Kajian CTOS mendedahkan kepentingan skor kredit yang baik untuk kemudahan kredit yang lebih mudah.
Satu kajian terbaharu oleh CTOS, agensi pelaporan kredit (APK) terkemuka di Malaysia mendapati pengguna dengan skor kredit cemerlang berpeluang untuk lulus pinjaman lima kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai skor rendah.
Kajian ini melibatkan lebih 250,000 permohonan pinjaman dalam tempoh sebulan selepas pengguna menyemak laporan MyCTOS Score mereka. Keputusan kajian ini menggariskan kepentingan skor kredit yang sihat dalam situasi kewangan semasa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital, Erick Hamburger, akses kepada kredit kini menjadi keperluan penting, bukan sahaja untuk pembelian besar seperti rumah dan kereta, tetapi juga untuk memenuhi keperluan harian. Menurut beliau lagi:
Mengetahui peluang untuk mendapatkan akses kredit adalah sangat penting untuk memahami dan menguruskan kesihatan kewangan peribadi.
Kajian menunjukkan perbezaan ketara dalam kadar kelulusan pinjaman merentasi pelbagai kategori skor kredit. Contohnya, 74% pengguna dengan skor cemerlang berjaya mendapat kelulusan pinjaman kereta, berbanding hanya 9% bagi mereka yang mempunyai skor terendah.
Trend yang sama diperhatikan untuk pinjaman perumahan (61% vs 22%) dan kad kredit (76% vs 10%).
Keputusan kajian ini mempunyai kesan yang penting untuk pengguna di Malaysia. Skor kredit bukan sahaja mempengaruhi kelulusan pinjaman, tetapi juga kadar faedah dan ganjaran yang ditawarkan.
Pengguna dengan skor kredit yang lebih baik berpeluang menikmati kadar faedah yang lebih rendah dan ganjaran yang lebih menarik, seterusnya mengurangkan kos pinjaman dalam jangka masa panjang. Ketahui cara meningkatkan skor kredit anda.
Walaupun skor kredit memainkan peranan penting, CTOS tidak terlibat dalam keputusan pemberian pinjaman yang dibuat oleh institusi kewangan.
Institusi kewangan menggunakan pelbagai faktor, termasuk laporan CCRIS dari Bank Negara Malaysia (BNM) Ketahui lebih lanjut tentang CCRIS dan dokumen sokongan lain yang dikemukakan oleh pemohon.
“Skor kredit yang lebih baik bukan sahaja meningkatkan peluang kelulusan, tetapi juga memberi akses kepada kadar faedah dan ganjaran yang lebih baik,” tambah Erick.
Ini mengukuhkan lagi kepentingan menguruskan kewangan peribadi dengan bijak dan memastikan skor kredit yang sihat untuk mencapai matlamat kewangan. Rancang kewangan anda dengan panduan perancangan kewangan peribadi.

