Berita & Artikel bantuan kewangan Terkini
Dapatkan maklumat terkini tentang pelbagai skim bantuan kewangan kerajaan, swasta, dan NGO yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Dapatkan juga tip dan panduan tentang cara memohon bantuan seperti Bantuan Sara Hidup, Bantuan Pekerjaan, dan lain-lain bantuan kebajikan. Laman ini juga menyediakan informasi terkini tentang sebarang perkembangan berkaitan kriteria kelayakan, jumlah bantuan, dan proses permohonan bagi skim bantuan terlibat. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan nasihat berguna tentang pengurusan kewangan semasa menerima bantuan. Pastikan anda mendapatkan maklumat terkini untuk memohon bantuan kewangan yang sesuai.

Kerajaan mengumumkan diskaun tol 50% untuk kenderaan Kelas 1 di seluruh negara sempena Tahun Baru Cina, berkuat kuasa mulai 27 hingga 28 Januari. Inisiatif ini dijangka melibatkan kos sebanyak RM20.08 juta.

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini diperluas ke Sabah dan Sarawak. Bermula 15 Januari 2025, bantuan bulanan akan disalurkan melalui MyKad kepada golongan miskin dan miskin tegar. Kadar bantuan juga dinaikkan, dengan penerima eKasih bakal menerima RM2,100 setahun. Baca selanjutnya.

Lepasan SPM 2023, impian anda untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kini lebih mudah! Program Biasiswa BRIGHT Bank Rakyat & UNIRAZAK menawarkan tajaan penuh pengajian, elaun sara hidup, dan peluang kerjaya. Permohonan dibuka dari 4 hingga 30 Oktober 2024.

Bank Rakyat Tawar Moratorium Sehingga 6 Bulan kepada Mangsa Banjir di Sabah
Dikirim pada 05/07/2024
Bank Rakyat telah mengumumkan bahawa mereka menawarkan moratorium selama enam bulan kepada mangsa banjir di Sabah.

Penjawat awam dan pesara akan menerima insentif berjumlah sehingga RM2,000 pada 23 Februari 2024 ini. Perkara ini telah diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Kementerian Kewangan pada 6 Februari lalu. Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan diterima oleh semua penjawat awam dan pesara.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pelancaran program KWSP i-Lindung Fasa 2, sebuah inisiatif di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). PPA KWSP merujuk kepada pelan yang membolehkan ahli mengeluarkan dana daripada akaun 2, akaun 55, atau akaun untuk produk insurans atau Takaful.

Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) telah mengumumkan pengecualian tol bagi pengguna lebuh raya selama dua hari iaitu pada 23 dan 26 Disember sempena perayaan Krismas yang akan tiba. Pengecualian ini bermula dari jam 12:01 a.m sehingga 11:59 p.m.

Pihak Maybank mengumumkan pada 9hb Mac 2022 yang lalu bahawa mereka akan meneruskan Skim Bantuan Kewangan Covid-19 Maybank (Maybank Covid-19 Financial Relief Scheme) kepada pelanggan yang masih terjejas akibat pandemik yang melanda. Maybank menawarkan dua skim bantuan, iaitu Program Pengurusan & Ketahanan Kewangan (URUS) dan Pelan Bantuan Pembayaran Balik Maybank. Program Pengurusan & Ketahanan Kewangan…

Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah menyatakan individu yang merasakan mereka layak untuk menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh mendaftarkan diri atau mengemaskini maklumat peribadi bermula daripada 1 hingga 31 Januari 2022. Beliau berkata pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini dibuka khusus kepada mereka yang tidak mempunyai maklumat di dalam pangkalan data untuk menerima…

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF telah mengumumkan pelancaran program i-Sayang dan i-Lindung pada tahun 2022 sebagai usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kedua-dua program ini adalah antara beberapa inisiatif daripada pihak EPF untuk menawarkan kemudahan persaraan kepada ahlinya. KWSP i-Sayang dan i-Lindung Program i-Sayang KWSP membenarkan suami memindahkan sebanyak 2% secara sukarela daripada caruman…