Akan dibuka dalam tab baharu

Citi Shell-Citi Gold

Notis Penting

  • Kad Kredit Citibank telah ditamatkan: Kad kredit Citibank tidak lagi ditawarkan berikutan pengambilalihan Citibank Malaysia oleh UOB Malaysia.
  • Pemegang Kad Kredit Citibank: Sekiranya anda adalah pemegang kad kredit Citibank, sila rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah untuk langkah yang perlu diambil.
  • Pengaktifan Kad Kredit UOB: Sila aktifkan kad kredit UOB anda sebelum akhir Jun 2024 untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.
  • Kad Kredit UOB: Anda juga boleh merujuk kepada tawaran kad kredit daripada UOB Malaysia. Klik di sini untuk melihat kad kredit UOB.
Kad Kredit Citi Shell-Citi Gold
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM195
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Premium, Pulangan Tunai

Kad kredit Citi Shell-Citi Gold adalah kad kredit dengan ciri ganjaran petrol daripada Citibank Berhad. Seperti namanya, kad ini sangat sesuai untuk pengguna tegar jenama petrol Shell. Citibank memberikan rebat tunai (cashbacks) menarik setiap kali anda mengisi minyak di stesen minyak Shell.

Dapatkan dari 4% hingga 8% rebat tunai apabila anda berbelanja serendah RM300 di stesen minyak Shell dengan kad Citi Shell-Citi Gold anda. Anda juga akan mendapat layanan istimewa dan diskaun khas sehingga 50% di 25,000 pedagang yang mengambil bahagian.

Selain itu, Citibank juga menawarkan pelan pindahan baki Citibank Balance Transfer via Instalment Plan sekiranya anda ingin memindahkan daripada kad yang sedia ada kepada kad kredit ini. Anda boleh melakukan pindahan baki dari serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Anda juga boleh menggunakan kemudahan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) dengan Citibank Flexi Payment Plan atau Citibank Easy Pay Plan. Tiada lagi masalah untuk mendapatkan barangan idaman anda dengan pelan-pelan ini.

Jika anda ingin mendapatkan wang tunai segera, pelan bayaran ansuran tunai CIti Quick Cash boleh membantu. Anda boleh buat pinjaman tunai serendah RM1,000 hingga had kredit anda. Tempoh bayaran ansuran pula boleh menjangkau sehingga 48 bulan.

Baca lebih lanjut tentang kelebihan kad kredit Citi Shell-Citi Gold dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara online tanpa perlu walk-in ke mana-mana cawangan Citibank.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Citi Shell-Citi Gold

Pulangan tunai (cashbacks)

Rebat tunai sebanyak 4%, 6% dan 8% setiap kali anda mengisi minyak di stesen minyak Shell seluruh Malaysia. Semakin banyak anda mengisi petrol, lebih banyak rebat tunai yang anda dapat. Tidak perlu risau lagi tentang kos minyak yang semakin meningkat.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Isian Minyak 4% RM250 Isian Minyak di stesen minyak Shell dari RM300 hingga RM999
Isian Minyak 6% RM500 Isian Minyak di stesen minyak Shell dari RM1,000 hingga RM2,499
Isian Minyak 8% RM800 Isian Minyak di stesen minyak Shell dari RM2,500 ke atas

ganjaran perjalanan

Dapatkan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM100,000 setiap kali anda menempah penerbangan anda dengan kad kredit ini.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM100,000

Ganjaran petrol

Kad kredit Citi Shell-Citi Gold memberikan ganjaran petrol dalam bentuk rebat tunai untuk perbelanjaan minyak petrol di stesen minyak Shell seluruh negara. Rujuk bahagian rebat tunai di atas.

Ciri premium

Kad ini didatangkan dengan ciri Citibank World Privileges. Ciri ini membenarkan anda untuk menerima layanan istimewa di 25,000 pedagang seluruh dunia. Dapatkan juga diskaun sehingga 50% untuk perbelanjaan makanan, beli-belah, melancong dan aktiviti golf anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM195
Percuma untuk tahun pertama apabila anda swipe 3 kali dalam tempoh 60 hari
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM100
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM5000
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)
Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)

Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank dengan jumlah pemindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah.

