Akan dibuka dalam tab baharu

CIMB Petronas Visa Platinum-i

Nikmati penjimatan berganda dengan kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i

Kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i 
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
8% pulangan tunai, perlindungan Takaful perjalanan

Kad Kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i kepada pengguna tegar stesen minyak PETRONAS yang ingin memaksimumkan perbelanjaan harian mereka. Nikmati kelebihan pulangan tunai sehingga 8% dengan setiap isian petrol atau perbelanjaan lain, dan perlindungan Takaful perjalanan komprehensif dengan percuma. Dapatkan juga kelebihan bayaran ansuran mudah tanpa kadar faedah (zero-interest).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i

  • 4% hingga 8% pulangan tunai untuk transaksi aplikasi Setel, pengecasan kereta elektrik (EV), dan sebarang transaksi di PETRONAS.
  • 1% hingga 2% pulangan tunai untuk transaksi runcit, menjamu selera, atau parking tanpa sentuh.
  • Dapatkan perlindungan Takaful perjalanan sehingga RM1 juta termasuk kelewatan dan terlepas penerbangan, dan kelewatan dan kehilangan bagasi.
  • Nikmati pelan bayaran ansuran tunai dengan 0% faedah untuk penyelenggaraan kenderaan Proton dan Perodua di pusat servis yang mengambil bahagian.
  • Penjimatan berganda dengan yuran tahunan percuma seumur hidup, untuk kad utama dan kad tambahan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad/Pasport).
  • Bukti pendapatan (salinan slip gaji/penyata KWSP/resit bayaran cukai/penyata komisen).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada

Maklumat Tambahan

  • Kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i adalah kad kredit 100% patuh Syariah.
  • Pulangan tunai terkumpul akan dikreditkan ke dalam akaun setiap bulan.
  • Kad ini dihasilkan daripada bahan mesra alam (eco-friendly).

Pelan Pembiayaan

CIMB Balance Transfer Plan
CIMB Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda ke CIMB dengan CIMB Balance Transfer Plan. Pindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran selama 12 bulan tanpa caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
CIMB 0% Easy Pay
CIMB 0% Easy Pay

Hanya dengan pembelian serendah RM50 anda boleh menyertai pelan ini. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan tanpa sebarang caj faedah mahupun caj pengendalian. 

Maklumat Lanjut

Cara Mohon CIMB Petronas Visa Platinum-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i secara dalam talian atau melalui cawangan CIMB. Mohon dalam talian:

  1. Layari laman web CIMB.
  2. Klik butang “Mohon Sekarang.”
  3. Pilih kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i.
  4. Lengkapkan butiran permohonan dan klik “Hantar”

Klik untuk ke laman web CIMB Bank Mohon melalui cawangan:

Khidmat Pelanggan

Gunakan saluran berikut untuk sebarang pertanyaan berhubung kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i:

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i

Anda perlu berpendapatan tahunan tidak kurang daripada RM24,000 untuk layak mohon.

Ya. Anda boleh mohon kad tambahan. Kelayakan minimum yang diperlukan ialah pemegang kad mesti berumur 18 tahun ke atas.

Anda perlu berbelanja RM2,000 ke atas di stesen minyak Petronas, melalui aplikasi Setel, atau mengecas kenderaan elektrik pada bulan tersebut untuk mendapatkan cashback 8%.

Ya. Pulangan tunai untuk kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i dihadkan kepada RM50 setiap bulan.

Anda perlu selenggara kenderaan anda di pusat servis Proton atau Perodua yang mengambil bahagian. Senarai pusat servis yang mengambil bahagian.

Ya. Kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i menawarkan pelan-pelan berikut:

 

Anda boleh semak status permohonan kad kredit CIMB melalui laman web CIMB Status Checker. 

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, CIMB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh CIMB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan CIMB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. CIMB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i

Ada soalan tambahan berhubung CIMB Petronas Visa Platinum-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi CIMB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang CIMB Bank Berhad

CIMB Bank logo
CIMB Bank Berhad, sebahagian daripada CIMB Group, adalah nama besar dalam perbankan Malaysia sejak 1949. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang komprehensif untuk individu dan perniagaan, CIMB menyediakan segala keperluan kewangan dari akaun simpanan, kad, hingga pembiayaan perumahan dan kenderaan. Ketahui lebih lanjut tentang produk kewangan CIMB.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

ICBC Visa Gold

Kad kredit ICBC Visa Gold menawarkan ganjaran dalam bentuk reward points tanpa had dan tanpa…

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum dicipta untuk kaki travel yang inginkan pengalaman…

Kad kredit AEON Gold Visa

Dapatkan pulangan tunai dan mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan anda melalui kad AEON Gold Visa.

Kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard 

Kad kredit premium OCBC Premier Voyage MasterCard ditawarkan kepada pelanggan OCBC Premier Banking dan datang…