CIMB Petronas Platinum-i

Kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i
CIMB Bank logo
Kad kredit daripada
share-nodes
Kongsi
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
Percuma
Yuran tahunan percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM2000
stars
Ciri utama
Ganjaran Petrol, Islamik, Rebat Tunai (Cashbacks)
square-list
Pelan kad kredit
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass

Kad kredit CIMB Petronas Platinum-i adalah kad kredit daripada CIMB Islamic. Kad ini adalah kad kredit Islamik yang patuh Syariah, dan memberikan ganjaran petrol khusus untuk mereka yang selalu mengisi minyak di stesen minyak Petronas.

Anda akan mendapat ganjaran dalam bentuk rebat tunai (cashback) setiap kali anda mengisi minyak atau membeli barangan menggunakan kad kredit ini di kedai Mesra Petronas, seluruh negara. Rebat tunai juga diberikan untuk setiap transaksi pembelian selain daripada perbelanjaan di Petronas.

Untuk perbelanjaan di stesen Petronas, rebat tunai dihadkan kepada RM50 setiap bulan. Manakala, perbelanjaan lain tiada had untuk rebat tunai.

Selain itu, kad ini juga memberikan diskaun hebat untuk pembelian aksesori auto atau servis kereta di pedagang yang mengambil bahagian. Anda boleh mendapatkan diskaun antara 10% hingga 20% di kedai aksesori kereta.

Sebagai kad platinum, pemegang kad kredit CIMB Petronas Platinum-i juga akan mendapat keistimewaan di restoran dan kedai makan, kelab golf, pusat beli-belah dan hotel yang mengambil bahagian.

Seperti kebanyakan kad kredit CIMB Islamic, kad ini menawarkan pelan kad kredit yang lengkap. Anda boleh lakukan pemindahan baki melalui pelan pindahan baki CIMB Balance Transfer Plan yang menawarkan jumlah pemindahan sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) anda.

Atau dapatkan barangan idaman anda dan buat bayaran bulanan dengan pelan bayaran ansuran mudah CIMB 0% Easy Pay. Seperti namanya, pelan ini tidak mengenakan caj faedah mahupun caj upfront.

Jika anda inginkan wang tunai segera, pelan ansuran tunai CIMB CashLite boleh membantu. Anda boleh buat pinjaman tunai serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 48 bulan. Pinjaman maksimum pula akan ditentukan oleh had kredit anda.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri lengkap kad kredit CIMB Petronas Platinum-i dan bagaimana anda boleh mohon kad kredit ini secara online dengan mudah tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i

Pulangan tunai (cashbacks)

Ganjaran rebat tunai adalah kelebihan utama kad kredit ini. Anda akan dapat cashback untuk setiap isian minyak di stesen Petronas seluruh negara. Rebat tunai juga diberikan untuk setiap perbelanjaan anda di kedai Mesra Petronas. Tidak ada perbelanjaan minimum yang ditetapkan. Cuma, rebat tunai untuk perbelanjaan di stesen minyak Petronas dihadkan kepada RM50 sebulan. Walau bagaimanapun, tiada had rebat tunai untuk perbelanjaan lain.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Perbelanjaan di stesen minyak Petronas (Isian minyak & kedai Mesra) 3% RM50 RM3,000 ke bawah
Perbelanjaan di stesen minyak Petronas (Isian minyak & kedai Mesra) 7% RM50 RM3,000 ke atas
Sebarang perbelanjaan lain 0.2% Tiada Sebarang amaun

Ganjaran petrol

Seperti yang telah dinyatakan, setiap isian minyak anda di Stesen Petronas seluruh negara akan diberi ganjaran dalam bentuk rebat tunai antara 3% hingga 7%. Rebat tunai berjumlah 3% diberikan untuk perbelanjaan di bawah RM3,000, dan apabila perbelanjaan anda lebih dari RM3,000 – anda akan mendapat rebat tunai sebanyak 7% dengan setiap isian petrol anda.

Ciri premium

Walaupun ini adalah kad kredit ganjaran petrol, pihak CIMB memberikan pelbagai kelebihan untuk pemilik kad ini. Untuk pemegang kad baru, anda akan mendapat kad CIMB Touch ‘n’ Go Zing secara percuma. Kad Touch n Go ini bersambung terus dengan kad kredit anda dengan fungsi auto reload – tiada lagi masalah untuk top up kad Touch n Go.

Kad CIMB Petronas Platinum-i ini juga memberi ganjaran dalam bentuk diskaun di kedai aksesori kereta yang mengambil bahagian.

Untuk masa terhad, pemilik kad kredit ini akan menikmati tawaran hebat di:

Cars International

  • Diskaun 15% untuk pakej COMBO 2.
  • Diskaun 25% untuk pakej Polish dan Percuma OTIO Strerilizing Treatment (bernilai RM78).

