Standard Chartered Personal Financing-i

Standard Chartered Personal Financing-i adalah pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Standard Chartered Saadiq Berhad. Standard Chartered Saadiq adalah cawangan Standard Chartered yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islamik di Malaysia.

Pembiayaan Peribadi-i daripada Standard Chartered Saadiq ini adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar. Anda tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini. Sebagai pembiayaan Islamik, pinjaman ini adalah 100% patuh Syariah.

Standard Chartered Saadiq Personal Financing-i ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia tanpa mengira sektor pekerjaan. Tidak kira anda berkhidmat di Sektor Awam, Swasta, mahupun bekerja sendiri – anda boleh mohon pinjaman ini.

Baca lebih lanjut tentang kelebihan dan ciri-ciri utama Standard Chartered Pembiayaan Peribadi-i, syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online tanpa perlu mengunjungi cawangan Standard Chartered.

Jenis PinjamanIslamik (Tak Bercagar)
Jumlah PembiayaanRM3000 hingga RM250000
Tempoh Pembiayaan12 Bulan hingga 60 Bulan
Kadar Keuntungan 8.99% p.a hingga 8.99% p.a
Sektor PekerjaanPesara / Kakitangan Swasta / Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri
Kelayakan GajiGaji Kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Had Umur21 hingga 65 Tahun
Ciri MenarikJumlah Tinggi
Tempoh Lulus1 hingga 7 hari bekerja
Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Ciri-Ciri & Kelebihan Standard Chartered Personal Financing-i

Standard Chartered Personal Financing-i mempunyai beberapa kelebihan dan ciri-ciri yang buat pinjaman ini antara pinjaman yang sering dimohon. Berikut adalah ciri-ciri menarik pelan pembiayaan peribadi ini.

  • 100% patuh Syariah
    Pembiayaan peribadi daripada Standard Chartered Saadiq Berhad ini adalah patuh Syariah sepenuhnya dengan menggunakan konsep Komoditi Murabahah.
  • Kelayakan had umur yang fleksibel
    Pinjaman ini ditawarkan kepada mereka yang berumur 21 tahun hingga 65 tahun.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Anda boleh mohon antara RM3,000 hingga mencecah RM250,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Standard Chartered Saadiq Berhad menawarkan tempoh pembiayaan dari 1 tahun hingga 5 tahun.
  • Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan
    Pinjaman peribadi Standard Chartered ini dibuka kepada semua sektor pekerjaan, sama ada Kakitangan Swasta, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan juga para pesara.
  • Kadar keuntungan rata
    Skim pembiayaan peribadi ini menawarkan kadar keuntungan rata dari 8.99%p.a (bergantung kepada jumlah dan tempoh pinjaman).
  • Tiada caj proses
    Tidak seperti sesetengah pinjaman Islamik yang ada caj proses, Standard Chartered Saadiq Berhad tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan sekiranya permohonan pinjaman anda lulus.
  • Tiada caj penamatan awal
    Anda tidak akan dikenakan sebarang caj penamatan awal sekiranya anda berhasrat untuk buat penamatan awal terhadap pembiayaan Standard Chartered Pembiayaan Peribadi-i anda.

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Standard Chartered Saadiq Berhad tidak mengenakan syarat kelayakan memohon yang ketat seperti sesetengah pinjaman peribadi yang lain. Berikut ialah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi untuk mohon pinjaman ini.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun (Bekerja makan gaji).
  • Berumur 21 tahun hingga 65 tahun (Bekerja sendiri).
  • Berpendapatan bulanan RM2,000 (gaji kasar) atau berpendapatan tahunan RM24,000 (gaji kasar).
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank atau AEON.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Dokumen Yang Diperlukan

Seperti juga syarat kelayakan yang tidak membebankan, dokumen yang diperlukan untuk mohon Standard Chartered Personal Financing-i juga sangat ringkas. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mohon.

