Akan dibuka dalam tab baharu

Penangguhan Bayaran Pinjaman Maybank Kepada Mangsa COVID-19

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Penangguhan bayaran pinjaman Maybank Moratorium

Maybank menjadi bank pertama di Malaysia yang menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran pinjaman kepada pelanggan mereka yang terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 yang semakin menular.

Penangguhan bayaran pinjaman Maybank yang ditawarkan ini adalah sehingga tempoh 6 bulan khusus untuk pelanggan perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan juga pelanggan-pelanggan lain yang terjebak dengan wabak tersebut.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias – “Syarikat memahami penyebaran wabak virus secara tiba-tiba ini memberi kesan kepada individu dan pelanggan daripada pelbagai industri justeru itu, penawaran yang disediakan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.”

Menurut beliau lagi sekiranya keadaan pandemik ini berterusan, pihak Maybank mungkin akan melanjutkan tempoh penangguhan bayaran pinjaman sehingga keadaan kembali normal.

Bahagian Insurans Maybank, iaitu Etiqa juga akan menyediakan perlindungan hospital kepada pemegang polisi Insurans Hayat dan ahli keluarga yang terlibat dengan wabak Koronavirus COVID-19.

Sekiranya anda mempunyai pinjaman dengan pihak Maybank dan terjejas akibat wabak COVID-19, anda boleh menghubungi pegawai cawangan atau pengurus perhubungan Maybank untuk membincangkan tentang penangguhan bayaran pinjaman Maybank ini.

Walau bagaimanapun, pastikan anda benar-benar terjejas dengan pandemik ini dan bukan hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kelonggaran yang diberikan.

UPDATE: Bank Negara Malaysia telah mengemaskini pakej penangguhan bayaran balik pinjaman. Untuk maklumat terkini sila rujuk artikel Pakej Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman COVID-19.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir