Akan dibuka dalam tab baharu

Lazada Citi Platinum

Notis Penting

  • Kad Kredit Citibank telah ditamatkan: Kad kredit Citibank tidak lagi ditawarkan berikutan pengambilalihan Citibank Malaysia oleh UOB Malaysia.
  • Pemegang Kad Kredit Citibank: Sekiranya anda adalah pemegang kad kredit Citibank, sila rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah untuk langkah yang perlu diambil.
  • Pengaktifan Kad Kredit UOB: Sila aktifkan kad kredit UOB anda sebelum akhir Jun 2024 untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.
  • Kad Kredit UOB: Anda juga boleh merujuk kepada tawaran kad kredit daripada UOB Malaysia. Klik di sini untuk melihat kad kredit UOB.
Lazada Citi Platinum
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM100
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran

Lazada Citi Platinum adalah kad kredit terbaru yang ditawarkan oleh Citibank Berhad. Seperti yang anda boleh teka daripada namanya, kad kredit Citibank ini khusus kepada mereka yang gemar berbelanja di Lazada.

Ciri utama yang buat kad ini sangat sesuai untuk shopper Lazada ialah ciri mata ganjaran (Rewards Points) yang sangat lumayan melalui program Citibank Rewards Points. Anda boleh dapat sehingga 10 mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan RM1. Pemilik kad ini juga akan diberi bonus bulanan sehingga 1000 mata untuk setiap perbelanjaan RM1,500, setiap bulan.

Selain Lazada, anda akan mendapat keistimewaan tambahan dalam bentuk diskaun atau perkhidmatan percuma melalui rakan strategik Citibank iaitu Domino’s Pizza, Malindo Air, Klook, Frasers Hospitality, dan HealthLand. Tidak lupa juga kelebihan program Priceless Specials yang didatangkan khas untuk pemilik kad kredit MasterCard seperti akses ke padang golf, tawaran dan diskaun perjalanan, dan sebagainya.

Kad kredit Lazada Citi juga didatangkan dengan pelan pindahan baki Citibank Balance Transfer via Instalment Plan. Anda boleh pindahkan baki kad kredit anda ke Citibank dengan bayaran semula sehingga 36 bulan.

Anda juga boleh menggunakan pelan bayaran ansuran kad kredit melalui Citibank Easy Pay Plan. Anda hanya perlu berbelanja minimum RM500 untuk menukar pembelian anda kepada pelan EPP. Tempoh bayaran pula adalah sehingga 48 bulan.

Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap kad kredit Lazada Citi Platinum, syarat kelayakan untuk mohon dan bagaimana anda boleh mohon kad kredit ini secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Lazada Citi Platinum

Mata ganjaran (reward points)

Kelebihan utama kad kredit Lazada Citi Platinum adalah mata ganjaran yang ditawarkan untuk setiap aktiviti anda di Lazada dan rakan strategik Citibank. Dapatkan 10 mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM1 di Lazada setiap bulan, 5 mata untuk setiap perbelanjaan di kategori pilihan, dan 1 mata untuk kategori-kategori lain. Dapatkan juga mata bonus bulanan dan mata ganjaran setiap kali anda top-up Lazada Wallet anda.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
10 RM1 Perbelanjaan Lazada setiap penyata bulanan
5 RM1 Perbelanjaan di kategori terpilih gaya hidup, kesihatan dan kesejahteraan setiap penyata bulanan
1000 RM1500 Mata bonus bulanan

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM100
Percuma untuk tahun pertama. Tahun berikut dibatalkan sekiranya anda berbelanja tidak kurang dari RM15,000 setiap tahun.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM5000
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)
Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)

Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank dengan jumlah pemindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah.

Maklumat Lanjut
Citibank Easy Pay Plan
Citibank Easy Pay Plan

Berbelanja sepenuhnya dengan kad kredit Citibank anda dan bayar semula dengan pelan Easy Payment ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 48 bulan – tanpa caj faedah mahupun caj pengendalian.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Lazada Citi Platinum

    Kad kredit Lazada Citi Platinum telah ditamatkan oleh Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berhubung proses peralihan kad kredit Citibank ke kad kredit UOB.

    Kad kredit Citibank anda masih sah dan boleh digunakan seperti biasa. UOB telah mengambil alih pengurusan kad kredit anda, dan anda akan terus menikmati manfaat yang datang dengan kad tersebut.

    Tidak, nombor kad, PIN, dan tarikh luput semasa anda akan kekal sama. Anda boleh terus menggunakan kad kredit Citibank anda tanpa sebarang perubahan dalam masa terdekat.

    Anda boleh mengakses maklumat akaun Ctitibank anda melalui platform perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih Citibank sehingga pemberitahuan selanjutnya. UOB akan memberikan kemas kini mengenai sebarang perubahan untuk mengakses akaun pada masa hadapan.

    Mata ganjaran dan manfaat sedia ada anda akan kekal sepanjang tempoh peralihan ini. UOB akan memaklumkan sebarang kemas kini mengenai program ganjaran anda semasa proses memindahkan perkhidmatan.

    Ya, anda boleh terus menebus ganjaran dan menggunakan manfaat sedia ada sehingga makluman seterusnya. Sila peka terhadap sebarang perubahan atau tawaran baru daripada pihak UOB.

    Untuk sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Citibank anda, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan UOB secara langsung. Pihak UOB akan membantu anda berhubung semua soalan berkaitan akaun Citibank anda.

    Kitaran bil dan tarikh akhir pembayaran anda akan kekal dan tidak berubah sepanjang tempoh peralihan ini. Sebarang kemas kini pada masa hadapan akan dimaklumkan oleh UOB.

    Jika anda kehilangan kad kredit Citibank anda, sila laporkan dengan segera kepada khidmat pelanggan UOB untuk bantuan dalam menyekat kad anda dan proses berhubung kad gantian.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    0 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Citibank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Citibank Berhad

    Citibank Berhad
    Dengan sejarah cemerlang sejak 1959, Citibank Malaysia telah menjadi peneraju inovasi perbankan dan menyediakan pelbagai produk komprehensif untuk individu dan perniagaan. Meskipun perniagaan perbankan penggunanya kini di bawah UOB (sejak 2022), legasi Citibank dalam perbankan korporat dan komitmen terhadap kecemerlangan sentiasa kekal.
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    RHB Cash Back Credit Card

    Ingin jimat RM600 setiap tahun? Dapatkan kad kredit RHB Cash Back dengan ganjaran pulangan rebat…

    Public Bank Gold Visa

    Ingin ganjaran pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan? Kad kredit Public Bank Gold Visa…

    Kad kredit Hong Leong Sutera Platinum

    Mohon kad kredit Hong Leong Sutera Platinum dan dapatkan 8x mata ganjaran dengan setiap RM1…

    Kad Kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i

    Kad Kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i menawarkan ganjaran tanpa had dalam bentuk mata…