CIMB 0% Easy Pay

CIMB 0% Easy Pay adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) daripada CIMB Bank. Pelan ini adalah antara pelan bayaran ansuran mudah yang ringkas dan tidak membebankan anda.

Anda boleh menggunakan pelan ini hanya dengan pembelian serendah RM50. Pelan ini juga tidak mengenakan faedah dan tiada caj pengendalian (upfront handling fee) yang dikenakan. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh menggunakan pelan ini di perniagaan yang mengambil bahagian.

Senarai perniagaan yang membenarkan pelan bayaran ansuran mudah CIMB 0% Easy Pay

Sekiranya anda menggunakan pelan ini, pastikan anda membayar bayaran bulanan anda tanpa tunggakan kerana CIMB akan mengenakan caj faedah sehingga 18% p.a terhadap baki yang tertunggak.

Pihak CIMB juga mengenakan caj penamatan awal (early settlement fee) sebanyak RM50 untuk pelan ini sekiranya anda ingin menjelaskan semua bayaran anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui.

CIMB 0% Easy Pay
Pembelian Minimum RM50
Tempoh bayaran 12 bulan hingga 36 bulan
Kadar faedah Tiada kadar faedah (Zero Interest)
Caj pengendalian Tiada caj upfront
Bayaran minimum (bulanan) Bayaran ansuran penuh
Caj penamatan awal RM50
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan CIMB 0% Easy Pay

Hanya dengan pembelian serendah RM50 anda boleh menyertai pelan ini. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan tanpa sebarang caj faedah mahupun caj pengendalian. 

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
12 Tiada Tiada RM50
24 Tiada Tiada RM50
36 Tiada Tiada RM50

Cara mohon CIMB 0% Easy Pay

  1. Hubungi pihak CIMB di talian 03-26900900 dalam tempoh 3 hari selepas pembelian dengan kad kredit CIMB anda.
  2. Maklumkan transaksi pembelian yang anda ingin tukar kepada pelan bayaran ansuran mudah.
  3. Pilih tempoh bayaran ansuran yang diingini.

Kad kredit CIMB 0% Easy Pay

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan CIMB 0% Easy Pay. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

CIMB PETRONAS Visa Infinite-i

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai yang menguntungkan, keistimewaan perjalanan eksklusif, dan perlindungan insurans yang komprehensif.

CIMB Visa Infinite

Kad kredit CIMB Visa Infinite

Kad kredit CIMB Visa Infinite menawarkan gaya hidup eksklusif dan istimewa di samping penjimatan kos dengan yuran tahunan percuma seumur hidup.

CIMB Visa Signature

CIMB Visa Signature

CIMB Visa Signature menawarkan ciri premium untuk gaya hidup “versatile”. Nikmati pulangan mata ganjaran Bonus Points dan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 Juta. Tidak lupa juga yuran tahunan percuma seumur hidup.

CIMB World MasterCard

CIMB World MasterCard

Kad kredit CIMB World MasterCard bukan sahaja menawarkan pulangan tunai tanpa had dan mata ganjaran, tetapi juga perlindungan Insurans Perjalanan sehingga RM1 juta.

CIMB Platinum Credit Card

CIMB Platinum Credit Card

CIMB Platinum Credit Card sangat sesuai bagi kaki shopping dan mereka yang gemar melancong. Dengan mata ganjaran Bonus Points, insurans perjalanan sehingga RM1 juta, dan yuran tahunan percuma seumur hidup, kad ini sangat menarik dan sangat mampu milik.

CIMB e Credit Card

CIMB e Credit Card

CIMB e Credit Card sangat sesuai jika anda gemar berbelanja atas talian melalui online merchant seperti Shopee, Lazada, Zalora dan sebagainya. Kad kredit CIMB ini menawarkan mata ganjaran Bonus Points sehingga 12x setiap RM1.

CIMB Petronas Platinum-i

Kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i

Kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i adalah kad kredit Islamik daripada CIMB Islamic khusus kepada mereka yang mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas seluruh negara. Dapatkan rebat tunai sehingga 7% dengan setiap isian minyak anda, atau ketika anda berbelanja di Kedai Mesra Petronas. Rebat tunai juga diberi sebagai ganjaran untuk setiap transaksi lain setiap kali anda swipe kad kredit ini.

CIMB Platinum-i

Kad Kredit CIMB Platinum-i

Kad kredit CIMB Platinum-i jgua dikenali sebagai CIMB Islamic MasterCard Platinum adalah kad kredit Islamik patuh Syariah. Kad ini tidak mengenakan caj yuran tahunan untuk pemegang kad utama, dan kad tambahan. Dapatkan mata ganjaran CIMB Bonus Points dengan setiap perbelanjaan RM1 menggunakan kad ini. Anda juga akan mendapatkan perlindungan insurans perjalanan yang lengkap daripada Takaful.

CIMB Petronas Platinum MasterCard

Kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard

Kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard sesuai untuk mereka yang selalu mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas. Dapatkan rebat tunai sehingga 7% untuk setiap isian minyak dan juga perbelanjaan di Kedai Mesra Petronas. Pemilik kereta Perodua pula akan nikmati rebat tunai sehingga 10% setiap kali anda servis kereta anda di Pusat Servis Perodua.

CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard

Kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard

Kad kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard menawarkan ganjaran rebat tunai yang sangat menarik untuk setiap perbelanjaan anda tanpa had. Dengan pelan kad kredit yang lengkap, termasuk pelan bayaran ansuran mudah dan pelan ansuran tunai – kad kredit ini sesuai buat mereka yang gemar membeli-belah.