Maklumat Lanjut
Citibank Easy Pay Plan
Citibank Easy Pay Plan

Berbelanja sepenuhnya dengan kad kredit Citibank anda dan bayar semula dengan pelan Easy Payment ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 48 bulan – tanpa caj faedah mahupun caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Citibank Flexi Payment Plan
Citibank Flexi Payment Plan

Pelan bayaran ansuran mudah (EPP) yang fleksibel dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran semula dari 6 bulan hingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian yang dikenakan.

Maklumat Lanjut
Citi Quick Cash
Citi Quick Cash

Pinjaman serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman yang fleksibel dari 6 hingga 48 bulan. Kadar faedah yang dikenakan juga sangat berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Citi Shell-Citi Gold

    Kad kredit Citi Shell-Citi Gold telah ditamatkan oleh Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berhubung proses peralihan kad kredit Citibank ke kad kredit UOB.

    Kad kredit Citibank anda masih sah dan boleh digunakan seperti biasa. UOB telah mengambil alih pengurusan kad kredit anda, dan anda akan terus menikmati manfaat yang datang dengan kad tersebut.

    Tidak, nombor kad, PIN, dan tarikh luput semasa anda akan kekal sama. Anda boleh terus menggunakan kad kredit Citibank anda tanpa sebarang perubahan dalam masa terdekat.

    Anda boleh mengakses maklumat akaun Ctitibank anda melalui platform perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih Citibank sehingga pemberitahuan selanjutnya. UOB akan memberikan kemas kini mengenai sebarang perubahan untuk mengakses akaun pada masa hadapan.

    Mata ganjaran dan manfaat sedia ada anda akan kekal sepanjang tempoh peralihan ini. UOB akan memaklumkan sebarang kemas kini mengenai program ganjaran anda semasa proses memindahkan perkhidmatan.

    Ya, anda boleh terus menebus ganjaran dan menggunakan manfaat sedia ada sehingga makluman seterusnya. Sila peka terhadap sebarang perubahan atau tawaran baru daripada pihak UOB.

    Untuk sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Citibank anda, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan UOB secara langsung. Pihak UOB akan membantu anda berhubung semua soalan berkaitan akaun Citibank anda.

    Kitaran bil dan tarikh akhir pembayaran anda akan kekal dan tidak berubah sepanjang tempoh peralihan ini. Sebarang kemas kini pada masa hadapan akan dimaklumkan oleh UOB.

    Jika anda kehilangan kad kredit Citibank anda, sila laporkan dengan segera kepada khidmat pelanggan UOB untuk bantuan dalam menyekat kad anda dan proses berhubung kad gantian.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    0 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Citibank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Citibank Berhad

    Citibank Berhad
    Dengan sejarah cemerlang sejak 1959, Citibank Malaysia telah menjadi peneraju inovasi perbankan dan menyediakan pelbagai produk komprehensif untuk individu dan perniagaan. Meskipun perniagaan perbankan penggunanya kini di bawah UOB (sejak 2022), legasi Citibank dalam perbankan korporat dan komitmen terhadap kecemerlangan sentiasa kekal.
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    Maybank World MasterCard

    Kad kredit Maybank World MasterCard menawarkan kelebihan mata ganjaran Treats AirMiles yang boleh anda tebus…

    Kad kredit UOB World

    Kad kredit UOB World menawarkan pulangan mata ganjaran UNIRinggit, perlindungan perjalanan, akses percuma ke Plaza Premium Lounge dan…

    Kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards

    Kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards adalah kad edisi terhad RHB yang menawarkan…

    Kad kredit AEON Classic Visa Card 

    Kad kredit AEON Classic Visa menawarkan pulangan tunai dan mata ganjaran serta pelbagai tawaran eksklusif termasuk…