Akan dibuka dalam tab baharu

Citi PremierMiles Visa Signature

Notis Penting

  • Kad Kredit Citibank telah ditamatkan: Kad kredit Citibank tidak lagi ditawarkan berikutan pengambilalihan Citibank Malaysia oleh UOB Malaysia.
  • Pemegang Kad Kredit Citibank: Sekiranya anda adalah pemegang kad kredit Citibank, sila rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah untuk langkah yang perlu diambil.
  • Pengaktifan Kad Kredit UOB: Sila aktifkan kad kredit UOB anda sebelum akhir Jun 2024 untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.
  • Kad Kredit UOB: Anda juga boleh merujuk kepada tawaran kad kredit daripada UOB Malaysia. Klik di sini untuk melihat kad kredit UOB.
Citi PremierMiles Visa Signature
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM600
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Air Miles, Ganjaran Perjalanan, Premium

Citi PremierMiles Visa Signature adalah kad kredit dengan ciri premium yang ditawarkan oleh Citibank Berhad. Kad ini sangat sesuai bagi mereka yang gemar berurusan di luar negara, atau mereka yang banyak menghabiskan masa di atas kapal terbang.

Kad kredit ini menawarkan ganjaran dalam bentuk “Citi PremierMiles”. Mata ganjaran Citi PremierMiles diberikan apabila anda berbelanja dengan kad kredit Citi PremierMiles Visa Signature anda – dalam dan luar negara.

Mata PremierMile ini membenarkan anda mata ganjaran anda dalam bentuk air miles. Dengan setiap 1500 PremierMile, anda boleh dapatkan 1000 air miles dari 90 syarikat penerbangan yang mengambil bahagian. Selain air miles, anda juga boleh membelanjakan mata PremierMiles anda di pedagang-pedagang seperti Agoda, AirBnB, Expedia, Traveloka dan sebagainya.

Citibank juga membenarkan anda menggunakan mata PremierMiles untuk memperbaharui kad kredit ini. Anda cuma perlukan 300,000 mata PremierMiles untuk tujuan.

Kad ini juga menawarkan pelan pindahan baki Citibank Balance Transfer via Instalment Plan. Pelan ini membenarkan anda buat pemindahan baki daripada kad kredit yang sedia ada kepada kad Citi PremierMiles Visa Signature dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Citibank juga menawarkan dua pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan), iaitu dalam bentuk Citibank Easy Pay Plan dan Citibank Flexi Payment Plan. Perbelanjaan menjadi lebih mudah dengan kedua-dua pelan ini.

Baca lebih lanjut tentang kelebihan kad kredit ini, dan bagaimana anda boleh mohon secara atas talian (online) tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan Citibank.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Citi PremierMiles Visa Signature

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran dalam bentuk Citi PremierMiles. Mata ganjaran ini tiada tarikh tamat tempoh, dan boleh anda guna selagi anda memegang kad kredit ini. Mata ganjaran diberikan untuk perbelanjaan dalam negara dan juga luar negara.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
2 RM3 Semua perbelanjaan luar negara
1 RM3 Semua perbelanjaan dalam negara

ganjaran perjalanan

Kad kredit Citi PremierMiles Visa Signature sesuai untuk mereka yang inginkan keselesaan dalam perjalanan. Antara ciri-ciri yang ada untuk memudahkan perjalanan anda ialah servis “concierge”, limosin percuma ke lapangan terbang, akses percuma ke plaza premium lounge, perkhidmatan tempahan hotel, dan juga pelbagai perlindungan perjalanan.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM300,000
Penundaan Penerbangan Sehingga RM2,500
Terlepas Penerbangan Sehingga RM2,500
Kehilangan Bagasi Sehingga RM12,000
Kelewatan Bagasi Sehingga RM2,500

Ciri premium

Selain ciri-ciri premium untuk perjalanan seperti yang dinyatakan di atas, anda juga akan mendapat sehingga 10,000 mata Citi PremierMiles setiap tahun hanya dengan membayar yuran tahunan anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM600
Dibatalkan untuk 3 tahun pertama (hanya untuk pemegang kad baru)
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)
Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)

Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank dengan jumlah pemindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah.

Maklumat Lanjut
Citibank Flexi Payment Plan
Citibank Flexi Payment Plan

Pelan bayaran ansuran mudah (EPP) yang fleksibel dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran semula dari 6 bulan hingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian yang dikenakan.

Maklumat Lanjut
Citibank Easy Pay Plan
Citibank Easy Pay Plan

Berbelanja sepenuhnya dengan kad kredit Citibank anda dan bayar semula dengan pelan Easy Payment ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 48 bulan – tanpa caj faedah mahupun caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Citi Quick Cash
Citi Quick Cash

Pinjaman serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman yang fleksibel dari 6 hingga 48 bulan. Kadar faedah yang dikenakan juga sangat berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Citi PremierMiles Visa Signature

    Kad kredit Citi PremierMiles Visa Signature telah ditamatkan oleh Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berhubung proses peralihan kad kredit Citibank ke kad kredit UOB.

    Kad kredit Citibank anda masih sah dan boleh digunakan seperti biasa. UOB telah mengambil alih pengurusan kad kredit anda, dan anda akan terus menikmati manfaat yang datang dengan kad tersebut.

    Tidak, nombor kad, PIN, dan tarikh luput semasa anda akan kekal sama. Anda boleh terus menggunakan kad kredit Citibank anda tanpa sebarang perubahan dalam masa terdekat.

    Anda boleh mengakses maklumat akaun Ctitibank anda melalui platform perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih Citibank sehingga pemberitahuan selanjutnya. UOB akan memberikan kemas kini mengenai sebarang perubahan untuk mengakses akaun pada masa hadapan.

    Mata ganjaran dan manfaat sedia ada anda akan kekal sepanjang tempoh peralihan ini. UOB akan memaklumkan sebarang kemas kini mengenai program ganjaran anda semasa proses memindahkan perkhidmatan.

    Ya, anda boleh terus menebus ganjaran dan menggunakan manfaat sedia ada sehingga makluman seterusnya. Sila peka terhadap sebarang perubahan atau tawaran baru daripada pihak UOB.

    Untuk sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Citibank anda, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan UOB secara langsung. Pihak UOB akan membantu anda berhubung semua soalan berkaitan akaun Citibank anda.

    Kitaran bil dan tarikh akhir pembayaran anda akan kekal dan tidak berubah sepanjang tempoh peralihan ini. Sebarang kemas kini pada masa hadapan akan dimaklumkan oleh UOB.

    Jika anda kehilangan kad kredit Citibank anda, sila laporkan dengan segera kepada khidmat pelanggan UOB untuk bantuan dalam menyekat kad anda dan proses berhubung kad gantian.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    0 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Citibank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Citibank Berhad

    Citibank Berhad
    Dengan sejarah cemerlang sejak 1959, Citibank Malaysia telah menjadi peneraju inovasi perbankan dan menyediakan pelbagai produk komprehensif untuk individu dan perniagaan. Meskipun perniagaan perbankan penggunanya kini di bawah UOB (sejak 2022), legasi Citibank dalam perbankan korporat dan komitmen terhadap kecemerlangan sentiasa kekal.
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    AmBank BonusLink Visa Signature

    Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

    Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

    Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

    Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

    Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

    Citi Simplicity Mastercard

    Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…