Akan dibuka dalam tab baharu

Citi Prestige Mastercard

Notis Penting

  • Kad Kredit Citibank telah ditamatkan: Kad kredit Citibank tidak lagi ditawarkan berikutan pengambilalihan Citibank Malaysia oleh UOB Malaysia.
  • Pemegang Kad Kredit Citibank: Sekiranya anda adalah pemegang kad kredit Citibank, sila rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah untuk langkah yang perlu diambil.
  • Pengaktifan Kad Kredit UOB: Sila aktifkan kad kredit UOB anda sebelum akhir Jun 2024 untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.
  • Kad Kredit UOB: Anda juga boleh merujuk kepada tawaran kad kredit daripada UOB Malaysia. Klik di sini untuk melihat kad kredit UOB.
Citibank Citi Prestige Mastercard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM1000
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM16000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Premium

Citi Prestige Mastercard adalah kad kredit premium yang ditawarkan oleh Citibank Berhad. Kad ini adalah kad kredit yang menawarkan keistimewaan demi keistimewaan kepada mereka yang inginkan perkhidmatan dan perlindungan terbaik.

Kelebihan utama kad kredit Citibank ini adalah mata ganjaran yang ditawarkan melalui program “Citi Rewards Points”. Anda akan mendapat 2 mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan luar negara dan 1 mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan dalam negara. Mata ganjaran Citi ini termasuk dengan setiap isian petrol.

Yang menariknya mata ganjaran kad kredit Citi Prestige Mastercard ini adalah tanpa had dan tidak akan tamat. Mata ganjaran ini anda boleh tukar kepada air miles, hotel loyalty dan keisitimewaan lain yang ditawarkan oleh program Citi Thank You Rewards.

Pemilik kad ini juga akan diberikan keistimewaan Relationship Bonus oleh pihak Citibank – asalkan anda setia dengan produk dan perkhidmatan dari Citibank. Keistimewaan ini bonus bergantung kepada tempoh anda menggunakan produk dan perkhidmatan Citibank. Anda boleh dapatkan bonus sehingga 40% daripada penggunaan kad Prestige Mastercard anda.

Selain itu pihak Citibank juga menawarkan keistimewaan seperti Citi Prestige Conciegre, Citi Prestige Priority Line, dan akses kepada acara-acara khas khusus untuk pemilik kad ini.

Anda juga boleh memindahkan baki kad kredit anda kepada Citibank melalui pelan Citibank Balance Transfer Via Instalment. Pindahan boleh dilakukan dengan serendah RM1,000 melalui pelan ini.

Citibank juga menawarkan program bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) melalui pelan Citibank Easy Pay. Anda boleh buat pembelian serendah RM500 dengan bayaran ansuran sehingga 48 bulan. Pelan Citi Quick Cash pula akan memudahkan anda sekiranya anda perlu tunai segera.

Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap kad kredit Citi Prestige Mastercard, syarat kelayakan untuk mohon dan bagaimana anda boleh mohon kad kredit ini secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Citi Prestige Mastercard

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran tanpa had dengan Citi Rewards Points – untuk perbelanjaan dalam negara dan juga di luar negara. Mata ganjaran ini adalah evergreen dan tidak akan tamat selagi anda setia dengan Citibank. Anda juga akan diberikan bonus dengan program Citibank Relationship Bonus.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
2 RM1 Semua perbelanjaan luar negara
1 RM1 Semua perbelanjaan dalam negara

ganjaran perjalanan

Pemilik kad kredit ini akan mendapat perlindungan insurans perjalanan sehingga USD500,000.

Ganjaran petrol

Guna kad kredit Citi Prestige Mastercard anda untuk setiap isian minyak dalam atau luar negara dan dapatkan mata ganjaran Citi Rewards Points. Satu mata ganjaran untuk isian minyak dalam negara, dan 2 mata ganjaran untuk isian minyak luar negara. Mata ganjaran ini tanpa had minimum dan tidak akan tamat.

