Akan dibuka dalam tab baharu

CIMB Platinum-i

Kad Kredit CIMB Platinum-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Islamik, Mata Ganjaran

Kad kredit CIMB Platinum-i adalah kad kredit Islamik daripada CIMB Islamic. CIMB Islamic adalah anak syarikat CIMB Group yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam. Kad kredit ini juga dikenali sebagai CIMB Islamic MasterCard Platinum.

Kad kredit ini boleh dimohon oleh warganegara Malaysia yang berumur antara 21 hingga 65 tahun dengan pendapatan gaji kasar sebulan RM2,000 ke atas. Walaupun ini adalah kad kredit Platinum, anda hanya perlu berpendapatan RM24,000 setahun untuk mohon kad ini.

Antara ciri menarik yang ditawarkan oleh kad kredit CIMB Platinum-i ialah mata ganjaran dalam bentuk CIMB Bonus Points. Anda akan mendapat satu mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM1 dengan kad ini.

Dalam erti kata lain, setiap kali anda swipe kad CIMB Islamic MasterCard Platinum anda di 500 pedagang yang mengambil bahagian, dengan setiap RM1 – anda dapat satu mata bonus CIMB. Bonus points ini tanpa had.

Anda boleh tebus bonus points ini dengan barangan atau tukar mata bonus CIMB anda kepada Air Miles atau AirAsia BIG Points.

Selain itu, kad kredit ini juga tidak mengenakan sebarang yuran tahunan. Anda tidak perlu bayar satu sen pun untuk yuran tahunan selagi anda memiliki kad ini.

Kad ini juga membenarkan anda menggunakan pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) CIMB 0% Easy Pay dan pelan ansuran tunai (Cash Instalment Plan) CIMB CashLite. Dapatkan barangan yang anda idamkan dengan pelan Easy Payment CIMB 0% Easy Pay. Anda hanya perlu buat pembelian RM50 ke atas untuk melayakkan anda menukar pembelian kad kredit anda kepada pelan 0% Easy Pay.

Pelan CIMB CashLite pula membenarkan anda buat pinjaman tunai jika anda ingin menggunakan wang tunai dengan kadar segera. Pinjam serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 48 bulan tanpa caj upfront.

Baca lebih lanjut tentang kad kredit CIMB Islamic MasterCard Platinum dan bagaimana anda boleh mohon kad kredit Islamik ini secara online tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan CIMB Islamic.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit CIMB Platinum-i

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran dalam bentuk CIMB Bonus Points dengan setiap perbelanjaan kad kredit anda. CIMB Bonus Points adalah pelan mata ganjaran daripada CIMB yang membenarkan anda menukar mata bonus ini kepada produk, perkhidmatan, air miles atau baucar daripada katalog “CIMB Members Rewards”.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan Had Perbelanjaan
1 RM1 Semua perbelanjaan dalam dan luar negara di 500 pedagang yang mengambil bahagian Tiada had

ganjaran perjalanan

Tempah tiket penerbangan anda dengan kad kredit CIMB Platinum-i dan akan dilindungi sepenuhnya dengan pelan perlindungan Takaful. Dapatkan perlindungan kemalangan peribadi dan insurans perjalanan sehingga RM1,000,000!

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM1,000,000
Insurans Perjalanan Sehingga RM1000,000
Penundaan Penerbangan Sehingga RM1,000
Terlepas Penerbangan Sehingga RM1,000
Kehilangan Bagasi Sehingga RM1,000
Kelewatan Bagasi Sehinggga RM1,000

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Tiada yuran tahunan seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM5000
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

CIMB 0% Easy Pay
CIMB 0% Easy Pay

Hanya dengan pembelian serendah RM50 anda boleh menyertai pelan ini. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan tanpa sebarang caj faedah mahupun caj pengendalian. 

Maklumat Lanjut
CIMB CashLite
CIMB CashLite

Pinjaman serendah RM1,000 dari 12 bulan hingga 48 bulan dengan kadar faedah tetap 9.88% p.a. Tiada upfront dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon CIMB Platinum-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit CIMB Platinum-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, CIMB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh CIMB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan CIMB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit CIMB Platinum-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. CIMB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit CIMB Platinum-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung CIMB Platinum-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

55 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi CIMB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang CIMB Bank Berhad

CIMB Bank logo
CIMB Bank Berhad, sebahagian daripada CIMB Group, adalah nama besar dalam perbankan Malaysia sejak 1949. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang komprehensif untuk individu dan perniagaan, CIMB menyediakan segala keperluan kewangan dari akaun simpanan, kad, hingga pembiayaan perumahan dan kenderaan. Ketahui lebih lanjut tentang produk kewangan CIMB.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

RHB Cash Back Credit Card

Ingin jimat RM600 setiap tahun? Dapatkan kad kredit RHB Cash Back dengan ganjaran pulangan rebat…

Public Bank Gold Visa

Ingin ganjaran pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan? Kad kredit Public Bank Gold Visa…

Kad kredit Hong Leong Sutera Platinum

Mohon kad kredit Hong Leong Sutera Platinum dan dapatkan 8x mata ganjaran dengan setiap RM1…

Kad Kredit Bank Islam World MasterCard Card Credit-i

Kad Kredit Bank Islam World MasterCard Card Credit-i adalah kad kredit Premium yang menawarkan keisitimewaan…