Citi Simplicity

Citi Simplicity
Citibank Berhad
Kad kredit daripada
share-nodes
Kongsi
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM2000
stars
Ciri utama
Ganjaran (Rewards), Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Rebat Tunai (Cashbacks)
square-list
Pelan kad kredit
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave

Kad Kredit Citi Simplicity atau Citi Simplicity+ adalah kad kredit daripada Citibank Berhad. Kad ini adalah kad yang ringkas dan sesuai untuk mereka yang inginkan kad kredit dengan pulangan faedah kerana kad kredit Citibank ini menawarkan pulangan faedah untuk perbelanjaan anda.

Jumlah pulangan kadar faedah yang ditawarkan ialah 10% tanpa sebarang had untuk sebarang perbelanjaan menggunakan kad kredit ini. Ini bermaksud anda akan mendapat pulangan kadar faedah apabila anda berbelanja menggunakan kad Citi Simplicity anda.

Anda juga akan mendapatkan diskaun di 1,000 pedagang dalam negara, dan 24,000 hotel, restoran, butik, pasar raya, golf resort dan pelbagai lagi pedagang  yang mengambil bahagian di 120 negara.

Citibank juga menawarkan kemudahan Citibank Banking Center, CitiPhone Banking, Citibank Online dan Express Payment Machines dengan kad ini. Anda juga boleh melakukan pendahuluan tunai melalui ATM, dan menggunakan semua kemudahan MEPS seperti transaksi antara bank dan deposit tunai.

Selain itu, kad kredit Citi Simplicity menawarkan pelan pindahan baki “Citibank Balance Transfer via Instalment Plan” dan dua pelan bayaran ansuran mudah iaitu pelan “Citibank Easy Pay Plan” dan “Citibank Flexi Payment Plan”. Anda juga boleh buat pinjaman tunai melalui pelan ansuran tunai Citi Quick Cash.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik kad kredit ini dan bagaimana anda boleh mohon secara online tanpa perlu walk-in ke Citibank.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Citi Simplicity

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat dalam bentuk 10% pulangan kadar faedah dengan kad kredit dari Citibank ini. Rebat ini didatangkan dengan perbelanjaan tanpa had.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Pulangan kadar faedah 10% Tiada Sebarang perbelanjaan dan sebarang jumlah

ganjaran perjalanan

Buat tempahan tiket kapal terbang dengan kad kredit Citi Simplicity anda dan nikmat rebat kadar faedah sebanyak 10% tanpa had.

Ganjaran petrol

Citibank menawarkan rebat pulangan 10% kadar faedah setiap kali anda mengisi minyak menggunakan kad kredit Citi Simplicity anda – pada bila-bila masa tanpa sebarang had.

Pelan Kad Kredit Citi Simplicity

Pelan pemindahan baki (balance transfer)

Citibank Balance Transfer Plan
Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank dengan jumlah pemindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 Tiada 5.81% p.a RM1,000
9 Tiada 5.56% p.a RM1,000
12 Tiada 5.44% p.a RM1,000
18 Tiada 5.35% p.a RM1,000
24 Tiada 5.32% p.a RM1,000
30 Tiada 5.32% p.a RM1,000
36 Tiada 5.33% p.a RM1,000

Pelan bayaran ansuran (easy payment plan)

Citibank Easy Pay Plan

Berbelanja sepenuhnya dengan kad kredit Citibank anda dan bayar semula dengan pelan Easy Payment ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 48 bulan - tanpa caj faedah mahupun caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan)Caj Pengendalian (%)Kadar Faedah (% p.a)Pembelian Minimum (RM)
48TiadaTiadaRM500
Citibank Flexi Payment Plan
Pelan bayaran ansuran mudah (EPP) yang fleksibel dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran semula dari 6 bulan hingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian yang dikenakan.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 Tiada 10.57% p.a RM500
12 Tiada 9.96% p.a RM500
18 Tiada 9.84% p.a RM500
24 Tiada 9.85% p.a RM500
30 Tiada 9.91% p.a RM500
36 Tiada 9.99% p.a RM500

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2000 Sebulan atau RM24000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Tak layak?

Sekiranya anda tak cukup syarat untuk mohon kad kredit ini, anda boleh cari kad yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Cari Kad Kredit yang kami sediakan.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM20 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Cara Mohon Citi Simplicity

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Harap maaf. Kad kredit Citi Simplicity telah diberhentikan sementara oleh pihak Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Cari Kad Kredit yang kami sediakan.

Soalan Lazim Kad Kredit Citi Simplicity

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan kad kredit Citi Simplicity
Apakah kad Kredit Citi Simplicity?
chevron-down

Kad kredit Citi Simplicity adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Citibank Berhad.

Apakah kelebihan kad Kredit ini berbanding kad kredit yang lain?
chevron-down

Kad kredit Citi Simplicity menawarkan ciri-ciri menarik seperti Ganjaran (Rewards), Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Rebat Tunai (Cashbacks) dan Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Ciri-Ciri Kad Kredit di atas.

Siapakah yang boleh mohon kad kredit ini?
chevron-down

Kad ini boleh dimohon oleh Sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM2000 ke atas atau pendapatan tahunan RM24000 ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya tidak pernah mempunyai sebarang kad kredit sebelum ini, bolehkah saya mohon Kad Kredit Citi Simplicity?
chevron-down

Boleh, tiada masalah untuk anda mohon Kad Kredit ini sekiranya ini kali pertama anda ingin mohon Kad Kredit dan anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon.

Saya adalah pemegang kad kredit Citibank Berhad yang sedang aktif, bolehkah saya mohon kad kredit ini?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Saya adalah pemegang kad kredit dari bank lain, bolehkah saya mohon kad kredit Citi Simplicity?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Berapakah kadar faedah (interest rate) yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Citibank Berhad mengenakan kadar faedah tahunan sebanyak 15% p.a.

Berapakah had kredit (credit limit) yang dibenarkan?
chevron-down

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh pihak bank berdasarkan sejarah kredit dan pendapatan bulanan anda.

Apakah caj atau fi yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj dan Yuran yang Dikenakan di atas.

Bolehkah saya keluarkan wang tunai melalui mesin ATM dengan kad ini?
chevron-down

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini semata-mata untuk pindahan baki (balance transfer)?
chevron-down

Boleh. Tetapi pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya ada rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS saya?
chevron-down

Soalan ini adalah sangat subjektif apabila memohon kad kredit. Faktor yang memainkan peranan utama ialah skor kredit, bukannya jumlah senarai hitam anda. Dalam erti kata lain, lulus atau tidak adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak bank. Anda boleh rujuk dengan pihak Citibank Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CTOS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya rekod kredit saya tidak cantik di laporan CCRIS saya?
chevron-down

Seperti juga jawapan untuk soalan tentang senarai hitam di laporan CTOS. Keputusan permohonan adalah bergantung kepada skor kredit anda, dan faktor-faktor lain seperti pendapatan, risiko, rekod kredit, dan sebagainya. Anda boleh rujuk dengan pihak Citibank Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CCRIS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?
chevron-down

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Bagaimana saya nak mohon kad kredit Citi Simplicity?
chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Memohon di atas.

newspaper
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat & terma kad kredit Citi Simplicity

Ada soalan tambahan?

Tinggalkan soalan anda pada ruangan Soalan & Pertanyaan di bawah. 

Ada Soalan Tentang Citi Simplicity?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.