Akan dibuka dalam tab baharu

Citi Cash Back Mastercard

Notis Penting

  • Kad Kredit Citibank telah ditamatkan: Kad kredit Citibank tidak lagi ditawarkan berikutan pengambilalihan Citibank Malaysia oleh UOB Malaysia.
  • Pemegang Kad Kredit Citibank: Sekiranya anda adalah pemegang kad kredit Citibank, sila rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah untuk langkah yang perlu diambil.
  • Pengaktifan Kad Kredit UOB: Sila aktifkan kad kredit UOB anda sebelum akhir Jun 2024 untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.
  • Kad Kredit UOB: Anda juga boleh merujuk kepada tawaran kad kredit daripada UOB Malaysia. Klik di sini untuk melihat kad kredit UOB.
Citi Cash Back Mastercard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM120
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Premium, Pulangan Tunai

Citi Cash Back Mastercard adalah kad kredit unik daripada Citibank Berhad. Kad kredit ini menawarkan ciri pulangan rebat tunai (cashback) yang sangat menarik – sangat sesuai untuk mereka yang gemar berbelanja.

Rebat tunai yang ditawarkan bermula dari 0.2% hingga 10% bergantung kepada jenis perbelanjaan anda. Secara ringkas, anda akan dapat rebat tunai 10% jika anda berbelanja lebih dari RM500 setiap bulan untuk petrol, barangan runcit, makan, dan perkhidmatan Grab. Rebat tunai 10% ini dihadkan kepada RM10 sebulan.

Walau bagaimanapun, rebat tunai 0.2% adalah tanpa had untuk perbelanjaan selain daripada yang disebutkan di atas.

Atau berbelanja di farmasi Watson, Guardian atau Caring untuk rebat tunai sehingga 2%.

Seperti kebanyakan kad kredit Citibank yang lain, kad Citi Cash Back Mastercard didatangkan dengan ciri premium Citibank World Privileges. Anda akan mendapat keistimewaan dan diskaun untuk 25,000 restoran, hotel, butik, pasaraya, dan padang golf yang mengambil bahagian – dalam dan luar negara.

Sekiranya anda ingin memindahkan baki daripada kad kredit yang sedia ada kepada kad kredit ini, anda boleh gunakan pelan pemindahan baki Citibank Balance Transfer via Instalment Plan yang ditawarkan dengan kad ini.

Anda juga boleh dapatkan barangan idaman anda pelan bayaran ansuran mudah Citibank Easy Pay Plan. Anda boleh membeli barang serendah RM500 untuk melayakkan anda menukar pembelian anda kepada Easy Payment Plan ini.

Sekiranya anda ingin guna wang tunai segera, anda boleh buat pendahuluan tunai melalui mesin ATM, atau lebih baik lagi gunakan pelan ansuran tunai Citi Quick Cash dengan tempoh bayaran semula sehingga 48 bulan.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh kad kredit ini, dan bagaimana anda boleh mohon dengan mudah secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Citi Cash Back Mastercard

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat tunai menarik dengan kad Citi Cash Back Mastercard. Dengan nilai rebat tunai dari 0.2% tanpa had hingga 10%, ini adalah kad kredit rebat tunai yang paling sesuai bagi kaki shopping.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Isian Minyak Petrol 10% RM10 RM500 ke atas setiap bulan
Perbelanjaan runcit 10% RM10 RM500 ke atas setiap bulan
Makan 10% RM10 RM500 ke atas setiap bulan
Grab 10% RM10 RM500 ke atas setiap bulan
Isian Minyak Petrol 0.2% Tiada Sehingga RM499 setiap bulan
Perbelanjaan runcit 0.2% Tiada Sehingga RM499 setiap bulan
Makan 0.2% Tiada Sehingga RM499 setiap bulan
Grab 0.2% Tiada Sehingga RM499 setiap bulan
Perbelanjaan lain 0.2% Tiada Sehingga RM499 setiap bulan

Ganjaran petrol

Rebat tunai sebanyak 10% untuk isian petrol minimum RM500 setiap bulan. Rebat tunai ini dihadkan kepada RM15 setiap bulan.

Ciri premium

Kad ini didatangkan dengan ciri Citibank World Privileges. Ciri ini membenarkan anda untuk menerima layanan istimewa di 25,000 pedagang di 90 buah negara. Dapatkan juga diskaun hebat untuk perbelanjaan makanan, beli-belah, dan pelancongan anda.

