Citi Clear Mastercard

Citibank Citi Clear Mastercard
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM90
Percuma untuk 3 tahun pertama jika anda mengaktifkan kad 60 hari dari tarikh lulus
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM2000
stars
Ciri utama
Mata Ganjaran, Premium
square-list
Pelan kad kredit
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass

Citi Clear Mastercard adalah kad kredit mata ganjaran (rewards) yang ditawarkan oleh Citibank Berhad. Kad ini sangat sesuai bagi mereka yang gemar bersosial dengan gaya hidup moden. Mata ganjaran yang ditawarkan oleh kad kredit ini buat anda lebih enjoy tanpa perlu peningkan kepala.

Kelebihan utama kad Citibank ini ialah mata ganjaran dalam bentuk Citi Rewards Points yang membenarkan anda dapat mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan anda!

Bagi mereka yang gemar membeli-belah, dapatkan 3 mata ganjaran untuk perbelanjaan di Borders, Topman, Topshop, G2000, GAP, Vincci dan La Senza.

Bagi “foodie” pula, dapatkan 3 mata ganjaran untuk perbelanjaan di Sakae Sushi. Selalu melepak di The Coffee Bean atau Tea Leaf, dapatkan 1 minuman percuma dengan setiap pembelian minuman anda.

Kaki wayang tidak dilupakan. Dapatkan 1 tiket wayang percuma dengan setiap 1 tiket wayang yang anda beli dengan kad kredit Citi Clear Mastercard anda. Selepas tonton wayang, lepak di Zouk KL dan dapatkan 3 mata ganjaran dengan setiap RM1 yang anda belanjakan.

Bagaimana pula dengan perbelanjaan-perbelanjaan lain? Anda dapat 1 mata ganjaran bagi setiap RM1 yang anda guna dengan kad Citi Clear anda.

Yang menariknya, mata ganjaran ini tiada had dan tidak akan tamat tempoh!

Sekiranya anda ingin memindahkan baki daripada kad kredit yang sedia ada kepada kad kredit ini, anda boleh gunakan pelan pemindahan baki Citibank Balance Transfer via Instalment Plan yang ditawarkan dengan kad ini.

Anda juga boleh dapatkan barangan idaman anda pelan bayaran ansuran mudah Citibank Easy Pay Plan. Beli barang serendah RM500 untuk melayakkan anda menukar pembelian anda kepada Easy Payment Plan ini.

Sekiranya anda ingin guna wang tunai segera, anda boleh buat pendahuluan tunai melalui mesin ATM, atau lebih baik lagi gunakan pelan ansuran tunai Citi Quick Cash dengan tempoh bayaran semula sehingga 48 bulan.

Baca lebih lanjut tentang kad kredit Citi Clear Mastercard dan bagaimana anda boleh terus kad ini secara online tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan Citibank.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Citi Clear Mastercard

Mata ganjaran (reward points)

Citi Clear Mastercard adalah kad kredit dengan mata ganjaran hebat. Dapat antara 1 hingga 3 mata ganjaran dengan kad ini tanpa sebarang had. Mata ganjaran anda juga tidak akan tamat tempoh selagi anda memegang kad ini. Anda boleh guna mata ganjaran ini untuk membeli-belah atau tebus di laman web Citi Rewards.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
3 RM1 Perbelanjaan di Borders, Topshop, Topman, GAP, La Senza, Zouk Club KL, Vincci, G2000, dan Sakae Sushi
1 RM1 Sebarang perbelanjaan dalam negara

Ciri premium

Kad ini didatangkan dengan ciri Citibank World Privileges. Ciri ini membenarkan anda untuk menerima layanan istimewa di 25,000 pedagang seluruh dunia. Dapatkan juga diskaun sehingga 50% untuk perbelanjaan makanan, beli-belah, dan pelancongan anda.

Pelan Kad Kredit Citi Clear Mastercard

Pelan pemindahan baki (balance transfer)

Citibank Balance Transfer Plan
Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank melalui pelan Citibank Balance Transfer Plan. Jumlah pindahan minimum hanya RM1,000 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Caj kadar faedah berpatutan dan tiada caj pengendalian.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
12 Tiada 8.99% p.a RM1,000
Citibank Balance Transfer Plan
Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank dengan jumlah pemindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 Tiada 5.81% p.a RM1,000
9 Tiada 5.56% p.a RM1,000
12 Tiada 5.44% p.a RM1,000
18 Tiada 5.35% p.a RM1,000
24 Tiada 5.32% p.a RM1,000
30 Tiada 5.32% p.a RM1,000
36 Tiada 5.33% p.a RM1,000

Pelan bayaran ansuran (easy payment plan)

Citibank Easy Pay Plan

Berbelanja sepenuhnya dengan kad kredit Citibank anda dan bayar semula dengan pelan Easy Payment ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 48 bulan - tanpa caj faedah mahupun caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan)Caj Pengendalian (%)Kadar Faedah (% p.a)Pembelian Minimum (RM)
48TiadaTiadaRM500

Pelan ansuran tunai (cash instalment plan)

Citi Quick Cash

Pinjaman serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman yang fleksibel dari 6 hingga 48 bulan. Kadar faedah yang dikenakan juga sangat berpatutan.

