Akan dibuka dalam tab baharu

Citi Business Platinum Mastercard

Notis Penting

  • Kad Kredit Citibank telah ditamatkan: Kad kredit Citibank tidak lagi ditawarkan berikutan pengambilalihan Citibank Malaysia oleh UOB Malaysia.
  • Pemegang Kad Kredit Citibank: Sekiranya anda adalah pemegang kad kredit Citibank, sila rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah untuk langkah yang perlu diambil.
  • Pengaktifan Kad Kredit UOB: Sila aktifkan kad kredit UOB anda sebelum akhir Jun 2024 untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.
  • Kad Kredit UOB: Anda juga boleh merujuk kepada tawaran kad kredit daripada UOB Malaysia. Klik di sini untuk melihat kad kredit UOB.
Citi Business Platinum Mastercard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Perniagaan, Premium, Pulangan Tunai

Citi Business Platinum Mastercard adalah kad kredit istimewa dari Citibank Berhad. Kad ini dikhususkan kepada pemilik perniagaan yang inginkan kad kredit yang boleh membantu perniagaan mereka, di samping buat gaya hidup lebih selesa.

Antara ciri menarik utama yang ditawarkan oleh kad Business Platinum ini ialah rebat tunai (cashback). Anda akan menerima rebat tunai antara 0.5% hingga 1.2% setiap kali anda swipe kad kredit anda. Rebat tunai ini adalah tanpa had (uncapped) dan dibenarkan untuk transaksi dalam negara dan juga luar negara.

Citibank juga menawarkan perlindungan insurans perjalanan yang lengkap daripada insurans kemalangan sehinggalah perlindungan untuk bagasi lewat. Jumlah perlindungan yang ditawarkan menjangkau sehingga RM1,000,000 untuk pemilik kad kredit Citi Business Platinum Mastercard ini.

Sebagai kad kredit perniagaan, sudah pasti kad ini memberikan kelebihan dan keistimewaan untuk membantu perniagaan anda. Pemilik kad ini akan mendapat diskaun dan kadar istimewa untuk hotel dan bil makanan dari restoran yang mengambil bahagian. Gunakan kelebihan ini untuk menonjolkan diri anda kepada prospek anda.

Kad kredit ini juga tidak lepas dari menawarkan pelan kad kredit seperti pelan pindahan baki (Balance Transfer Plan) dan pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan). 

Anda boleh buat pindahan baki dari kad kredit lama dengan pelan pindahan baki Citibank Balance Transfer Plan (BTI). Pelan ini tidak mengenakan caj upfront dan anda boleh buat pemindahan sehingga had kredit maksimum anda.

Untuk pelan bayaran ansuran mudah pula, Citibank membenarkan anda menggunakan kedua-dua pelan EPP mereka, iaitu pelan Citibank Easy Pay Plan dan juga Citibank PayLite Plan. Pelan Easy Pay menawarkan bayaran ansuran tanpa faedah sehingga 48 bulan. Pelan Flexi Payment pula lebih fleksibel dengan membenarkan tempoh bayaran dari 6 hingga 36 bulan.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Citi Business Platinum Mastercard

Pulangan tunai (cashbacks)

Berminat dengan rebat tunai tanpa had? Kad ini sesuai untuk anda. Dapat cashback sebanyak 0.5% untuk setiap perbelanjaan di dalam negara dan cashback 1.2% untuk setiap perbelanjaan anda di luar negara. Citibank tidak meletakkan sebarang had untuk perbelanjaan anda, jadi lebih banyak anda berbelanja, lebih tinggi ganjaran yang anda dapat.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Perbelanjaan dalam negara 0.5% Tiada had Sebarang amaun
Perbelanjaan luar negara 1.2% Tiada had Sebarang amaun

ganjaran perjalanan

Kad kredit Citi Business Platinum Mastercard memberikan perlindungan insurans yang lengkap untuk aktiviti “travel” anda. Anda hanya perlu buat tempahan tiket kapal terbang dengan kad kredit anda untuk mendapatkan kelebihan perlindungan ini.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM1,00,000
Penundaan Penerbangan Sehingga RM675
Terlepas Penerbangan Sehingga RM675
Kehilangan Bagasi Sehingga RM2,000
Kelewatan Bagasi Sehingga RM675

Ganjaran petrol

Ganjaran rebat tunai tanpa had juga boleh anda gunakan untuk isian minyak di sebarang stesen minyak dalam negara dan luar negara. Dapatkan rebat tunai 1.2% untuk isian minyak di luar negara, dan rebat tunai 0.5% untuk setiap isian minyak dalam negara.