Ciri Citi PayLite pula membenarkan anda menukar belian tunai anda kepada bayaran bulanan dan Citi Flexibill membenarkan anda menukar baki kad anda kepada juga kepada bayaran bulanan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM120
Percuma untuk 3 tahun pertama (hanya untuk pemegang kad baru)
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM60
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM5000
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)
Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)

Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank dengan jumlah pemindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah.

Maklumat Lanjut
Citibank Balance Transfer Plan
Citibank Balance Transfer Plan

Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank melalui pelan Citibank Balance Transfer Plan. Jumlah pindahan minimum hanya RM1,000 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Caj kadar faedah berpatutan dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Citibank Easy Pay Plan
Citibank Easy Pay Plan

Berbelanja sepenuhnya dengan kad kredit Citibank anda dan bayar semula dengan pelan Easy Payment ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 48 bulan – tanpa caj faedah mahupun caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Citi Quick Cash
Citi Quick Cash

Pinjaman serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman yang fleksibel dari 6 hingga 48 bulan. Kadar faedah yang dikenakan juga sangat berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Citi Cash Back Mastercard

    Kad kredit Citi Cash Back Mastercard telah ditamatkan oleh Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berhubung proses peralihan kad kredit Citibank ke kad kredit UOB.

    Kad kredit Citibank anda masih sah dan boleh digunakan seperti biasa. UOB telah mengambil alih pengurusan kad kredit anda, dan anda akan terus menikmati manfaat yang datang dengan kad tersebut.

    Tidak, nombor kad, PIN, dan tarikh luput semasa anda akan kekal sama. Anda boleh terus menggunakan kad kredit Citibank anda tanpa sebarang perubahan dalam masa terdekat.

    Anda boleh mengakses maklumat akaun Ctitibank anda melalui platform perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih Citibank sehingga pemberitahuan selanjutnya. UOB akan memberikan kemas kini mengenai sebarang perubahan untuk mengakses akaun pada masa hadapan.

    Mata ganjaran dan manfaat sedia ada anda akan kekal sepanjang tempoh peralihan ini. UOB akan memaklumkan sebarang kemas kini mengenai program ganjaran anda semasa proses memindahkan perkhidmatan.

    Ya, anda boleh terus menebus ganjaran dan menggunakan manfaat sedia ada sehingga makluman seterusnya. Sila peka terhadap sebarang perubahan atau tawaran baru daripada pihak UOB.

    Untuk sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Citibank anda, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan UOB secara langsung. Pihak UOB akan membantu anda berhubung semua soalan berkaitan akaun Citibank anda.

    Kitaran bil dan tarikh akhir pembayaran anda akan kekal dan tidak berubah sepanjang tempoh peralihan ini. Sebarang kemas kini pada masa hadapan akan dimaklumkan oleh UOB.

    Jika anda kehilangan kad kredit Citibank anda, sila laporkan dengan segera kepada khidmat pelanggan UOB untuk bantuan dalam menyekat kad anda dan proses berhubung kad gantian.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    0 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Citibank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Citibank Berhad

    Citibank Berhad
    Dengan sejarah cemerlang sejak 1959, Citibank Malaysia telah menjadi peneraju inovasi perbankan dan menyediakan pelbagai produk komprehensif untuk individu dan perniagaan. Meskipun perniagaan perbankan penggunanya kini di bawah UOB (sejak 2022), legasi Citibank dalam perbankan korporat dan komitmen terhadap kecemerlangan sentiasa kekal.
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    Kad kredit HSBC Live+

    Kad Kredit HSBC Live+ menawarkan cashback sehingga 8% untuk perbelanjaan menjamu selera, membeli-belah, dan hiburan,…

    UOB Lady’s Solitaire

    Kad Kredit UOB Lady’s Solitaire menawarkan 10X mata UNIRM untuk perbelanjaan fesyen, akses percuma ke…

    Citi Cash Back Platinum Mastercard

    Kad kredit Citi Cash Back Platinum menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had dengan ciri eksklusif…

    Kad kredit CIMB Travel Platinum

    Kad Kredit CIMB Travel Platinum menawarkan ganjaran perjalanan yang lumayan, akses ke Premium Plaza lounge,…