Akan dibuka dalam tab baharu

Citi Rewards Visa Signature

Notis Penting

  • Kad Kredit Citibank telah ditamatkan: Kad kredit Citibank tidak lagi ditawarkan berikutan pengambilalihan Citibank Malaysia oleh UOB Malaysia.
  • Pemegang Kad Kredit Citibank: Sekiranya anda adalah pemegang kad kredit Citibank, sila rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah untuk langkah yang perlu diambil.
  • Pengaktifan Kad Kredit UOB: Sila aktifkan kad kredit UOB anda sebelum akhir Jun 2024 untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.
  • Kad Kredit UOB: Anda juga boleh merujuk kepada tawaran kad kredit daripada UOB Malaysia. Klik di sini untuk melihat kad kredit UOB.
Kad Kredit Citi Rewards Visa Signature
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM5000
square-dollar
Pelan Kewangan
Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium

Kad kredit Citi Rewards Visa Signature adalah kad kredit ganjaran daripada Citibank Berhad. Seperti namanya, kad ini memberi kelebihan mata ganjaran kepada pemiliknya. Oleh, kad Rewards Visa Signature ini sangat sesuai untuk mereka yang gemar membeli-belah di dalam dan luar negara.

Anda akan diberikan 5 mata ganjaran (rewards points) dengan setiap perbelanjaan RM1 anda, di dalam negara mahupun di luar negara melalui program Citi Rewards yang disertakan bersama kad kredit ini.

Bagi yang gemar melancong pula, dapatkan perlindungan insurans kemalangan perjalanan sehingga RM50,000 apabila anda buat tempahan tiket penerbangan melalui kad kredit ini. Anda juga akan mendapat akses ke Plaza Premium Lounge di KLIA.

Selain insurans kemalangan, Citibank juga memberi perlindungan tambahan kepada pembelian barangan berharga anda, dengan perlindungan maksimum RM10,000 untuk setiap barangan, atau RM25,000 untuk setiap pembelian.

Kad Citi Rewards Visa Signature juga memberi faedah dalam kategori perubatan. Anda akan menerima diskaun sehingga 15% untuk semua kadar bilik hospital. Diskaun ini akan diberikan untuk semua “walk-in” dengan harga bilik RM120 ke atas. Diskaun sebanyak 20% juga diberikan untuk semua pakej “Screening Executive” yang ditawarkan.

Sebagai kad kredit “Visa Signature”, anda akan mendapat kelebihan khusus dari Visa yang memberikan anda akses kepada hotel-hotel mewah seluruh dunia, di samping khidmat concierge 24 jam sehari.

Kad kredit ini menawarkan pelan-pelan kad kredit yang lengkap. Anda boleh buat pindahan baki dengan pelan Citibank Balance Transfer via Instalment Plan. Pelan ini membenarkan bayaran semula sehingga 36 bulan.

Anda juga boleh menukar pembelian kad kredit anda kepada pelan Citibank Flexi Payment Plan. Anda hanya perlu buat pembelian RM500 ke atas untuk menggunakan pelan ini. Pelan ansuran tunai Citi Quick Cash pula membenarkan anda buat pinjaman tunai sehingga had kad kredit anda dan bayar semula secara ansuran selama 48 bulan.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki kad ini, baca lebih lanjut tentang ciri dan faedah lengkap yang ditawarkan oleh Citi Rewards Visa Signature melalui info di bawah. Ketahui juga bagaimana anda boleh mohon kad ini secara online tanpa perlu “walk-in” ke Citibank.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Citi Rewards Visa Signature

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran Citi melalui Citi Rewards Program apabila anda berbelanja di dalam dan di luar negara. 5 mata ganjaran akan diberikan untuk perbelanjaan di pasar raya terpilih, atau semua perbelanjaan di luar negara. Perbelanjaan dalam negara yang lain pula anda akan mendapat 1 mata ganjaran dengan setiap RM1.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan Had Perbelanjaan
5 RM1 Perbelanjaan di pasaraya AEON, AEON BiG, Mark & Spencer, Metrojaya, Parkson, Robinsons, Tangs, Isetan B.I.G Ben’s Independent Grocer, Cold Storage, Everise, Giant, Jason Food Hall, Jaya Grocer, Servay, Tesco, Village Grocer RM3,000 sebulan
5 RM1 Semua perbelanjaan luar negara RM24,000 setahun
1 RM1 Semua perbelanjaan dalam negara Tiada had

ganjaran perjalanan

Kad kredit ini memberikan perlindungan insurans peribadi sehingga RM50,000 apabila anda buat tempahan tiket kapal terbang dengan kad Citi Rewards Visa Signature anda. Selain itu, anda juga akan mendapat perlindungan barangan berharga anda sehingga RM10,000 untuk setiap barangan, atau RM25,000 bagi setiap pembelian.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM50,000
Barangan Berharga Sehingga RM10,000 setiap barangan
Barangan Berharga Sehingga RM25,000 setiap pembelian

