Akan dibuka dalam tab baharu

Citi Clear Visa

Notis Penting

  • Kad Kredit Citibank telah ditamatkan: Kad kredit Citibank tidak lagi ditawarkan berikutan pengambilalihan Citibank Malaysia oleh UOB Malaysia.
  • Pemegang Kad Kredit Citibank: Sekiranya anda adalah pemegang kad kredit Citibank, sila rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah untuk langkah yang perlu diambil.
  • Pengaktifan Kad Kredit UOB: Sila aktifkan kad kredit UOB anda sebelum akhir Jun 2024 untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.
  • Kad Kredit UOB: Anda juga boleh merujuk kepada tawaran kad kredit daripada UOB Malaysia. Klik di sini untuk melihat kad kredit UOB.
Kad Kredit Citi Clear Visa
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM90
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium

Citi Clear Visa adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Citibank Berhad. Kad ini sangat sesuai bagi mereka yang gemar bersosial dengan gaya hidup moden. Mata ganjaran yang ditawarkan oleh kad kredit ini buat anda lebih enjoy tanpa perlu peningkan kepala.

Kelebihan utama kad Citibank ini ialah ciri mata ganjaran dalam bentuk Citi Rewards Points yang ditawarkan – anda dapat mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan anda!

Bagi mereka yang gemar membeli-belah, dapatkan 3 mata ganjaran untuk perbelanjaan di Borders, Topman, Topshop, G2000, GAP, Vincci dan La Senza.

Bagi “foodie” pula, dapatkan 3 mata ganjaran untuk perbelanjaan di Sakae Sushi. Selalu melepak di The Coffee Bean atau Tea Leaf, dapatkan 1 minuman percuma dengan setiap pembelian minuman anda.

Kaki wayang tidak dilupakan. Dapatkan 1 tiket wayang percuma dengan setiap 1 tiket wayang yang anda beli dengan kad kredit Citi Clear Visa anda. Selepas tonton wayang, lepak di Zouk KL dan dapatkan 3 mata ganjaran dengan setiap RM1 yang anda belanjakan.

Bagaimana pula dengan perbelanjaan-perbelanjaan lain? Anda dapat 1 mata ganjaran bagi setiap RM1 yang anda guna dengan kad Citi Clear anda.

Yang menariknya, mata ganjaran ini tiada had dan tidak akan tamat tempoh!

Sekiranya anda ingin memindahkan baki daripada kad kredit yang sedia ada kepada kad kredit ini, anda boleh gunakan pelan pemindahan baki Citibank Balance Transfer via Instalment Plan yang ditawarkan dengan kad ini.

Anda juga boleh dapatkan barangan idaman anda pelan bayaran ansuran mudah Citibank Easy Pay Plan atau pelan Citibank Flexi Payment Plan. Anda boleh membeli barang serendah RM500 untuk melayakkan anda menukar pembelian anda kepada salah satu Easy Payment Plan ini.

Sekiranya anda ingin guna wang tunai segera, anda boleh buat pendahuluan tunai melalui mesin ATM, atau lebih baik lagi gunakan pelan ansuran tunai Citi Quick Cash dengan tempoh bayaran semula sehingga 48 bulan.

Baca lebih lanjut tentang kad kredit Citi Clear Visa dan bagaimana anda boleh terus kad ini secara online tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan Citibank.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Citi Clear Visa

Mata ganjaran (reward points)

Citi Clear Visa adalah kad kredit dengan mata ganjaran hebat. Dapat antara 1 hingga 3 mata ganjaran dengan kad ini tanpa sebarang had. Mata ganjaran anda juga tidak akan tamat tempoh selagi anda memegang kad ini. Anda boleh guna mata ganjaran ini untuk membeli-belah atau tebus di laman web Citi Rewards.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
3 RM1 Perbelanjaan di Borders, Topshop, Topman, GAP, La Senza, Zouk Club KL, Vincci, G2000, dan Sakae Sushi
1 RM1 Sebarang perbelanjaan dalam negara

Ciri premium

Kad ini didatangkan dengan ciri Citibank World Privileges. Ciri ini membenarkan anda untuk menerima layanan istimewa di 25,000 pedagang seluruh dunia. Dapatkan juga diskaun sehingga 50% untuk perbelanjaan makanan, beli-belah, dan pelancongan anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM90
Percuma untuk 3 tahun pertama jika anda mengaktifkan kad 60 hari dari tarikh lulus
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM60
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM5000
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)
Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)

Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank dengan jumlah pemindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah.

