serendah 5.32% p.a. Citibank tidak mengenakan sebarang caj pengendalian (upfront handling fee) melalui pelan ini. Anda boleh buat pindahan minimum serendah RM1,000. Had maksimum pula adalah bergantung kepada had kredit (credit limit) kad kredit anda.
Oleh kerana pelan pindahan baki ini adalah pelan bayaran ansuran bulanan tetap, anda perlu membayar jumlah yang telah ditetapkan setiap bulan kepada Citibank. Sekiranya anda gagal buat bayaran dalam tempoh 3 bulan, anda akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi.
Sekiranya anda ingin membuat penamatan awal, iaitu melangsaikan semua baki tertunggak lebih awal dari kontrak – Citibank akan mengenakan caj penamatan awal (early settlement fee) sebanyak RM100.