Akan dibuka dalam tab baharu

CIMB Petronas Platinum MasterCard

Kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Pulangan Tunai

Kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard adalah kad kredit daripada CIMB Bank Malaysia. Kad ini adalah kad kredit ganjaran petrol khusus untuk mengisi minyak di stesen Petronas dan pemilik kereta Perodua.

Anda akan mendapat ganjaran dalam bentuk rebat tunai (cashback) setiap kali anda mengisi minyak atau membeli barangan menggunakan kad kredit ini di kedai Mesra Petronas, seluruh negara. Ganjaran cashback juga diberikan untuk setiap transaksi pembelian selain daripada perbelanjaan di Petronas.

Untuk perbelanjaan di stesen Petronas, rebat tunai dihadkan kepada RM50 setiap bulan. Manakala, perbelanjaan lain tiada had untuk rebat tunai.

Selain itu, kad ini juga memberikan diskaun hebat untuk pembelian aksesori auto atau servis kereta di pedagang yang mengambil bahagian. Anda boleh mendapatkan diskaun antara 10% hingga 20% di kedai aksesori kereta dan Pusat Servis Perodua.

Sebagai kad platinum, pemegang kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard juga akan mendapat keistimewaan di restoran dan kedai makan, kelab golf, pusat beli-belah dan hotel yang mengambil bahagian.

Seperti kebanyakan kad kredit CIMB, kad ini menawarkan pelan kad kredit yang lengkap. Anda boleh lakukan pemindahan baki melalui pelan pindahan baki CIMB Balance Transfer Plan yang menawarkan jumlah pemindahan sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) anda.

Atau dapatkan barangan idaman anda dan buat bayaran bulanan dengan pelan bayaran ansuran mudah CIMB 0% Easy Pay. Seperti namanya, pelan ini tidak mengenakan caj faedah mahupun caj upfront.

Jika anda inginkan wang tunai segera, pelan ansuran tunai CIMB CashLite boleh membantu. Anda boleh buat pinjaman tunai serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 48 bulan. Pinjaman maksimum pula akan ditentukan oleh had kredit anda.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri lengkap kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard dan bagaimana anda boleh mohon kad kredit ini secara online dengan mudah tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard

Pulangan tunai (cashbacks)

Ganjaran rebat tunai adalah kelebihan utama kad kredit ini. Anda akan dapat cashback untuk setiap isian minyak di stesen Petronas seluruh negara. Rebat tunai juga diberikan untuk setiap perbelanjaan anda di kedai Mesra Petronas. Tidak ada perbelanjaan minimum yang ditetapkan. Cuma, rebat tunai untuk perbelanjaan di stesen minyak Petronas dihadkan kepada RM50 sebulan. Walau bagaimanapun, tiada had rebat tunai untuk perbelanjaan lain.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Perbelanjaan di stesen minyak Petronas (Isian minyak & kedai Mesra) 3% RM50 RM3,000 ke bawah
Perbelanjaan di stesen minyak Petronas (Isian minyak & kedai Mesra) 7% RM50 RM3,000 ke atas
Sebarang perbelanjaan lain 0.2% Tiada Sebarang amaun

ganjaran perjalanan

Dapatkan perlindungan insurans perjalanan dengan kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard. CIMB menawarkan perlindungan sehingga RM1,000,000 terhadap perjalanan anda apabila anda menggunakan kad kredit ini untuk menempah tiket penerbangan anda.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Insurans perjalanan Sehingga RM1,000,000

Ganjaran petrol

Seperti yang telah dinyatakan, setiap isian minyak anda di Stesen Petronas seluruh negara akan diberi ganjaran dalam bentuk rebat tunai antara 3% hingga 7%. Rebat tunai berjumlah 3% diberikan untuk perbelanjaan di bawah RM3,000, dan apabila perbelanjaan anda lebih dari RM3,000 – anda akan mendapat rebat tunai sebanyak 7% dengan setiap isian petrol anda.

Ciri premium

Walaupun ini adalah kad kredit ganjaran petrol, pihak CIMB memberikan pelbagai kelebihan untuk pemilik kad ini. Untuk pemegang kad baru, anda akan mendapat kad CIMB Touch ‘n’ Go Zing secara percuma. Kad Touch n Go ini bersambung terus dengan kad kredit anda dengan fungsi auto reload – tiada lagi masalah untuk top up kad Touch n Go.

Kad CIMB Petronas Platinum MasterCard ini juga memberi kelebihan kepada pemilik kereta Perodua. Nikmati 10% rebat tunai setiap kali anda servis kereta anda di Pusat Servis Perodua. Begitu juga ganjaran dalam bentuk diskaun di kedai aksesori kereta yang mengambil bahagian.

Untuk masa terhad, pemilik kad kredit ini akan menikmati tawaran hebat di:

Cars International

  • Diskaun 15% untuk pakej COMBO 2.
  • Diskaun 25% untuk pakej Polish dan Percuma OTIO Strerilizing Treatment (bernilai RM78).

*Tawaran sah sehingga 31 Disember 2019

Sonic Battery Trading

  • Diskaun 10% untuk setiap produk

*Tawaran sah sehingga 30 Jun 2020

RayTech CS

  • Diskaun 15% untuk servis “Window Tinting”

*Tawaran sah sehingga 30 Jun 2020

Selain daripada ganjaran dan diskaun untuk kereta anda, kad kredit CIMB Petronas Platinum ini juga memberikan kelebihan kad MasterCard Platinum seperti keistimewaan untuk produk dan servis di pasar raya, restoran, gedung beli-belah, kelab golf, dan banyak lagi pedagang yang mengambil bahagian.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Tiada yuran tahunan seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

CIMB Balance Transfer Plan
CIMB Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda ke CIMB dengan CIMB Balance Transfer Plan. Pindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran selama 12 bulan tanpa caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
CIMB 0% Easy Pay
CIMB 0% Easy Pay

Hanya dengan pembelian serendah RM50 anda boleh menyertai pelan ini. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan tanpa sebarang caj faedah mahupun caj pengendalian. 

Maklumat Lanjut
CIMB CashLite
CIMB CashLite

Pinjaman serendah RM1,000 dari 12 bulan hingga 48 bulan dengan kadar faedah tetap 9.88% p.a. Tiada upfront dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon CIMB Petronas Platinum MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, CIMB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh CIMB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan CIMB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. CIMB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung CIMB Petronas Platinum MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

8 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi CIMB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang CIMB Bank Berhad

CIMB Bank logo
CIMB Bank Berhad, sebahagian daripada CIMB Group, adalah nama besar dalam perbankan Malaysia sejak 1949. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang komprehensif untuk individu dan perniagaan, CIMB menyediakan segala keperluan kewangan dari akaun simpanan, kad, hingga pembiayaan perumahan dan kenderaan. Ketahui lebih lanjut tentang produk kewangan CIMB.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit HSBC Live+

Kad Kredit HSBC Live+ menawarkan cashback sehingga 8% untuk perbelanjaan menjamu selera, membeli-belah, dan hiburan,…

UOB Lady’s Solitaire

Kad Kredit UOB Lady’s Solitaire menawarkan 10X mata UNIRM untuk perbelanjaan fesyen, akses percuma ke…

Citi Cash Back Platinum Mastercard

Kad kredit Citi Cash Back Platinum menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had dengan ciri eksklusif…

Kad kredit CIMB Travel Platinum

Kad Kredit CIMB Travel Platinum menawarkan ganjaran perjalanan yang lumayan, akses ke Premium Plaza lounge,…