Akan dibuka dalam tab baharu

Standard Chartered CashOne

Standard Chartered CashOne
share-nodes
Kongsi
Kategori
Konvensional (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM1000 - RM250000
Kadar Faedah
5.50% p.a - 5.50% p.a
Tempoh Pinjaman
12 - 84 bulan
Kelayakan Gaji
RM3000
Tempoh Lulus
1 hingga 7 hari bekerja

Standard Chartered CashOne adalah pelan pinjaman peribadi daripada Standard Chartered Malaysia. Ini adalah pelan pembiayaan peribadi yang unik kerana anda perlu memiliki kad kredit Standard Chartered Platinum, Visa atau MasterCard untuk melayakkan anda mohon pinjaman ini.

Baca lebih lanjut tentang kad kredit Standard Chartered Platinum dan bagaimana untuk mohon kad ini secara atas-talian.

Pinjaman Standard Chartered CashOne adalah pinjaman konvensional tidak bercagar – oleh itu anda tidak perlu penjamin atau sebarang cagaran untuk mohon pinjaman ini. Permohonan pinjaman ini dibuka kepada semua sektor pekerjaan makan gaji iaitu kakitangan sektor awam dan kakitangan sektor swasta. Pinjaman ini juga ditawarkan kepada mereka yang bekerja sendiri.

Syarat kelayakan yang diperlukan ialah berumur antara 21 hingga 60 tahun untuk pemohon yang bekerja makan gaji, dan tidak lebih daripada 65 tahun untuk pemohon yang bekerja sendiri dengan pendapatan tahunan tidak kurang dari RM36,000.

Sekiranya anda layak, anda boleh mohon dari RM1,000 hingga jumlah maksimum RM250,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun. Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan pula adalah kadar tetap bermula dari serendah 5.50% p.a.

Apa yang buat pelan pinjaman peribadi Standard Chartered ini sangat menarik ialah setiap bayaran balik bulanan untuk pinjaman ini akan ditukar kepada had kredit (credit limit) kad Standard Chartered Platinum anda. Manakala, sekiranya anda buat tambahan jumlah pinjaman – had kredit kad anda akan berkurang.

Pihak Standard Chartered juga tidak mengenakan sebarang caj proses termasuk caj duti setem sekiranya permohonan pinjaman Standard Chartered CashOne anda lulus. Caj yang akan dikenakan cuma caj penalti lewat bayar, iaitu 1% daripada baki pinjaman tertunggak.

Berminat untuk mohon pinjaman ini? Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik, syarat kelayakan lengkap yang diperlukan untuk mohon, dokumen yang perlu anda sediakan, jadual bayaran balik bulanan, caj-caj berkaitan, dan bagaimana anda boleh mohon pelan pinjaman ini secara atas-talian (online).

Kelebihan Standard Chartered CashOne

Pihak Standard Chartered menawarkan beberapa ciri menarik untuk pinjaman CashOne.

  • Pinjaman tidak bercagar
    Oleh kerana ini adalah pinjaman peribadi tidak bercagar (unsecured personal loan), anda tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon.
  • Jumlah pinjaman yang fleksibel dan tinggi
    Pihak Standard Chartered menawarkan jumlah pembiayaan yang sangat fleksibel iaitu serendah RM1,000 hingga mencecah RM250,000 – satu jumlah yang tinggi untuk pelan pinjaman peribadi konvensional tidak bercagar.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang
    Anda boleh pilih tempoh pembiayaan dari 12 bulan hingga 84 bulan dengan pinjaman ini.
  • Kadar faedah rendah
    Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan adalah dari serendah 5.50% p.a. Ini adalah antara caj terendah untuk pinjaman peribadi konvensional.
  • Tiada caj proses
    Tidak seperti kebanyakan pinjaman peribadi konvensional, pinjaman Standard Chartered CashOne tidak mengenakan sebarang caj proses termasuk caj duti setem sekiranya lulus.
  • Tiada caj penamatan awal
    Anda juga tidak akan dikenakan sebarang caj penamatan awal sekiranya anda berhasrat untuk menamatkan pinjaman anda lebih awal daripada tarikh yang dipersetujui.
  • 100% disbursement
    Ini adalah antara pinjaman peribadi konvensional tidak bercagar yang memberikan 100% payout. Berapa anda pinjam, itulah jumlah yang anda akan terima.
  • Dokumen yang ringkas
    Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman ini adalah sangat ringkas berbanding pinjaman peribadi yang lain.
  • Bayaran bulanan ditukar kepada had kredit
    Setiap bayaran balik bulanan anda akan ditukar kepada had kredit (credit limit) kad kredit Standard Chartered Platinum anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sekiranya anda ingin mohon pinjaman peribadi Standard Chartered CashOne.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 21 hingga 60 tahun (bekerja makan gaji) atau 65 tahun (bekerja sendiri).
  • Berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun.
  • Memiliki kad kredit Standard Chartered Platinum (VISA atau MasterCard).
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan (bank/koperasi/kredit komuniti (pinjaman berlesen)).
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Standard Chartered CashOne, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Jika anda layak berdasarkan syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut untuk mohon.

Bekerja makan gaji

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan slip gaji 1 bulan terkini atau salinan penyata KWSP (EPF) terkini.

Penerima komisen

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan slip gaji 1 bulan terkini atau salinan penyata bank 1 bulan terkini.
  3. Salinan penyata KWSP (EPF) terkini.

Bekerja sendiri

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Borang B / BE terkini.
  3. Salinan Borang Pendaftaran Syarikat (Borang 9,24, dan 49) atau penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.

Jadual Bayaran Bulanan Standard Chartered CashOne

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Standard Chartered CashOne. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Standard Chartered CashOne
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Seperti yang telah dinyatakan, pihak Standard Chartered tidak mengenakan sebarang caj proses, termasuk caj duti setem untuk Standard Chartered CashOne.

Caj yang dikenakan cuma penalti lewat bayar sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan.

Cara Mohon Standard Chartered CashOne

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pinjaman CashOne dengan mengunjungi mana-mana cawangan Standard Chartered Bank berdekatan anda.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Bayaran bulanan ditukar kepada had kredit.
  • Jumlah pinjaman yang tinggi.
  • Tempoh pinjaman yang panjang.
  • Caj kadar faedah tahunan yang berpatutan.
  • Tiada caj proses.
Kekurangan
  • Hanya ditawarkan kepada pemilik kad kredit Standard Chartered Platinum.

Pinjaman peribadi CashOne adalah pinjaman yang menarik daripada pihak Standard Chartered. Ciri utama pinjaman ini ialah bayaran bulanan akan ditukar kepada had kredit kad kredit Platinum. Ini bermaksud lebih lama anda buat bayaran, lebih tinggi had kredit kad anda. Pinjaman ini juga membenarkan jumlah pembiayaan yang tinggi, iaitu sehingga RM250,000 dengan tempoh pinjaman yang panjang. Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan juga sangat rendah dan berpatutan. Antara ciri lain yang menarik ialah keperluan dokumen yang sangat ringkas dan tidak membebankan. Walau bagaimanapun,  pinjaman ini hanya ditawarkan kepada pemilik kad kredit Standard Chartered Platinum. Dalam erti kata lain, anda perlu mohon kad kredit Platinum dengan pihak Standard Chartered terlebih dahulu untuk melayakkan anda mohon pinjaman CashOne ini.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Standard Chartered CashOne

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit.

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Standard Chartered CashOne?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right