Ciri premium

Jenama “Visa Signature” akan memberikan anda akses istimewa di hotel-hotel mewah seluruh dunia dan juga perkhidmatan concierge daripada VISA yang boleh anda guna 24/7. Tidak lupa juga akses percuma ke Plaza Premium Lounge di KLIA untuk anda merehatkan diri sebelum penerbangan.

Anda juga akan mendapat diskaun sebanyak 15% untuk bilik hospital bernilai RM120 ke atas apabila anda check-in secara walk-in. Dapatkan juga diskaun sebanyak 20% untuk semua pakej “Screening Executive. Walau bagaimanapun, diskaun ini tidak boleh digunakan untuk pakej promosi atau caj konsultansi.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM5000 sebulan atau RM60000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Yuran tahunan RM600 untuk tahun pertama dibatalkan sekiranya anda swipe 3 kali dalam tempoh 60 hari
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM150
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM5000
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)
Citibank Balance Transfer Via Instalment Plan (BTI)

Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank dengan jumlah pemindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah.

Maklumat Lanjut
Citibank Flexi Payment Plan
Citibank Flexi Payment Plan

Pelan bayaran ansuran mudah (EPP) yang fleksibel dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran semula dari 6 bulan hingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian yang dikenakan.

Maklumat Lanjut
Citi Quick Cash
Citi Quick Cash

Pinjaman serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman yang fleksibel dari 6 hingga 48 bulan. Kadar faedah yang dikenakan juga sangat berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Citi Rewards Visa Signature

    Kad kredit Citi Rewards Visa Signature telah ditamatkan oleh Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berhubung proses peralihan kad kredit Citibank ke kad kredit UOB.

    Kad kredit Citibank anda masih sah dan boleh digunakan seperti biasa. UOB telah mengambil alih pengurusan kad kredit anda, dan anda akan terus menikmati manfaat yang datang dengan kad tersebut.

    Tidak, nombor kad, PIN, dan tarikh luput semasa anda akan kekal sama. Anda boleh terus menggunakan kad kredit Citibank anda tanpa sebarang perubahan dalam masa terdekat.

    Anda boleh mengakses maklumat akaun Ctitibank anda melalui platform perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih Citibank sehingga pemberitahuan selanjutnya. UOB akan memberikan kemas kini mengenai sebarang perubahan untuk mengakses akaun pada masa hadapan.

    Mata ganjaran dan manfaat sedia ada anda akan kekal sepanjang tempoh peralihan ini. UOB akan memaklumkan sebarang kemas kini mengenai program ganjaran anda semasa proses memindahkan perkhidmatan.

    Ya, anda boleh terus menebus ganjaran dan menggunakan manfaat sedia ada sehingga makluman seterusnya. Sila peka terhadap sebarang perubahan atau tawaran baru daripada pihak UOB.

    Untuk sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Citibank anda, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan UOB secara langsung. Pihak UOB akan membantu anda berhubung semua soalan berkaitan akaun Citibank anda.

    Kitaran bil dan tarikh akhir pembayaran anda akan kekal dan tidak berubah sepanjang tempoh peralihan ini. Sebarang kemas kini pada masa hadapan akan dimaklumkan oleh UOB.

    Jika anda kehilangan kad kredit Citibank anda, sila laporkan dengan segera kepada khidmat pelanggan UOB untuk bantuan dalam menyekat kad anda dan proses berhubung kad gantian.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    2 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Citibank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Citibank Berhad

    Citibank Berhad
    Dengan sejarah cemerlang sejak 1959, Citibank Malaysia telah menjadi peneraju inovasi perbankan dan menyediakan pelbagai produk komprehensif untuk individu dan perniagaan. Meskipun perniagaan perbankan penggunanya kini di bawah UOB (sejak 2022), legasi Citibank dalam perbankan korporat dan komitmen terhadap kecemerlangan sentiasa kekal.
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    Maybank 2 Gold Cards

    Kad Kredit Maybank 2 Gold ini adalah kad kredit American Express (Amex) yang unik kerana…

    Citi Simplicity

    Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

    Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

    Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

    Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

    Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…