Citi Cash Back Visa

Kad Kredit Citi Cash Back Visa
Citibank Berhad
Kad kredit daripada
share-nodes
Kongsi
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM120
Percuma untuk 3 tahun pertama (hanya untuk pemegang kad baru)
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM3000
stars
Ciri utama
Ganjaran Petrol, Premium, Rebat Tunai (Cashbacks)
square-list
Pelan kad kredit
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave

Citi Cash Back Visa adalah kad kredit unik daripada Citibank Berhad. Kad kredit ini menawarkan ciri pulangan rebat tunai (cashback) yang sangat menarik – sangat sesuai untuk mereka yang gemar berbelanja.

Rebat tunai yang ditawarkan bermula dari 0.2% hingga 10% bergantung kepada jenis perbelanjaan anda. Secara ringkas, anda akan dapat rebat tunai 10% jika anda berbelanja lebih dari RM500 setiap bulan untuk petrol, barangan runcit, makan, dan perkhidmatan Grab. Rebat tunai 10% ini dihadkan kepada RM10 sebulan.

Walau bagaimanapun, rebat tunai 0.2% adalah tanpa had untuk perbelanjaan selain daripada yang disebutkan di atas.

Selain cashback untuk perbelanjaan, kad ini juga memberikan rebat tunai menarik untuk produk dan perkhidmatan perubatan. Anda akan mendapat rebat tunai sehingga 20% untuk pakej perubatan di 20 hospital yang mengambil bahagian. Anda juga boleh dapatkan diskaun sehingga 15% untuk wad hospital RM120 ke atas jika anda walk-in.

Atau berbelanja di farmasi Watson, Guardian atau Caring untuk rebat tunai sehingga 2%.

Seperti kebanyakan kad kredit Citibank yang lain, kad Citi Cash Back Visa didatangkan dengan ciri premium Citibank World Privileges. Anda akan mendapat keistimewaan dan diskaun untuk 25,000 restoran, hotel, butik, pasaraya, dan padang golf yang mengambil bahagian – dalam dan luar negara.

Sekiranya anda ingin memindahkan baki daripada kad kredit yang sedia ada kepada kad kredit ini, anda boleh gunakan pelan pemindahan baki Citibank Balance Transfer via Instalment Plan yang ditawarkan dengan kad ini.

Anda juga boleh dapatkan barangan idaman anda pelan bayaran ansuran mudah Citibank Easy Pay Plan atau pelan Citibank Flexi Payment Plan. Anda boleh membeli barang serendah RM500 untuk melayakkan anda menukar pembelian anda kepada salah satu Easy Payment Plan ini.

Sekiranya anda ingin guna wang tunai segera, anda boleh buat pendahuluan tunai melalui mesin ATM, atau lebih baik lagi gunakan pelan ansuran tunai Citi Quick Cash dengan tempoh bayaran semula sehingga 48 bulan.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh kad kredit ini, dan bagaimana anda boleh mohon dengan mudah secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Citi Cash Back Visa

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat tunai menarik dengan kad Citi Cash Back Visa. Dengan nilai rebat tunai dari 0.2% tanpa had hingga 20%, ini adalah kad kredit rebat tunai yang paling sesuai bagi kaki shopping.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Isian Minyak Petrol 10% RM10 RM500 ke atas setiap bulan
Perbelanjaan runcit di EON Big, Tesco, Cold Storage, Giant, Everise, Servay, Econsave, Mydin, B.I.G Ben’s Independent Grocer, Jaya Grocer and Village Grocer 10% RM10 RM500 ke atas setiap bulan
Makan 10% RM10 RM500 ke atas setiap bulan
Grab 10% RM10 RM500 ke atas setiap bulan
Pakej Perubatan 20% Tiada Sebarang amaun di 20 hospital yang mengambil bahagian
Perbelanjaan di farmasi Guardian, Watson dan Caring 2% Tiada Sebarang amaun
Perbelanjaan lain 0.2% Tiada Sebarang amaun

Ganjaran petrol

Rebat tunai sebanyak 10% untuk isian petrol minimum RM500 setiap bulan. Rebat tunai ini dihadkan kepada RM10 setiap bulan.

Ciri premium

Kad ini didatangkan dengan ciri Citibank World Privileges. Ciri ini membenarkan anda untuk menerima layanan istimewa di 25,000 pedagang seluruh dunia. Dapatkan juga diskaun hebat untuk perbelanjaan makanan, beli-belah, dan pelancongan anda.

Dapatkan juga diskaun sehingga 15% untuk wad hospital dengan kadar RM120 ke atas setiap kali anda walk-in ke 20 hospital yang mengambil bahagian.

