Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.
Pinjaman Peribadi Bank yang Ditawarkan di Malaysia
Bandingkan & Pilih Pinjaman Peribadi Bank Yang Sesuai

Pinjaman peribadi bank menawarkan kemudahan kredit daripada institusi perbankan di Malaysia untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan anda. Berbeza dengan pinjaman daripada institusi kewangan lain seperti koperasi atau kredit komuniti (pinjaman berlesen), Pinjaman peribadi daripada bank selalunya menawarkan kadar faedah yang lebih kompetitif dan ciri-ciri yang lebih telus.
Sama ada untuk membiayai perkahwinan, pendidikan, pengubahsuaian rumah, ataupun menguruskan hutang, pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank boleh menjadi penyelesaian yang fleksibel.
Walaubagaimanapun, penting untuk anda membandingkan tawaran pembiayaan peribadi daripada pelbagai bank. Pertimbangkan faktor-faktor seperti kadar faedah, tempoh bayaran balik, caj pemprosesan, dan syarat kelayakan dikenakan sebelum anda buat keputusan untuk mohon.
Terdapat pilihan pinjaman konvensional dan pembiayaan patuh syariah. Pilih pelan pinjaman dan pembiayaan peribadi yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan anda. Lihat senarai pinjaman dan pembiayaan peribadi bank yang ditawarkan di sistem saringan di bawah.
Bandingkan & Tapis Pinjaman Peribadi Bank di Malaysia
Saringan
Standard Chartered Quick Cash EDGE

RM3000 - RM250000
12 - 84 bulan
6.99% p.a
RM2000
Standard Chartered Quick Cash EDGE adalah pelan pinjaman peribadi tidak bercagar yang menawarkan jumlah pinjaman yang sangat tinggi dengan caj kadar faedah yang berpatutan. Pinjaman ini adalah pinjaman dengan keperluan syarat kelayakan dan penyediaan dokumen yang ringkas dan tidak membebankan. Pelan pinjaman ini juga ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan termasuk para pesara.
Baca Lebih LanjutBank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung

RM10000 - RM300000
12 - 120 bulan
4.42% p.a
RM2000
Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung ditawarkan khusus kepada kakitangan sektor awam dan sektor swasta dari syarikat terpilih. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah agak tinggi dengan tempoh bayaran balik yang panjang. Tempoh keputusan permohonan juga sangat pantas iaitu tidak lebih dari 48 jam hari bekerja.
Baca Lebih LanjutBank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap

RM10000 - RM300000
12 - 120 bulan
4.99% p.a
RM2000
Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap ditawarkan khusus kepada kakitangan sektor awam dan sektor swasta dari syarikat terpilih. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah agak tinggi dengan tempoh bayaran balik yang panjang. Tempoh keputusan permohonan juga sangat pantas iaitu tidak lebih dari 48 jam hari bekerja.
Baca Lebih LanjutUOB Personal Loan

RM5000 - RM100000
12 - 60 bulan
9.99% p.a
RM2000
UOB Personal Loan adalah pinjaman peribadi tidak bercagar khusus untuk kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Pelan pinjaman UOB ini menawarkan keputusan permohonan yang sangat pantas. Anda hanya perlu tunggu tidak lebih dari 48 jam hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan anda.
Baca Lebih LanjutStandard Chartered Personal Financing-i

RM3000 - RM250000
12 - 60 bulan
5.45% p.a
RM2000
Standard Chartered Personal Financing-i daripada Standard Chartered Saadiq ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan termasuk para pesara. Pelan pembiayaan Islamik tidak bercagar ini menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi dengan caj kadar keuntungan yang rendah dan berpatutan. Syarat kelayakan juga tidak membebankan dan keperluan dokumen juga sangat ringkas.
Baca Lebih LanjutPublic Bank BAE Personal Financing-i

RM5000 - RM150000
24 - 120 bulan
3.99% p.a
RM1500
Public Bank BAE Personal Financing-i ditawarkan khusus kepada kakitangan sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, GLC dan badan berkanun. Pinjaman ini menawarkan payout yang sangat tinggi iaitu sehingga 98% dari jumlah pembiayaan. Peratusan lulus dan Jumlah pembiayaan yang tinggi, tempoh bayaran balik yang panjang dan caj kadar keuntungan yang sangat rendah buat pelan ini sangat diminati…
Baca Lebih LanjutMBSB Personal Financing Private-i

RM1000 - RM300000
24 - 120 bulan
10.6% p.a
RM3500
MBSB Personal Financing Private-i adalah pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar khusus untuk kakitangan sektor swasta dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GCL). Jumlah pembiayaan yang ditawarkan sangat tinggi dengan tempoh bayaran balik yang panjang. Pelan pembiayaan ini juga menawarkan ciri penyatuan hutang atau debt consolidation kepada pemohon yang layak.
Baca Lebih LanjutMBSB Personal Financing Mumtaz-i

RM1000 - RM250000
12 - 120 bulan
4.8% p.a
RM3000
MBSB Personal Financing Mumtaz-i ditawarkan khusus kepada kakitangan sektor awam sama ada kerajaan, GLC atau badan berkanun. Pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar ini membenarkan ciri penyatuan hutang untuk mereka yang ingin menghimpunkan hutang yang sedia ada ke dalam satu pelan pembiayaan untuk meringankan beban dan memudahkan bayaran bulanan.
Baca Lebih LanjutMBSB Personal Financing Afdhal-i

RM1000 - RM400000
24 - 120 bulan
6.0% p.a
RM3000
MBSB Personal Financing Afdhal-i menawarkan jumlah pembiayaan yang sangat tinggi dengan caj kadar faedah yang berpatutan. Dibuka permohonan kepada kakitangan sektor awam, pembiayaan Islamik tidak bercagar ini menawarkan ciri tempoh pembiayaan yang panjang, syarat kelayakan yang tidak membebankan, dan juga penyediaan dokumen yang ringkas.
Baca Lebih LanjutKFH Murabahah Personal Financing-i

RM5000 - RM150000
24 - 96 bulan
6.88% p.a
RM3000
KFH Murabahah Personal Financing-i adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar khusus kepada kakitangan syarikat GLC, MNC dan PLC. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan sangat tinggi dengan caj kadar keuntungan yang sangat rendah. Tempoh keputusan lulus pula cuma 3 hari bekerja. Ciri-ciri ini membuatkan pelan pembiayaan KFH ini sangat menarik untuk dimohon.
Baca Lebih Lanjut