Akan dibuka dalam tab baharu

Citi Simplicity Mastercard

Notis Penting

  • Kad Kredit Citibank telah ditamatkan: Kad kredit Citibank tidak lagi ditawarkan berikutan pengambilalihan Citibank Malaysia oleh UOB Malaysia.
  • Pemegang Kad Kredit Citibank: Sekiranya anda adalah pemegang kad kredit Citibank, sila rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah untuk langkah yang perlu diambil.
  • Pengaktifan Kad Kredit UOB: Sila aktifkan kad kredit UOB anda sebelum akhir Jun 2024 untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.
  • Kad Kredit UOB: Anda juga boleh merujuk kepada tawaran kad kredit daripada UOB Malaysia. Klik di sini untuk melihat kad kredit UOB.
Citi Simplicity Mastercard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Pulangan Tunai

Kad Kredit Citi Simplicity Mastercard adalah kad kredit daripada Citibank Berhad. Kad ini adalah kad yang ringkas dan sesuai untuk mereka yang inginkan kad kredit dengan pulangan faedah kerana kad kredit Citibank ini menawarkan pulangan faedah untuk perbelanjaan anda.

Jumlah pulangan kadar faedah yang ditawarkan ialah 10% tanpa sebarang had untuk sebarang perbelanjaan menggunakan kad kredit ini. Ini bermaksud anda akan mendapat pulangan kadar faedah apabila anda berbelanja menggunakan kad Citi Simplicity anda.

Anda juga akan mendapatkan diskaun di 1,000 pedagang dalam negara, dan 24,000 hotel, restoran, butik, pasar raya, golf resort dan pelbagai lagi pedagang  yang mengambil bahagian di 120 negara.

Citibank juga menawarkan kemudahan Citi World Privileges, Citi PayLite dan Citi FlexiBill.

Selain itu, kad kredit Citi Simplicity Mastercard ini menawarkan pelan pindahan baki “Citibank Balance Transfer via Instalment Plan” dan pelan bayaran ansuran mudah melalui pelan “Citibank Easy Pay Plan”. Anda juga boleh buat pinjaman tunai melalui pelan ansuran tunai Citi Quick Cash.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik kad kredit ini dan bagaimana anda boleh mohon secara online tanpa perlu walk-in ke Citibank.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Citi Simplicity Mastercard

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat dalam bentuk 10% pulangan kadar faedah dengan kad kredit dari Citibank ini. Rebat ini didatangkan dengan perbelanjaan tanpa had.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Pulangan kadar faedah 10% Tiada Sebarang perbelanjaan dan sebarang jumlah

ganjaran perjalanan

Buat tempahan tiket kapal terbang dengan kad kredit Citi Simplicity anda dan nikmat rebat kadar faedah sebanyak 10% tanpa had.

Ganjaran petrol

Citibank menawarkan rebat pulangan 10% kadar faedah setiap kali anda mengisi minyak menggunakan kad kredit Citi Simplicity anda – pada bila-bila masa tanpa sebarang had.

Ciri premium

Kad Citibank Simplicity Mastercard menawarkan ciri premium seperti Citi World Privileges, Citi Paylite, Citi FlexiBill dan Citi Quick Cash. Tambahan pula tiada yuran tahunan seumur hidup.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)
Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)

Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank dengan jumlah pemindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah.

Maklumat Lanjut
Citibank Easy Pay Plan
Citibank Easy Pay Plan

Berbelanja sepenuhnya dengan kad kredit Citibank anda dan bayar semula dengan pelan Easy Payment ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 48 bulan – tanpa caj faedah mahupun caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Citi Quick Cash
Citi Quick Cash

Pinjaman serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman yang fleksibel dari 6 hingga 48 bulan. Kadar faedah yang dikenakan juga sangat berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Citi Simplicity Mastercard

    Kad kredit Citi Simplicity Mastercard telah ditamatkan oleh Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berhubung proses peralihan kad kredit Citibank ke kad kredit UOB.

    Kad kredit Citibank anda masih sah dan boleh digunakan seperti biasa. UOB telah mengambil alih pengurusan kad kredit anda, dan anda akan terus menikmati manfaat yang datang dengan kad tersebut.

    Tidak, nombor kad, PIN, dan tarikh luput semasa anda akan kekal sama. Anda boleh terus menggunakan kad kredit Citibank anda tanpa sebarang perubahan dalam masa terdekat.

    Anda boleh mengakses maklumat akaun Ctitibank anda melalui platform perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih Citibank sehingga pemberitahuan selanjutnya. UOB akan memberikan kemas kini mengenai sebarang perubahan untuk mengakses akaun pada masa hadapan.

    Mata ganjaran dan manfaat sedia ada anda akan kekal sepanjang tempoh peralihan ini. UOB akan memaklumkan sebarang kemas kini mengenai program ganjaran anda semasa proses memindahkan perkhidmatan.

    Ya, anda boleh terus menebus ganjaran dan menggunakan manfaat sedia ada sehingga makluman seterusnya. Sila peka terhadap sebarang perubahan atau tawaran baru daripada pihak UOB.

    Untuk sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Citibank anda, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan UOB secara langsung. Pihak UOB akan membantu anda berhubung semua soalan berkaitan akaun Citibank anda.

    Kitaran bil dan tarikh akhir pembayaran anda akan kekal dan tidak berubah sepanjang tempoh peralihan ini. Sebarang kemas kini pada masa hadapan akan dimaklumkan oleh UOB.

    Jika anda kehilangan kad kredit Citibank anda, sila laporkan dengan segera kepada khidmat pelanggan UOB untuk bantuan dalam menyekat kad anda dan proses berhubung kad gantian.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    4 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Citibank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Citibank Berhad

    Citibank Berhad
    Dengan sejarah cemerlang sejak 1959, Citibank Malaysia telah menjadi peneraju inovasi perbankan dan menyediakan pelbagai produk komprehensif untuk individu dan perniagaan. Meskipun perniagaan perbankan penggunanya kini di bawah UOB (sejak 2022), legasi Citibank dalam perbankan korporat dan komitmen terhadap kecemerlangan sentiasa kekal.
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    Maybank 2 Gold Cards

    Kad Kredit Maybank 2 Gold ini adalah kad kredit American Express (Amex) yang unik kerana…

    Citi Simplicity

    Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

    Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

    Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

    Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

    Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…