Ciri premium

Sebagai kad kredit premium, Citi Prestige Mastercard didatangkan dengan keistimewaan seperti program MasterCard Airport Experiences by Loungkey yang memberi akses tanpa had kepada ruang rehat lapangan terbang dan juga perkhidmatan limo dari lapangan terbang ke rumah. Anda juga akan dapat penginapan percuma di hotel dan tempat peranginan antarabangsa.

Nikmati juga perkhidmatan istimewa Citibank seperti Citi Prestige Concierge dan Citi Prestige Priority Line.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM16000 sebulan atau RM192000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM1000
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)
Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)

Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank dengan jumlah pemindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah.

Maklumat Lanjut
Citibank Easy Pay Plan
Citibank Easy Pay Plan

Berbelanja sepenuhnya dengan kad kredit Citibank anda dan bayar semula dengan pelan Easy Payment ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 48 bulan – tanpa caj faedah mahupun caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Citi Quick Cash
Citi Quick Cash

Pinjaman serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman yang fleksibel dari 6 hingga 48 bulan. Kadar faedah yang dikenakan juga sangat berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Citi Prestige Mastercard

    Kad kredit Citi Prestige Mastercard telah ditamatkan oleh Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berhubung proses peralihan kad kredit Citibank ke kad kredit UOB.

    Kad kredit Citibank anda masih sah dan boleh digunakan seperti biasa. UOB telah mengambil alih pengurusan kad kredit anda, dan anda akan terus menikmati manfaat yang datang dengan kad tersebut.

    Tidak, nombor kad, PIN, dan tarikh luput semasa anda akan kekal sama. Anda boleh terus menggunakan kad kredit Citibank anda tanpa sebarang perubahan dalam masa terdekat.

    Anda boleh mengakses maklumat akaun Ctitibank anda melalui platform perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih Citibank sehingga pemberitahuan selanjutnya. UOB akan memberikan kemas kini mengenai sebarang perubahan untuk mengakses akaun pada masa hadapan.

    Mata ganjaran dan manfaat sedia ada anda akan kekal sepanjang tempoh peralihan ini. UOB akan memaklumkan sebarang kemas kini mengenai program ganjaran anda semasa proses memindahkan perkhidmatan.

    Ya, anda boleh terus menebus ganjaran dan menggunakan manfaat sedia ada sehingga makluman seterusnya. Sila peka terhadap sebarang perubahan atau tawaran baru daripada pihak UOB.

    Untuk sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Citibank anda, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan UOB secara langsung. Pihak UOB akan membantu anda berhubung semua soalan berkaitan akaun Citibank anda.

    Kitaran bil dan tarikh akhir pembayaran anda akan kekal dan tidak berubah sepanjang tempoh peralihan ini. Sebarang kemas kini pada masa hadapan akan dimaklumkan oleh UOB.

    Jika anda kehilangan kad kredit Citibank anda, sila laporkan dengan segera kepada khidmat pelanggan UOB untuk bantuan dalam menyekat kad anda dan proses berhubung kad gantian.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    0 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Citibank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Citibank Berhad

    Citibank Berhad
    Dengan sejarah cemerlang sejak 1959, Citibank Malaysia telah menjadi peneraju inovasi perbankan dan menyediakan pelbagai produk komprehensif untuk individu dan perniagaan. Meskipun perniagaan perbankan penggunanya kini di bawah UOB (sejak 2022), legasi Citibank dalam perbankan korporat dan komitmen terhadap kecemerlangan sentiasa kekal.
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    Kad kredit HSBC Live+

    Kad Kredit HSBC Live+ menawarkan cashback sehingga 8% untuk perbelanjaan menjamu selera, membeli-belah, dan hiburan,…

    UOB Lady’s Solitaire

    Kad Kredit UOB Lady’s Solitaire menawarkan 10X mata UNIRM untuk perbelanjaan fesyen, akses percuma ke…

    Citi Cash Back Platinum Mastercard

    Kad kredit Citi Cash Back Platinum menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had dengan ciri eksklusif…

    Kad kredit CIMB Travel Platinum

    Kad Kredit CIMB Travel Platinum menawarkan ganjaran perjalanan yang lumayan, akses ke Premium Plaza lounge,…