Bekerja Makan Gaji (Swasta/Kerajaan/GLC)

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salah satu daripada dokumen berikut:
    – Salinan Slip Gaji 1 bulan terkini.
    – Salinan penyata KWSP terkini.
    – Salinan Borang BE dengan resit bayaran cukai terkini.

Bekerja Sendiri

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salah satu daripada dokumen berikut:
    – Salinan Pendaftaran Syarikat (Borang 9,24 dan 49).
    – Salinan penyata KWSP terkini.
    – Salinan Penyata Akaun Bank 6 bulan terkini.

Jadual Pembayaran Balik

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment pinjaman peribadi Standard Chartered Personal Financing-i. Klik pada gambar untuk paparan saiz yang lebih besar.

Jadual Bayaran Balik Standard Chartered Personal Financing-i
Jadual pembayaran Standard Chartered Personal Financing-i.
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

Caj Yang Dikenakan

Berikut adalah caj-caj yang dikenakan untuk Standard Chartered Personal Financing-i sekiranya permohonan anda diluluskan oleh pihak Standard Chartered.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.

Caj-caj lain pula adalah seperti berikut.

  1. Caj lewat bayar sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan (Ta’widh).
  2. Tiada caj penamatan awal.

Standard Chartered Saadiq Berhad tidak menawarkan sebarang perlindungan Takaful untuk pinjaman ini.

Cara Memohon Standard Chartered Personal Financing-i

Anda boleh mohon Standard Chartered Personal Financing-i dengan mengunjungi mana-mana cawangan Standard Chartered Saadiq Berhad/Standard Chartered Berhad.

Anda juga boleh mohon Standard Chartered Personal Financing-i secara online sepenuhnya melalui perkhidmatan RinggitPlus. Tak perlu susah payah walk-in ke Standard Chartered Bank Malaysia Berhad untuk mohon. Baca lebih lanjut di bawah.

Mohon Standard Chartered Personal Financing-i 100% ONLINE Dengan Perkhidmatan RinggitPlus

Anda boleh mohon Standard Chartered Personal Financing-i secara online menggunakan perkhidmatan RinggitPlus.

Anda cuma perlu isi nama dan nombor phone anda pada laman permohonan RinggitPlus. Pihak RinggitPlus akan menghubungi anda dan membimbing anda step-by-step untuk meneruskan permohonan. Tak perlu susah payah walk-in ke bank untuk memohon.

Klik butang "Mohon Sekarang" di bawah untuk teruskan.

Anda akan dibawa ke laman web RinggitPlus. Pada laman tersebut, klik butang "Apply Now" untuk meneruskan permohonan anda.

Standard Chartered Personal Financing-i Review

Pinjaman Standard Chartered Personal Financing-i daripada Standard Chartered Saadiq Berhad adalah pinjaman Islamik tak bercagar yang ditawarkan kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira sektor pekerjaan. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh pinjaman ini adalah tinggi iaitu sehingga RM250,000. Syarat kelayakan memohon yang ditetapkan oleh pihak Standard Chartered juga tidak begitu ketat sekali gus memudahkan proses permohonan bagi mereka yang layak. Dengan keperluan dokumen yang sangat ringkas berbanding skim pembiayaan peribadi lain di negara kita, pinjaman peribadi daripada Standard Chartered ini adalah antara pelan pinjaman peribadi yang popular.  Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan yang ditawarkan agak pendek berbanding institusi kewangan lain yang menawarkan tempoh sehingga 7 tahun pembiayaan.

Kelebihan

  • Syarat kelayakan memohon yang longgar.
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi.
  • Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan.

Kekurangan

  • Tempoh pembiayaan yang agak pendek.

Rating

3.8/5

Soalan Lazim Pinjaman Peribadi Standard Chartered Personal Financing-i

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pinjaman peribadi Standard Chartered Personal Financing-i

Apakah pinjaman peribadi Standard Chartered Personal Financing-i?