*Tawaran sah sehingga 31 Disember 2019

Sonic Battery Trading

  • Diskaun 10% untuk setiap produk

*Tawaran sah sehingga 30 Jun 2020

RayTech CS

  • Diskaun 15% untuk servis “Window Tinting”

*Tawaran sah sehingga 30 Jun 2020

Selain daripada ganjaran dan diskaun untuk kereta anda, kad kredit CIMB Petronas Platinum-i ini juga memberikan kelebihan kad Platinum seperti keistimewaan untuk produk dan servis di pasar raya, restoran, gedung beli-belah, kelab golf, dan pelbagai lagi pedagang yang mengambil bahagian.

Pelan Kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i

Pelan pemindahan baki (balance transfer)

CIMB Balance Transfer Plan
Pindahkan baki kad kredit anda ke CIMB dengan CIMB Balance Transfer Plan. Pindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran selama 12 bulan tanpa caj pengendalian.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 Tiada 5.99% p.a RM1,000
12 Tiada 7.99% p.a RM1,000

Pelan bayaran ansuran (easy payment plan)

CIMB 0% Easy Pay

Hanya dengan pembelian serendah RM50 anda boleh menyertai pelan ini. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan tanpa sebarang caj faedah mahupun caj pengendalian. 

Tempoh Bayaran (Bulan)Caj Pengendalian (%)Kadar Faedah (% p.a)Pembelian Minimum (RM)
12TiadaTiadaRM50
24TiadaTiadaRM50
36TiadaTiadaRM50

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2000 Sebulan atau RM24000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Tak layak?

Sekiranya anda tak cukup syarat untuk mohon kad kredit ini, anda boleh cari kad yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Cari Kad Kredit yang kami sediakan.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) Percuma
Yuran tahunan percuma seumur hidup
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM50 atau % dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Cara Mohon CIMB Petronas Platinum-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon CIMB Petronas Platinum-i dengan mengunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank Berhad berdekatan anda.

Anda juga boleh mohon secara atas talian (online) melalui laman web CIMB Bank Berhad.

Soalan Lazim Kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan kad kredit CIMB Petronas Platinum-i
Apakah kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i?
chevron-down

Kad kredit CIMB Petronas Platinum-i adalah kad kredit yang ditawarkan oleh CIMB Bank Berhad.

Apakah kelebihan kad Kredit ini berbanding kad kredit yang lain?
chevron-down

Kad kredit CIMB Petronas Platinum-i menawarkan ciri-ciri menarik seperti Ganjaran Petrol, Islamik, Rebat Tunai (Cashbacks) dan Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Ciri-Ciri Kad Kredit di atas.

Siapakah yang boleh mohon kad kredit ini?
chevron-down

Kad ini boleh dimohon oleh Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM2000 ke atas atau pendapatan tahunan RM24000 ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya tidak pernah mempunyai sebarang kad kredit sebelum ini, bolehkah saya mohon Kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i?
chevron-down

Boleh, tiada masalah untuk anda mohon Kad Kredit ini sekiranya ini kali pertama anda ingin mohon Kad Kredit dan anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon.

Saya adalah pemegang kad kredit CIMB Bank Berhad yang sedang aktif, bolehkah saya mohon kad kredit ini?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Saya adalah pemegang kad kredit dari bank lain, bolehkah saya mohon kad kredit CIMB Petronas Platinum-i?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Berapakah kadar faedah (interest rate) yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

CIMB Bank Berhad mengenakan kadar faedah tahunan sebanyak 15% p.a.

Berapakah had kredit (credit limit) yang dibenarkan?
chevron-down

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh pihak bank berdasarkan sejarah kredit dan pendapatan bulanan anda.

Apakah caj atau fi yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj dan Yuran yang Dikenakan di atas.

Bolehkah saya keluarkan wang tunai melalui mesin ATM dengan kad ini?
chevron-down

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini semata-mata untuk pindahan baki (balance transfer)?
chevron-down

Boleh. Tetapi pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya ada rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS saya?
chevron-down

Soalan ini adalah sangat subjektif apabila memohon kad kredit. Faktor yang memainkan peranan utama ialah skor kredit, bukannya jumlah senarai hitam anda. Dalam erti kata lain, lulus atau tidak adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak bank. Anda boleh rujuk dengan pihak CIMB Bank Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CTOS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya rekod kredit saya tidak cantik di laporan CCRIS saya?
chevron-down

Seperti juga jawapan untuk soalan tentang senarai hitam di laporan CTOS. Keputusan permohonan adalah bergantung kepada skor kredit anda, dan faktor-faktor lain seperti pendapatan, risiko, rekod kredit, dan sebagainya. Anda boleh rujuk dengan pihak CIMB Bank Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CCRIS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?
chevron-down

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Bagaimana saya nak mohon kad kredit CIMB Petronas Platinum-i?
chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Memohon di atas.

newspaper
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat & terma kad kredit CIMB Petronas Platinum-i

Ada soalan tambahan?

Tinggalkan soalan anda pada ruangan Soalan & Pertanyaan di bawah. 

Ada Soalan Tentang CIMB Petronas Platinum-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.