Akan dibuka dalam tab baharu

CIMB World MasterCard

CIMB World MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM7500
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Premium, Pulangan Tunai, Tanpa Yuran Tahunan

CIMB World MasterCard adalah kad kredit yang ditawarkan dengan pelbagai pulangan, ganjaran, dan ciri-ciri premium sesuai untuk mereka yang gemar berbelanja dan melancong. Kad ini bukan sahaja menawarkan ganjaran dalam bentuk pulangan tunai (cashbacks), malah menawarkan juga mata ganjaran (reward points) untuk setiap perbelanjaan.

Pemilik kad CIMB World MasterCard akan menerima pulangan tunai sebanyak 1.5% dari sebarang amaun yang dibelanjakan di luar negara dan juga transaksi atas talian dalam mata wang asing. Yang menariknya ganjaran rebat tunai ini adalah tanpa had, jadi anda boleh dapatkan penjimatan maksimum sepanjang anda berbelanja.

Selain pulangan cashbacks, kad kredit CIMB ini juga menawarkan mata ganjaran dalam bentuk CIMB Bonus Points. Anda akan mendapat 5x Bonus Points bagi setiap RM1 untuk tempahan tiket penerbangan, dan 1x Bonus Point untuk setiap perbelanjaan runcit di dalam negara. Mata ganjaran Bonus Points ini sah selama 3 tahun. Jadi kumpul mata Bonus CIMB secukupnya untuk menebus pelbagai barangan, perkhidmatan, baucar, dan lain-lain di bawah Program CIMB Member Rewards.

Bagi mereka yang gemar melancong, anda tidak perlu risau kerana kad kredit CIMB World MasterCard menawarkan perlindungan insurans perjalanan percuma sehingga RM1 juta apabila anda buat tempahan tiket kapal terbang dengan kad anda. Tidak lupa juga perkhidmatan khusus daripad CIMB Premier Travel Desk untuk memudahkan perjalanan.

Peminat sukan golf pula tidak dilupakan dengan ganjaran diskaun sehingga 50% untuk yuran padang golf di 25 padang golf terpilih di 9 negara yang mengambil bahagian dalam program MasterCard Southeast Asia Golf-World.

CIMB World MasterCard juga menawarkan pelan kewangan yang lengkap melalui kad ini. Buat pemindahan baki dengan kadar faedah serendah 5.99% setahun untuk tempoh sehingga 12 bulan dengan pelan CIMB Balance Transfer. Dengan mudah anda dapat menggabungkan baki kad kredit tertunggak ke kad CIMB World MasterCard anda, dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Selain itu, anda juga boleh menikmati pelan pembayaran ansuran mudah tanpa faedah dan fleksibiliti dalam pembayaran ansuran sehingga 36 bulan dengan CIMB 0% Easy Pay. Dapatkan barangan idaman anda tanpa perlu mengumpul modal yang tinggi.

Pelan ansuran tunai kad kredit CIMB CashLite pula boleh membantu di saat anda perlukan tunai segera. Buat pendahuluan tunai hanya dengan menghubungi pihak CIMB di talian khas dan buat bayaran semula sehingga 48 bulan dengan kadar faedah yang berpatutan.

Anda juga tidak perlu risau tentang caj yuran tahunan kerana anda tidak perlu bayar satu sen pun. Yuran tahunan untuk kad ini adalah percuma seumur hidup, tanpa caj untuk kad utama dan juga kad tambahan.

Kad kredit CIMB ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja dengan syarat mereka berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM90,000. Had umur untuk kad tambahan pula ialah 18 tahun ke atas.

Kad CIMB World MasterCard adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang sedang mencari kad kredit dengan pelbagai manfaat dan keistimewaan, terutama pulangan ganjaran dan keselesaan perjalanan. Dengan yuran tahunan percuma dan pelbagai ciri yang menarik, kad ini pasti akan menambah nilai kepada pengurusan kewangan anda. Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap yang ditawarkan oleh kad kredit ini.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit CIMB World MasterCard

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan lebih banyak nilai dari setiap wang yang dibelanjakan dengan CIMB World MasterCard. Nikmati pulangan tunai tanpa had setiap bulan dengan setiap perbelanjaan anda.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan luar negara 1.5% Tiada had Sebarang amaun
Transaksi atas talian dalam mata wang asing 1.5% Tiada had Sebarang amaun

Mata ganjaran (reward points)

Kumpul mata ganjaran CIMB Bonus Points dan tebus dengan pelbagai hadiah menarik. Dari tiket penerbangan hingga baucar belanja, CIMB World MasterCard membolehkan anda menukar setiap perbelanjaan menjadi ganjaran yang bermakna.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
5 RM1 Pembelian tiket penerbangan
1 RM1 Perbelanjaan runcit dalam negara

ganjaran perjalanan

Melancong dengan selesa tanpa risau dengan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 juta dan khidmat bantuan daripada CIMB Premier Travel Desk.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM1,000,000
Kelewatan Penerbangan Sehingga RM1,000
Terlepas Penerbangan Sehingga RM1,000
Kehilangan Bagasi Sehingga RM1,000
Kelewatan Bagasi Sehingga RM1,000

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM7500 sebulan atau RM90000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

CIMB Balance Transfer Plan
CIMB Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda ke CIMB dengan CIMB Balance Transfer Plan. Pindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran selama 12 bulan tanpa caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
CIMB 0% Easy Pay
CIMB 0% Easy Pay

Hanya dengan pembelian serendah RM50 anda boleh menyertai pelan ini. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan tanpa sebarang caj faedah mahupun caj pengendalian. 

Maklumat Lanjut
CIMB CashLite
CIMB CashLite

Pinjaman serendah RM1,000 dari 12 bulan hingga 48 bulan dengan kadar faedah tetap 9.88% p.a. Tiada upfront dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon CIMB World MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit CIMB World MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, CIMB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh CIMB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan CIMB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit CIMB World MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. CIMB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit CIMB World MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung CIMB World MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi CIMB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang CIMB Bank Berhad

CIMB Bank logo
CIMB Bank Berhad, sebahagian daripada CIMB Group, adalah nama besar dalam perbankan Malaysia sejak 1949. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang komprehensif untuk individu dan perniagaan, CIMB menyediakan segala keperluan kewangan dari akaun simpanan, kad, hingga pembiayaan perumahan dan kenderaan. Ketahui lebih lanjut tentang produk kewangan CIMB.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i menawarkan mata ganjaran TreatPoints, perlindungan perjalanan sehingga…

HSBC Amanah Premier World Mastercard Credit Card-i

Kad kredit HSBC Amanah Premier World Mastercard Credit Card-i menawarkan keistimewaan premium dan pulangan tunai…

Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i

Kad kredit Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i adalah kad kredit asas dengan pulangan mata…

Citibank Citi Rewards Mastercard

Kad Kredit Citi Rewards Mastercard dari Citibank ini menawarkan sehingga 5 mata ganjaran untuk setiap…