Pinjaman peribadi Standard Chartered Personal Financing-i adalah pinjaman peribadi Islamik Tak Bercagar yang ditawarkan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

Siapa yang boleh mohon Standard Chartered Personal Financing-i?

Pembiayaan peribadi "Standard Chartered Personal Financing-i" ditawarkan kepada Warganegara Malaysia yang bekerja sebagai Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta, Pesara dengan had umur dari 21 hingga 65 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali - boleh kah saya mohon pinjaman Standard Chartered Personal Financing-i?

Anda boleh mohon sebarang pinjaman kecuali syarat kelayakan pinjaman tersebut menyatakan anda perlu ada rekod pinjaman atau komitmen bulanan untuk mohon.

Saya tak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon pinjaman Standard Chartered Personal Financing-i?

Rujuk jawapan sebelum ini.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah sama mohon Standard Chartered Personal Financing-i?

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman dari institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, atau pembiayaan perumahan - anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang selama 6 bulan sebelum anda mohon pinjaman lain untuk meningkatkan peluang lulus permohonan anda.

Berapa jumlah pinjaman yang boleh saya mohon dengan Standard Chartered Personal Financing-i?

Anda boleh mohon dari RM3000 hingga RM250000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan kepada anda akan ditentukan oleh pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah pinjaman, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan oleh pinjaman peribadi ini?

Standard Chartered Personal Financing-i menawarkan tempoh pembiayaan dari 12 bulan hingga 60 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan yang boleh dimohon akan ditentukan oleh pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah pinjaman, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon pinjaman ini?

Berapa lama tempoh yang perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan Standard Chartered Personal Financing-i saya?

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan pinjaman anda adalah 1 hingga 7 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen yang lengkap.

Apa caj yang dikenakan untuk pinjaman Standard Chartered Personal Financing-i?

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa yang perlu saya bayar setiap bulan jika saya mohon pinjaman ini?

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah pinjaman yang lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan yang dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Standard Chartered Personal Financing-i .

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran pinjaman ini?

Anda boleh bayar balik pinjaman Standard Chartered Personal Financing-i melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation) dengan pinjaman ini?

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau "debt consolidation" dengan Standard Chartered Personal Financing-i.

Saya dah ada pinjaman Standard Chartered Personal Financing-i yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility) untuk pinjaman ini?

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya anda ingin membuat overlap terhadap Standard Chartered Personal Financing-i, anda boleh berhubung terus dengan pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad atau guna perkhidmatan RinggitPlus untuk nasihat dan panduan memohon pinjaman bertindih. Rujuk pada bahagian Cara Mohon Standard Chartered Personal Financing-i di atas di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS anda bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya anda boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya di bawah selaan AKPK. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Maaf tak boleh. Anda tidak boleh memohon sebarang pinjaman dari institusi kewangan sekiranya anda di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK).

Saya ada soalan lagi tentang Standard Chartered Personal Financing-i

Sila tinggalkan soalan anda pada borang reply/komen di bawah. Pihak kami akan cuba menjawabnya seberapa segera yang mungkin.

Ada Soalan Tentang Standard Chartered Personal Financing-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman anda? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen anda. Pihak kami akan cuba menjawab soalan anda seberapa segera yang mungkin.

  • NOORASYIKIN BINTI JAKARIAH says:

    Benarkah pricesolutions sdn bhd wujud d bawah standart chartered

    • Menurut laman web Standard Chartered, Price Solutions Sdn Bhd adalah anak syarikat mereka.

      The Bank was locally incorporated as Standard Chartered Bank Malaysia Berhad on 29 February 1984. As the country's first and oldest bank with over 140 years of history 140 years of history, Standard Chartered to date employs more than 7,000 employees for its Malaysian operations , a global shared service centre Standard Chartered Global Business Services (formerly known as Scope International), a subsidiary Price Solutions, an offshore facility in Labuan and head office at Menara Standard Chartered in the heart of Kuala Lumpur.

      Terima kasih