Maybankard Balance Transfer Program adalah pelan pindahan baki yang ditawarkan oleh Maybank. Pelan pemindahan baki ini menawarkan tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 36 bulan apabila anda memindahkan baki serendah RM1,000. Pelan balance transfer ini hanya ditawarkan kepada pemegang kad utama (principal) dan tidak ditawarkan kepada pemegang kad tambahan (supplementary).
Kadar faedah dan caj pengendalian (upfront handling fee) pula bergantung kepada tempoh bayaran dan jumlah pindahan baki yang dilakukan. Kadar faedah yang dikenakan adalah dari 4.5% p.a sehingga 9% p.a dan caj pengendalian (upfront handling fee) pula adalah dari 1.88% hingga 3%.
Anda boleh pindahkah jumlah baki minimum dari RM1,000 manakala jumlah maksimum pula akan ditentukan oleh pihak Maybank berdasarkan had kredit (credit limit) kad kredit dan rekod kredit anda. Maybank juga membenarkan anda memindahkan baki daripada 3 bank yang berlainan melalui pelan Maybankard Balance Transfer Program.
Bayaran bulanan minimum adalah 5% daripada baki tertunggak. Maybank tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early termination fee) sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan baki tertunggak anda lebih awal.