Tempoh Pinjaman (Bulan)Kadar Faedah (% p.a)
610.57% p.a
129.96% p.a
189.84% p.a
249.85% p.a
309.91% p.a
369.99% p.a
4810.19% p.a

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2000 Sebulan atau RM24000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM90
Percuma untuk 3 tahun pertama jika anda mengaktifkan kad 60 hari dari tarikh lulus
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) RM60
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian RM5000
Caj Pendahuluan Tunai RM20 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Cara Mohon Citi Clear Mastercard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Harap maaf. Kad kredit Citi Clear Mastercard telah diberhentikan sementara oleh pihak Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Cari Kad Kredit yang kami sediakan.

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Citi Clear Mastercard

Apakah kad Kredit Citi Clear Mastercard?

chevron-down

Kad kredit Citi Clear Mastercard adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Citibank Berhad.

Apakah kelebihan kad Kredit ini berbanding kad kredit yang lain?

chevron-down

Kad kredit Citi Clear Mastercard menawarkan ciri-ciri menarik seperti Mata Ganjaran, Premium dan Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Ciri-Ciri Kad Kredit di atas.

Siapakah yang boleh mohon kad kredit ini?

chevron-down

Kad ini boleh dimohon oleh Sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM2000 ke atas atau pendapatan tahunan RM24000 ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya tidak pernah mempunyai sebarang kad kredit sebelum ini, bolehkah saya mohon Kad Kredit Citi Clear Mastercard?

chevron-down

Boleh, tiada masalah untuk anda mohon Kad Kredit ini sekiranya ini kali pertama anda ingin mohon Kad Kredit dan anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon.

Saya adalah pemegang kad kredit Citibank Berhad yang sedang aktif, bolehkah saya mohon kad kredit ini?

chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Saya adalah pemegang kad kredit dari bank lain, bolehkah saya mohon kad kredit Citi Clear Mastercard?

chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Berapakah kadar faedah (interest rate) yang dikenakan untuk kad kredit ini?

chevron-down

Citibank Berhad mengenakan kadar faedah tahunan sebanyak 15% p.a.

Berapakah had kredit (credit limit) yang dibenarkan?

chevron-down

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh pihak bank berdasarkan sejarah kredit dan pendapatan bulanan anda.

Apakah caj atau fi yang dikenakan untuk kad kredit ini?

chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj dan Yuran yang Dikenakan di atas.

Bolehkah saya keluarkan wang tunai melalui mesin ATM dengan kad ini?

chevron-down

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini semata-mata untuk pindahan baki (balance transfer)?

chevron-down

Boleh. Tetapi pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya ada rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS saya?

chevron-down

Soalan ini adalah sangat subjektif apabila memohon kad kredit. Faktor yang memainkan peranan utama ialah skor kredit, bukannya jumlah senarai hitam anda. Dalam erti kata lain, lulus atau tidak adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak bank. Anda boleh rujuk dengan pihak Citibank Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CTOS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya rekod kredit saya tidak cantik di laporan CCRIS saya?

chevron-down

Seperti juga jawapan untuk soalan tentang senarai hitam di laporan CTOS. Keputusan permohonan adalah bergantung kepada skor kredit anda, dan faktor-faktor lain seperti pendapatan, risiko, rekod kredit, dan sebagainya. Anda boleh rujuk dengan pihak Citibank Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CCRIS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?

chevron-down

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Bagaimana saya nak mohon kad kredit Citi Clear Mastercard?

chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Memohon di atas.

Ada soalan tambahan berhubung Citi Clear Mastercard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung Citi Clear Mastercard adalah terkini pada tarikh 17/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Citibank Berhad atau menghubungi khidmat pelanggan Citibank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Citibank Berhad

Citibank Berhad

Citibank Berhad

Citibank Berhad adalah bank komersial berlesen di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1959. Citibank diperbadankan pada tahun 1994. Secara ringkas, Citibank adalah anak syarikat Citigroup Holding (Singapore) Private Limited. …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

ICBC UnionPay Dual Currency Classic

Kad kredit ICBC UnionPay Dual Currency Classic sangat sesuai untuk mereka yang sering berkunjung ke…

Citi Business Platinum Mastercard

Kad Kredit Citi Business Platinum Mastercard adalah kad khusus untuk pemilik perniagaan yang inginkan keistimewaan…

BSN G-Card Visa

Kad kredit BSN G-Card Visa dan G-Card VIsa Credit Card-i menawarkan kadar faedah terendah dan…

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold daripada Maybank menawarkan keistimewaan eksklusif KrisFlyer, penjimatan…