Maklumat Lanjut
Citibank Easy Pay Plan
Citibank Easy Pay Plan

Berbelanja sepenuhnya dengan kad kredit Citibank anda dan bayar semula dengan pelan Easy Payment ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 48 bulan – tanpa caj faedah mahupun caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Citibank Flexi Payment Plan
Citibank Flexi Payment Plan

Pelan bayaran ansuran mudah (EPP) yang fleksibel dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran semula dari 6 bulan hingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian yang dikenakan.

Maklumat Lanjut
Citi Quick Cash
Citi Quick Cash

Pinjaman serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman yang fleksibel dari 6 hingga 48 bulan. Kadar faedah yang dikenakan juga sangat berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Citi Clear Visa

    Kad kredit Citi Clear Visa telah ditamatkan oleh Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berhubung proses peralihan kad kredit Citibank ke kad kredit UOB.

    Kad kredit Citibank anda masih sah dan boleh digunakan seperti biasa. UOB telah mengambil alih pengurusan kad kredit anda, dan anda akan terus menikmati manfaat yang datang dengan kad tersebut.

    Tidak, nombor kad, PIN, dan tarikh luput semasa anda akan kekal sama. Anda boleh terus menggunakan kad kredit Citibank anda tanpa sebarang perubahan dalam masa terdekat.

    Anda boleh mengakses maklumat akaun Ctitibank anda melalui platform perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih Citibank sehingga pemberitahuan selanjutnya. UOB akan memberikan kemas kini mengenai sebarang perubahan untuk mengakses akaun pada masa hadapan.

    Mata ganjaran dan manfaat sedia ada anda akan kekal sepanjang tempoh peralihan ini. UOB akan memaklumkan sebarang kemas kini mengenai program ganjaran anda semasa proses memindahkan perkhidmatan.

    Ya, anda boleh terus menebus ganjaran dan menggunakan manfaat sedia ada sehingga makluman seterusnya. Sila peka terhadap sebarang perubahan atau tawaran baru daripada pihak UOB.

    Untuk sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Citibank anda, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan UOB secara langsung. Pihak UOB akan membantu anda berhubung semua soalan berkaitan akaun Citibank anda.

    Kitaran bil dan tarikh akhir pembayaran anda akan kekal dan tidak berubah sepanjang tempoh peralihan ini. Sebarang kemas kini pada masa hadapan akan dimaklumkan oleh UOB.

    Jika anda kehilangan kad kredit Citibank anda, sila laporkan dengan segera kepada khidmat pelanggan UOB untuk bantuan dalam menyekat kad anda dan proses berhubung kad gantian.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    0 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Citibank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Citibank Berhad

    Citibank Berhad
    Dengan sejarah cemerlang sejak 1959, Citibank Malaysia telah menjadi peneraju inovasi perbankan dan menyediakan pelbagai produk komprehensif untuk individu dan perniagaan. Meskipun perniagaan perbankan penggunanya kini di bawah UOB (sejak 2022), legasi Citibank dalam perbankan korporat dan komitmen terhadap kecemerlangan sentiasa kekal.
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    Kad kredit CIMB Travel Platinum

    Kad Kredit CIMB Travel Platinum menawarkan ganjaran perjalanan yang lumayan, akses ke Premium Plaza lounge,…

    Hong Leong Wise Card

    Kad kredit Hong Leong Wise menawarkan keistimewaan dalam bentuk ganjaran rebat tunai (cashback). Dapatkan rebat…

    Citi Business Signature Card 

    Kad kredit Citi Business Signature Card sesuai untuk perniagaan yang ingin mengawal perbelanjaan pekerja mereka dan dalam…

    RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i

    Nikmati ciri keselamatan kad kredit terbaru dengan RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i. Dengan…