Ciri premium

Sebagai kad kredit platinum, Citi Business Platinum Mastercard menawarkan beberapa keistimewaan khusus kepada pemilik kad ini.

Apabila anda berbelanja 500 ke atas (pada satu resit) di restoran yang mengambil bahagian – anda layak untuk mendapat diskaun sehingga 20% untuk bil makan anda. Wain dan pencuci mulut juga akan diberikan percuma.

Dapatkan juga tawaran dan diskaun daripada hotel-hotel yang mengambil bahagian di seluruh dunia untuk menjimatkan kos penginapan anda ketika menjalankan urusan perniagaan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Pemilik perniagaan
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM4000 sebulan atau RM48000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Yuran tahunan RM200 dibatalkan untuk pertama apabila anda swipe kad anda 3 kali dalam tempoh 60 hari
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM100
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM5000
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)
Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)

Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank dengan jumlah pemindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah.

Maklumat Lanjut
Citibank Balance Transfer Plan
Citibank Balance Transfer Plan

Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank melalui pelan Citibank Balance Transfer Plan. Jumlah pindahan minimum hanya RM1,000 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Caj kadar faedah berpatutan dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Citibank Easy Pay Plan
Citibank Easy Pay Plan

Berbelanja sepenuhnya dengan kad kredit Citibank anda dan bayar semula dengan pelan Easy Payment ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 48 bulan – tanpa caj faedah mahupun caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Citibank Citi Paylite
Citibank Citi Paylite

Pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) Citibank Citi Paylite adalah pelan yang fleksibel dengan belian serendah RM500 dan tempoh bayaran ansuran sehingga 60 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Citi Business Platinum Mastercard

    Kad kredit Citi Business Platinum Mastercard telah ditamatkan oleh Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berhubung proses peralihan kad kredit Citibank ke kad kredit UOB.

    Kad kredit Citibank anda masih sah dan boleh digunakan seperti biasa. UOB telah mengambil alih pengurusan kad kredit anda, dan anda akan terus menikmati manfaat yang datang dengan kad tersebut.

    Tidak, nombor kad, PIN, dan tarikh luput semasa anda akan kekal sama. Anda boleh terus menggunakan kad kredit Citibank anda tanpa sebarang perubahan dalam masa terdekat.

    Anda boleh mengakses maklumat akaun Ctitibank anda melalui platform perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih Citibank sehingga pemberitahuan selanjutnya. UOB akan memberikan kemas kini mengenai sebarang perubahan untuk mengakses akaun pada masa hadapan.

    Mata ganjaran dan manfaat sedia ada anda akan kekal sepanjang tempoh peralihan ini. UOB akan memaklumkan sebarang kemas kini mengenai program ganjaran anda semasa proses memindahkan perkhidmatan.

    Ya, anda boleh terus menebus ganjaran dan menggunakan manfaat sedia ada sehingga makluman seterusnya. Sila peka terhadap sebarang perubahan atau tawaran baru daripada pihak UOB.

    Untuk sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Citibank anda, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan UOB secara langsung. Pihak UOB akan membantu anda berhubung semua soalan berkaitan akaun Citibank anda.

    Kitaran bil dan tarikh akhir pembayaran anda akan kekal dan tidak berubah sepanjang tempoh peralihan ini. Sebarang kemas kini pada masa hadapan akan dimaklumkan oleh UOB.

    Jika anda kehilangan kad kredit Citibank anda, sila laporkan dengan segera kepada khidmat pelanggan UOB untuk bantuan dalam menyekat kad anda dan proses berhubung kad gantian.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    0 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Citibank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Citibank Berhad

    Citibank Berhad
    Dengan sejarah cemerlang sejak 1959, Citibank Malaysia telah menjadi peneraju inovasi perbankan dan menyediakan pelbagai produk komprehensif untuk individu dan perniagaan. Meskipun perniagaan perbankan penggunanya kini di bawah UOB (sejak 2022), legasi Citibank dalam perbankan korporat dan komitmen terhadap kecemerlangan sentiasa kekal.
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    AmBank BonusLink Visa Signature

    Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

    Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

    Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

    Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

    Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

    Citi PremierMiles Mastercard

    Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…