Perubahan adalah perlu. Terutama sekali jika perubahan tersebut adalah untuk berubah atau bertukar kepada sesuatu yang lebih baik. Begitu juga kami di web Pinjaman Peribadi Bank (PPB).
Jika anda perasan, terdapat beberapa perubahan kecil yang telah dilaksanakan pada laman web ini. Perubahan-perubahan ini dilakukan untuk lebih memudahkan anda menggunakan laman web ini untuk mencari maklumat berkaitan pinjaman peribadi.
Berikut ialah perubahan dan update laman web yang telah kami laksanakan.
Isi Kandungan
Tambahan Pelan Pinjaman Peribadi di Malaysia
Kami telah menambah pelan-pelan pinjaman peribadi yang terdapat di Malaysia, yang boleh anda mohon.
Jika sebelum ini kami hanya menyenaraikan sedikit sahaja skim pembiayaan peribadi, kini kami telah menambah senarai pinjaman peribadi untuk memberi lebih pilihan kepada anda.
Antara pelan pinjaman peribadi di Malaysia yang baru disenaraikan:
- AEON iCash Personal Financing
- Affin Islamic Personal Financing-i
- Agrobank AgroCash-i
- Al Rajhi Personal Financing-i
- Alliance Bank CashFirst Personal Loan
- Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i
- AmBank AmMoneyLine Personal Loan
- AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i
- AmBank Islamic Personal Financing-i
- Bank Islam Pembiayaan Peribadi Professional
- Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej
- Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung
- Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap
- Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang
- Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam
- Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta
- Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara
- BSN MyRinggit
- BSN MyRinggit Eksekutif-1
- BSN MyRinggit Insan-i KWSP
- BSN MyRinggit-i
- BSN MyRinggit-i Eksekutif-1
- BSN MyRinggit-i PRIMA
- BSN SKAN (Skim Kakitangan Awam Negeri)
- BSN SKAP (Skim Kakitangan Awam Persekutuan)
- Cash-i Muamalat
- Cash-i Muamalat Prestige
- Cash-i Muamalat Pro
- CIMB Cash Plus
- CIMB Cash Plus FSA2 KWSP
- CIMB Xpress Cash Financing-i
- Citibank Personal Loan
- Emicro Personal Loan
- Hong Leong Islamic Personal Financing-i
- Hong Leong Mach IOU
- Hong Leong Personal Loan
- HSBC Amanah Personal Financing-i
- IVC Personal Loan
- JCL i-FUND
- JCL Pinjaman Peribadi
- KFH Murabahah Personal Financing-i
- KOBETA Cash-i
- KOBETA Speed-i
- KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq
- KOWAMAS e-Wawasan
- Maybank Personal Financing-i
- MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP
- MBSB Personal Financing Afdhal-i
- MBSB Personal Financing Mumtaz-i
- MBSB Personal Financing Private-i
- Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera
- Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)
- Pembiayaan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
- Pembiayaan Peribadi Koperasi Tentera
- Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA
- Pembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama (Bank Persatuan)
- Pinjaman Peribadi Evo Credit
- Pinjaman Peribadi instaDuit
- Pinjaman Peribadi Maybank
- Pinjaman Wang Berlesen Direct Lending
- Public Bank BAE Personal Financing-i
- RHB Easy-Pinjaman Ekspres
- RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta
- RHB Personal Financing-i for Civil Sector
- RHB Personal Loan
- Standard Chartered CashOne
- Standard Chartered CashOne Debt Consolidation
- Standard Chartered Personal Financing-i
- Standard Chartered Quick Cash EDGE
- UKHWAH Cash-i
- UOB Personal Loan
- Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi
- Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i
Anda boleh membaca lebih lanjut tentang pelan pinjaman ini seperti ciri-ciri pinjaman, syarat kelayakan memohon, dokumen yang diperlukan, caj yang dikenakan, kelebihan kekurangan, dan bagaimana cara untuk mohon online.
