Akan dibuka dalam tab baharu

CIMB Platinum Credit Card

CIMB Platinum Credit Card
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Tanpa Yuran Tahunan

CIMB Platinum Credit Card adalah sebuah kad kredit ringkas bagi mereka yang gemar membeli-belah dan tidak mahu keliru dengan ciri-ciri kad kredit yang jarang digunakan. Kad kredit CIMB ini menawarkan keistimewaan dalam bentuk mata ganjaran, perlindungan perjalanan, dan pelan kad kredit yang menarik.

Mata ganjaran (reward points) yang ditawarkan adalah dalam bentuk CIMB Bonus Point. Anda akan menerima 1x Bonus Point dengan setiap RM1 yang anda belanjakan, untuk setiap perbelanjaan runcit. Mata Bonus Point ini boleh ditebus dengan barangan, hadiah, atau diskaun dan tawaran istimewa dari katalog CIMB. Salah satu ciri yang buat mata ganjaran CIMB Bonus Point ini lebih menarik ialah anda boleh guna Bonus Point yang terkumpul sebagai bayaran di kedai atau pedagang yang mengambil bahagian.

Kad CIMB Platinum juga menawarkan pelbagai promosi dan tawaran sepanjang tahun di kedai-kedai runcit dan restoran yang mengambil bahagian. Anda tidak perlu tunggu jualan akhir tahun untuk tawaran hebat.

Bagi yang gemar melancong, kad kredit CIMB Platinum didatangkan dengan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 juta. Anda juga menerima faedah ketidakselesaan perjalanan sehingga RM1,000 untuk setiap kelewatan atau terlepas penerbangan, dan kehilangan atau kelewatan bagasi. Anda hanya perlu buat pembelian tiket kapal terbang dengan kad anda untuk layak menerima perlindungan ini.

CIMB Platinum Credit Card juga menawarkan pelan pemindahan baki melalui CIMB Balance Transfer Plan dengan kadar faedah berpatutan dan bayaran balik sehingga 12 bulan. Dengan mudah anda boleh menggabungkan baki kad kredit yang masih tertunggak ke kad CIMB Platinum anda dan nikmati kadar faedah yang lebih rendah.

Tidak lupa juga fleksibiliti bayaran balik sehingga 36 bulan dengan zero-interest melalui Pelan Ansuran Mudah CIMB 0% Easy Pay. Kini anda tidak perlu modal tinggi untuk mendapatkan barangan yang anda idamkan selama ini kerana anda boleh buat bayaran bulanan tanpa perlu risau tentang caj kadar faedah.

Anda juga tidak perlu risau tentang yuran tahunan kerana kad CIMB Platinum Credit Card tidak mengenakan caj yuran tahunan. Kad ini percuma seumur hidup – bukan sahaja untuk kad utama, tetapi juga termasuk kad tambahan. Tiada beban yuran yang perlu dibayar untuk menikmati semua keistimewaan dan manfaat yang ditawarkan oleh kad ini.

Sesiapa sahaja boleh mohon kad CIMB Platinum Credit Card. Anda cuma perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan minimum RM2,000, atau pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM240,000. Ini menjadikan kad ini sangat mampu milik dan tidak membebankan.

Kad Kredit Platinum CIMB adalah pilihan yang menarik untuk mereka yang ingin mendapatkan kelebihan membeli-belah tanpa caj yuran tahunan yang membebankan. Dengan pelbagai ciri dan keistimewaan, ia adalah kad yang patut dipertimbangkan sekiranya anda sedang ‘shopping’ kad kredit.

Baca lebih lanjut ciri lengkap kad kredit ini pada maklumat di bawah, dan bagaimana cara untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit CIMB Platinum Credit Card

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 1x mata ganjaran CIMB Bonus Point dengan setiap transaksi RM1 anda. Sah untuk semua jenis perbelanjaan runcit di dalam dan luar negara. Anda boleh tebus mata Bonus Point anda dengan pelbagai pilihan daripada katalog CIMB Rewards. Anda juga boleh guna mata Bonus Point yang terkumpul sebagai medium bayaran di peniaga yang mengambil bahagian.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1 RM1 Perbelanjaan runcit di dalam dan luar negara

ganjaran perjalanan

Nikmati perjalanan tanpa perlu risau dengan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 juta. Hanya caj kad kredit CIMB Platinum Credit Card anda setiap kali anda menempah tiket penerbangan dan secara automatik perlindungan ini sah.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM1,000,000
Terlepas penerbangan Sehingga RM1,000
Kelewatan penerbangan Sehingga RM1,000
Kehilangan bagasi Sehingga RM1,000
Kelewatan bagasi Sehingga RM1,000

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
40% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

CIMB Balance Transfer Plan
CIMB Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda ke CIMB dengan CIMB Balance Transfer Plan. Pindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran selama 12 bulan tanpa caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
CIMB 0% Easy Pay
CIMB 0% Easy Pay

Hanya dengan pembelian serendah RM50 anda boleh menyertai pelan ini. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan tanpa sebarang caj faedah mahupun caj pengendalian. 

Maklumat Lanjut

Cara Mohon CIMB Platinum Credit Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit CIMB Platinum Credit Card

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, CIMB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh CIMB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan CIMB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit CIMB Platinum Credit Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. CIMB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit CIMB Platinum Credit Card

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung CIMB Platinum Credit Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

2 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi CIMB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang CIMB Bank Berhad

CIMB Bank logo
CIMB Bank Berhad, sebahagian daripada CIMB Group, adalah nama besar dalam perbankan Malaysia sejak 1949. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang komprehensif untuk individu dan perniagaan, CIMB menyediakan segala keperluan kewangan dari akaun simpanan, kad, hingga pembiayaan perumahan dan kenderaan. Ketahui lebih lanjut tentang produk kewangan CIMB.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit Bank Rakyat Xclusive Explorer

Kad Kredit-i Bank Rakyat Xclusive Explorer ditawarkan khas untuk ahli Rakyat Xclusive, menawarkan pulangan tunai…

Kad Kredit Citi Cash Back Visa

Kad kredit khusus untuk ciri rebat tunai (cashbacks). Dapatkan pulangan tunai dari 0.2% hingga 10%…

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum dicipta untuk kaki travel yang inginkan pengalaman…

Citibank Citi Prestige Mastercard

Inginkan kad kredit dengan ciri premium dan mata ganjaran hebat? Kad kredit Citi Prestige Mastercard…