Akan dibuka dalam tab baharu

CIMB PETRONAS Visa Infinite-i

Nikmati pulangan tunai sehingga 12% untuk perbelanjaan di stesen minyak PETRONAS, perlindungan Takaful kemalangan dan perjalanan, dan ciri premium istimewa.

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM10000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Pulangan tunai sehingga 12%, perlindungan Takaful komprehensif

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i adalah kad kredit premium untuk pelanggan utama PETRONAS yang inginkan ganjaran luar biasa. Dengan program pulangan tunai yang menguntungkan, keistimewaan perjalanan eksklusif, dan perlindungan insurans yang komprehensif, kad ini membolehkan anda memanfaatkan sepenuhnya perbelanjaan harian dan menikmati pengalaman perjalanan yang eksklusif.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i

  • Kad kredit Islamik 100% Patuh Syariah.
  • 6% hingga 12% pulangan tunai untuk setiap perbelanjaan di stesen minyak PETRONAS, termasuk aplikasi Setel dan pengecasan kenderaan elektrik (EV).
  • 3% hingga 6% pulangan tunai untuk perbelanjaan runcit, menjamu selera, dan parking.
  • 1% pulangan tunai tanpa had untuk perbelanjaan di luar negara.
  • 4x akses percuma ke Plaza Premium Lounge untuk lapangan terbang di dalam dan luar negara.
  • Perlindungan Takaful perjalanan sehingga RM1 Juta, termasuk kesulitan perjalanan.
  • Perlindungan Takaful kemalangan peribadi sehingga RM100,000.
  • Pindahkan baki dari kad kredit lain ke kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i dengan CIMB Balance Transfer Plan.
  • Pelan bayaran ansuran mudah dengan tanpa kadar faedah (zero interest) melalui pelan EPP CIMB 0% Easy Pay.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM10000 sebulan atau RM120000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad / Pasport).
  • Bukti pendapatan (slip gaji / penyata komisen / penyata akaun bank / resit bayaran cukai LHDN).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang lebih tinggi.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada

Maklumat Tambahan

Pelan Pembiayaan

CIMB Balance Transfer Plan
CIMB Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda ke CIMB dengan CIMB Balance Transfer Plan. Pindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran selama 12 bulan tanpa caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
CIMB 0% Easy Pay
CIMB 0% Easy Pay

Hanya dengan pembelian serendah RM50 anda boleh menyertai pelan ini. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan tanpa sebarang caj faedah mahupun caj pengendalian. 

Maklumat Lanjut

Cara Mohon CIMB PETRONAS Visa Infinite-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Mohon kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i melalui beberapa kaedah berikut:

Jika anda telah mohon, anda boleh semak status permohonan anda melalui laman semakan CIMB.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi pihak CIMB berhubung kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i melalui saluran-saluran berikut:

  • Pusat panggilan pengguna yang beroperasi 24/7 di talian 1300-885-300 (tempatan) atau +603 2295 6888 (luar negara).
  • E-mel di alamat [email protected]
  • Hantar mesej melalui aplikasi CIMB Clicks untuk pelanggan sedia ada.
Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, CIMB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh CIMB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan CIMB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. CIMB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung CIMB PETRONAS Visa Infinite-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi CIMB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang CIMB Bank Berhad

CIMB Bank logo
CIMB Bank Berhad, sebahagian daripada CIMB Group, adalah nama besar dalam perbankan Malaysia sejak 1949. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang komprehensif untuk individu dan perniagaan, CIMB menyediakan segala keperluan kewangan dari akaun simpanan, kad, hingga pembiayaan perumahan dan kenderaan. Ketahui lebih lanjut tentang produk kewangan CIMB.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

BSN 1 TeachersCard MasterCard

Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard…

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Hong Leong GSC Gold Visa

Kad kredit Hong Leong GSC Gold Visa dicipta khusus untuk kaki wayang GSC. Anda bukan…

ICBC UnionPay Dual Currency Platinum

Kad kredit ICBC UnionPay Dual Currency Platinum adalah sebuah kad premium yang menawarkan transaksi dalam…