Klik pada pautan pinjaman di atas untuk maklumat lanjut berkaitan skim pinjaman tersebut.
Bukan Lagi Hanya Pinjaman Peribadi Bank
Pada mulanya laman web ini dibangunkan dengan tujuan untuk memberi maklumat berkaitan skim pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh bank di Malaysia – selari dengan nama laman web ini iaitu Pinjaman Peribadi Bank.
Walau bagaimanapun, setelah mendengar keluhan dari pengunjung laman web ini (anda) tentang masalah-masalah yang dihadapi apabila memohon pinjaman peribadi bank, seperti sukar mohon jika ada masalah di rekod CTOS dan rekod CCRIS – kami mengambil keputusan untuk tidak lagi hanya tertumpu kepada pinjaman peribadi bank.
Maka, sebagai salah satu update laman web terbaru, kini anda boleh memohon pinjaman peribadi Koperasi daripada Koperasi terpilih di Malaysia dan pinjaman peribadi Pinjaman Berlesen daripada Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar.
Selain memberi lebih pilihan, pinjaman peribadi Koperasi dan pinjaman peribadi PPW menawarkan skim pembiayaan peribadi mereka kepada pemohon yang mempunyai masalah CTOS dan CCRIS.
Lihat senarai pinjaman peribadi Koperasi di Malaysia atau Lihat senarai pinjaman peribadi Pinjaman Berlesen di Malaysia.
Syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang disenaraikan di laman web ini adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Sistem Semak Kelayakan Baru
Sistem Semak Kelayakan yang kami bangunkan sebelum ini hanya borang maklumat kelayakan anda yang anda hantar kepada kami. Kami kemudiannya akan menyemak kelayakan anda dan memaklumkan kepada anda melalui Email jenis pinjaman yang sesuai berdasarkan kelayakan anda.
Proses ini memakan masa dan merugikan masa anda kerana terpaksa menunggu Email balasan dari pihak kami.
Pada mulanya kami tidak menjangkakan sambutan yang begitu menggalakkan dari sistem semak kelayakan yang kami sediakan tersebut. Tetapi, apabila kami menerima lebih daripada 300 permohonan semak kelayakan setiap hari, kami mula mencari jalan bagaimana kami boleh memudahkan dan mempercepatkan proses ini.
Oleh itu, kami telah mencipta sistem semak kelayakan yang baru sebagai update laman web terkini.
Melalui sistem ini, anda hanya perlu masukkan maklumat kerjaya anda, maklumat pendapatan, jumlah pinjaman yang ingin dimohon dan beberapa maklumat lain pada borang – sistem kemudiannya akan memaparkan jenis pinjaman yang layak untuk anda mohon.
Anda hanya perlu klik pada pinjaman yang dipaparkan oleh sistem untuk maklumat lanjut berkaitan pelan pinjaman tersebut dan termasuk bagaimana untuk mohon pinjaman tersebut secara online.
Ini dilakukan secara “real-time” tanpa anda perlu menunggu maklum balas kami melalui Email.
Cuba Sistem Semak Kelayakan baru untuk mencari pinjaman peribadi yang sesuai dengan kelayakan anda
Semoga Memudahkan
Kami berharap perubahan-perubahan kecil yang kami lakukan ini akan lebih memudahkan anda mencari maklumat berkaitan pinjaman peribadi di Malaysia, dan memilih pelan pembiayaan peribadi yang sesuai dengan kelayakan anda.
Antara sebab utama pinjaman peribadi ditolak oleh institusi kewangan adalah kerana pemohon memohon pinjaman peribadi yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka.
Baca lebih lanjut di artikel sebab utama pinjaman peribadi tidak diluluskan
Semoga anda beroleh manfaat daripada perubahan yang kami lakukan ini, dan semoga permohonan pinjaman peribadi anda lulus!
Ada sebarang cadangan untuk memperbaiki laman web ini? Tinggalkan cadangan, soalan atau komen anda pada ruangan mesej di bawah.