Pelan Kad Kredit Citi Cash Back Visa

Pelan pemindahan baki (balance transfer)

Citibank Balance Transfer Plan
Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank dengan jumlah pemindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 Tiada 5.81% p.a RM1,000
9 Tiada 5.56% p.a RM1,000
12 Tiada 5.44% p.a RM1,000
18 Tiada 5.35% p.a RM1,000
24 Tiada 5.32% p.a RM1,000
30 Tiada 5.32% p.a RM1,000
36 Tiada 5.33% p.a RM1,000

Pelan bayaran ansuran (easy payment plan)

Citibank Easy Pay Plan

Berbelanja sepenuhnya dengan kad kredit Citibank anda dan bayar semula dengan pelan Easy Payment ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 48 bulan - tanpa caj faedah mahupun caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan)Caj Pengendalian (%)Kadar Faedah (% p.a)Pembelian Minimum (RM)
48TiadaTiadaRM500
Citibank Flexi Payment Plan
Pelan bayaran ansuran mudah (EPP) yang fleksibel dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran semula dari 6 bulan hingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian yang dikenakan.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 Tiada 10.57% p.a RM500
12 Tiada 9.96% p.a RM500
18 Tiada 9.84% p.a RM500
24 Tiada 9.85% p.a RM500
30 Tiada 9.91% p.a RM500
36 Tiada 9.99% p.a RM500

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM3000 Sebulan atau RM36000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Tak layak?

Sekiranya anda tak cukup syarat untuk mohon kad kredit ini, anda boleh cari kad yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Cari Kad Kredit yang kami sediakan.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM120
Percuma untuk 3 tahun pertama (hanya untuk pemegang kad baru)
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) RM60
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian RM5000
Caj Pendahuluan Tunai RM20 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Cara Mohon Citi Cash Back Visa

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Harap maaf. Kad kredit Citi Cash Back Visa telah diberhentikan sementara oleh pihak Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Cari Kad Kredit yang kami sediakan.

Soalan Lazim Kad Kredit Citi Cash Back Visa

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan kad kredit Citi Cash Back Visa
Apakah kad Kredit Citi Cash Back Visa?
chevron-down

Kad kredit Citi Cash Back Visa adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Citibank Berhad.

Apakah kelebihan kad Kredit ini berbanding kad kredit yang lain?
chevron-down

Kad kredit Citi Cash Back Visa menawarkan ciri-ciri menarik seperti Ganjaran Petrol, Premium, Rebat Tunai (Cashbacks) dan Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Ciri-Ciri Kad Kredit di atas.

Siapakah yang boleh mohon kad kredit ini?
chevron-down

Kad ini boleh dimohon oleh Sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM3000 ke atas atau pendapatan tahunan RM36000 ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya tidak pernah mempunyai sebarang kad kredit sebelum ini, bolehkah saya mohon Kad Kredit Citi Cash Back Visa?
chevron-down

Boleh, tiada masalah untuk anda mohon Kad Kredit ini sekiranya ini kali pertama anda ingin mohon Kad Kredit dan anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon.

Saya adalah pemegang kad kredit Citibank Berhad yang sedang aktif, bolehkah saya mohon kad kredit ini?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Saya adalah pemegang kad kredit dari bank lain, bolehkah saya mohon kad kredit Citi Cash Back Visa?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Berapakah kadar faedah (interest rate) yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Citibank Berhad mengenakan kadar faedah tahunan sebanyak 15% p.a.

Berapakah had kredit (credit limit) yang dibenarkan?
chevron-down

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh pihak bank berdasarkan sejarah kredit dan pendapatan bulanan anda.

Apakah caj atau fi yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj dan Yuran yang Dikenakan di atas.

Bolehkah saya keluarkan wang tunai melalui mesin ATM dengan kad ini?
chevron-down

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini semata-mata untuk pindahan baki (balance transfer)?
chevron-down

Boleh. Tetapi pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya ada rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS saya?
chevron-down

Soalan ini adalah sangat subjektif apabila memohon kad kredit. Faktor yang memainkan peranan utama ialah skor kredit, bukannya jumlah senarai hitam anda. Dalam erti kata lain, lulus atau tidak adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak bank. Anda boleh rujuk dengan pihak Citibank Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CTOS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya rekod kredit saya tidak cantik di laporan CCRIS saya?
chevron-down

Seperti juga jawapan untuk soalan tentang senarai hitam di laporan CTOS. Keputusan permohonan adalah bergantung kepada skor kredit anda, dan faktor-faktor lain seperti pendapatan, risiko, rekod kredit, dan sebagainya. Anda boleh rujuk dengan pihak Citibank Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CCRIS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?
chevron-down

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Bagaimana saya nak mohon kad kredit Citi Cash Back Visa?
chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Memohon di atas.

newspaper
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat & terma kad kredit Citi Cash Back Visa

Ada soalan tambahan?

Tinggalkan soalan anda pada ruangan Soalan & Pertanyaan di bawah. 

Ada Soalan Tentang Citi Cash Back Visa?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments