Akan dibuka dalam tab baharu

CIMB Visa Signature

CIMB Visa Signature
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM5000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Premium, Tanpa Yuran Tahunan

Kad kredit CIMB Visa Signature adalah sebuah kad kredit premium daripada CIMB Bank. Kad ini adalah percuma seumur hidup, dan menawarkan pelbagai pulangan dan ganjaran menarik buat mereka yang ingin lebih nilai untuk setiap perbelanjaan.

Ciri pulangan mata ganjaran daripada kad kredit CIMB ini menawarkan 2x mata Bonus Points bagi setiap RM1 untuk perbelanjaan menjamu selera dan runcit di luar negara. 1x mata Bpnus Point pula akan anda terima untuk perbelanjaan runcit di dalam negara untuk setiap RM1 yang anda belanjakan. Tebus mata ganjaran yang anda kumpul untuk barangan, perkhidmatan, baucar diskaun, dan sebagainya melalui program CIMB Member Rewards Programme.

Anda juga tidak perlu risau ketika melancong sekiranya anda menempah tiket penerbangan dengan kad kredit CIMB Visa Signature anda kerana anda akan dilindungi sepenuhnya oleh insurans perjalanan sehingga RM1 juta. Perlindungan ini juga sah untuk terlepas atau kelewatan penerbangan, dan kelewatan atau bagasi hilang. Tidak lupa juga 2x akses percuma ke plaza premium lounge di lapangan terbang seluruh dunia untuk anda berehat sebelum berlepas.

Sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan, anda boleh guna perkhidmatan CIMB Premier Travel Desk atau Visa Concierge yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti tempahan tiket kapal terbang, penginapan, pengangkutan, dan sebagainya – khas untuk pemegang kad CIMB Visa Signature.

Seperti kebanyakan kad kredit CIMB, kad ini menawarkan pelan kad kredit yang lengkap. Anda boleh buat pindahan baki melalui pelan CIMB Balance Transfer Plan, atau beli barangan idaman anda secara ansuran melalui pelan easy payment (EPP) CIMB 0% Easy Pay. Pelan ansuran tunai CIMB CashLite sangat berguna di saat anda memerlukan wang tunai segera. Ketiga-tiga pelan yang ditawarkan ini memudahkan anda mengurus kewangan peribadi anda.

Bagaimana pula dengan yuran dan caj? Anda tidak perlu pening kepala kerana yuran tahunan adalah percuma seumur hidup untuk kad utama dan juga kad tambahan tanpa sebarang syarat. Anda cuma perlu bayar cukai perkhidmatan SST sebanyak RM25 ketika mengaktifkan kad, dan setiap hari ulang tahun.

Sekiranya anda sukar buat bayaran bulanan kredit kad, anda boleh pilih untuk bayar minimum sebanyak RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Walau bagaimanapun, sekiranya anda gagal buat bayaran, penalti lewat bayar sebanyak RM10 atau 1% dari tunggakan akan dikenakan.

Anda juga boleh keluarkan duit melalui kad CIMB Visa Signature anda. Tetapi, anda akan dikenakan caj sebanyak RM15 atau 5% dari amaun pengeluaran. Jadi, hanya guna ciri ini bila betul-betul perlu sahaja.

Kad ini boleh dimohon oleh sesiapa sahaja dengan syarat anda berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak kurang daripada RM60,000 setahun. Sekiranya anda layak dan ingin mohon, baca maklumat di bawah untuk ciri lengkap kad ini dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit CIMB Visa Signature

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan pulangan mata ganjaran Bonus Points dengan setiap perbelanjaan. Kumpul dan tebus reward points ini untuk barangan, perkhidmatan, baucar, diskaun dan sebagainya dengan program CIMB Member Rewards.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1 RM1 Perbelanjaan runcit dalam negara
2 RM1 Perbelanjaan runcit dan menjamu selera di luar negara

ganjaran perjalanan

Nikmati perjalanan lancar dengan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 Juta dan 2x akses percuma setiap tahun kepada plaza premium lounge di lapangan terbang yang mengambil bahagian di seluruh dunia.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM1,000,000
Penerbangan tertunda Sehingga RM1,000
Terlepas penerbangan Sehingga RM1,000
Kelewatan Bagasi Sehingga RM1,000
Kehilangan Bagasi Sehingga RM1,000

Ciri premium

Sebagai kad Visa Signature, pemegang kad kredit CIMB ini layak untuk menggunakan kelebihan dan perkhidmatan daripada Visa. Gunakan perkhidmatan Visa Concierge untuk memudahkan urusan anda atau mendapatkan tawaran hebat untuk penjimatan maksimum.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM5000 sebulan atau RM60000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

CIMB Balance Transfer Plan
CIMB Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda ke CIMB dengan CIMB Balance Transfer Plan. Pindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran selama 12 bulan tanpa caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
CIMB 0% Easy Pay
CIMB 0% Easy Pay

Hanya dengan pembelian serendah RM50 anda boleh menyertai pelan ini. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan tanpa sebarang caj faedah mahupun caj pengendalian. 

Maklumat Lanjut
CIMB CashLite
CIMB CashLite

Pinjaman serendah RM1,000 dari 12 bulan hingga 48 bulan dengan kadar faedah tetap 9.88% p.a. Tiada upfront dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon CIMB Visa Signature

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit CIMB Visa Signature

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, CIMB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh CIMB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan CIMB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit CIMB Visa Signature untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. CIMB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit CIMB Visa Signature

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung CIMB Visa Signature?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi CIMB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang CIMB Bank Berhad

CIMB Bank logo
CIMB Bank Berhad, sebahagian daripada CIMB Group, adalah nama besar dalam perbankan Malaysia sejak 1949. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang komprehensif untuk individu dan perniagaan, CIMB menyediakan segala keperluan kewangan dari akaun simpanan, kad, hingga pembiayaan perumahan dan kenderaan. Ketahui lebih lanjut tentang produk kewangan CIMB.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…