Akan dibuka dalam tab baharu

CIMB e Credit Card

CIMB e Credit Card
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM100
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran

CIMB e Credit Card adalah kad kredit CIMB khusus untuk individu yang gemar membeli-belah dalam talian (online shopping). Kad ini menawarkan mata ganjaran (reward points) hebat dengan setiap transaksi dalam talian anda.

Mata ganjaran yang ditawarkan adalah dalam bentuk mata bonus (CIMB Bonus Points), Anda akan menerima sehingga 12 mata hanya dengan transaksi RM1 untuk transaksi atas talian, atau transaksi tanpa sentuh – tanpa had belanja minimum. Satu mata ganjaran juga diberikan setiap RM1 untuk transaksi belian menggunakan PIN.

CIMB Bonus Points ini boleh anda tebus untuk rebat tunai, atau guna mata bonus anda untuk belian barangan dengan sistem “Pay With Points (PWP) di 9,000 pedagang seluruh negara yang mengambil bahagian. Kad ini menawarkan antara penukaran mata bonus kepada wang tunai terbaik iaitu 400 mata bonus adalah bersamaan RM1.

Selain ganjaran mata bonus, kad CIMB e Credit Card juga didatangkan dengan pelan bayaran ansuran mudah CIMB 0% Easy Pay. Seperti namanya, pelan ini menawarkan pembelian ‘zero interest’ dengan bayaran balik sehingga 36 bulan. Anda hanya perlu buat pembelian serendah RM50 untuk layak menggunakan Easy Payment Plan CIMB ini.

Jika anda ingin pindahkan baki kad kredit sedia ada kepada kad kredit CIMB e, anda boleh guna pelan pindahan baki CIMB Balance Transfer Plan. Buat pemindahan dari RM1,000 dengan tempoh bayaran bulanan sehingga 12 bulan. Caj kadar faedah yang dikenakan adalah berpatutan.

Pelan CIMB CashLite pula menawarkan pendahuluan tunai sekiranya anda perlu guna wang segera. Dapatkan tunai dari RM1,000 dengan bayaran bulanan sehingga 48 bulan. Tiada caj pengendalian (processing fee) dikenakan.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit CIMB e Credit Card

Mata ganjaran (reward points)

Kad CIMB e Credit Card menawarkan mata ganjaran Bonus Points tanpa had belanja minimum. Dapatkan mata bonus untuk transaksi dalam talian (online transaction), transaksi tanpa sentuh (contactless payment), dan bayaran dengan PIN.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
12 RM1 Transaksi atas talian/pembayaran tanpa sentuh pada eDay (10hb setiap bulan) dengan Rakan Niaga Terpilih – kedai runcit online (Shopee, Lazada, Amazon, Zalora dsb), E-Wallet, Pengebilan Auto
10 RM1 Transaksi atas talian/pembayaran tanpa sentuh pada eDay (10hb setiap bulan) dengan Peniaga lain – kedai runcit online (Shopee, Lazada, Amazon, Zalora dsb), E-Wallet, Pengebilan Auto
5 RM1 Transaksi atas talian/pembayaran tanpa sentuh selain eDay dengan kedai runcit online (Shopee, Lazada, Amazon, Zalora dsb), E-Wallet, Pengebilan Auto
1 RM1 Pembayaran tanpa sentuh setiap hari selain eDay
1 RM1 Pembayaran menggunakan PIN setiap hari

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM100
Percuma tahun pertama. Tahun berikutnya yuran dibatalkan untuk transaksi melebihi RM12,000
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

CIMB Balance Transfer Plan
CIMB Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda ke CIMB dengan CIMB Balance Transfer Plan. Pindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran selama 12 bulan tanpa caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
CIMB 0% Easy Pay
CIMB 0% Easy Pay

Hanya dengan pembelian serendah RM50 anda boleh menyertai pelan ini. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan tanpa sebarang caj faedah mahupun caj pengendalian. 

Maklumat Lanjut
CIMB CashLite
CIMB CashLite

Pinjaman serendah RM1,000 dari 12 bulan hingga 48 bulan dengan kadar faedah tetap 9.88% p.a. Tiada upfront dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon CIMB e Credit Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit CIMB e Credit Card

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, CIMB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh CIMB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan CIMB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit CIMB e Credit Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. CIMB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit CIMB e Credit Card

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung CIMB e Credit Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

14 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi CIMB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang CIMB Bank Berhad

CIMB Bank logo
CIMB Bank Berhad, sebahagian daripada CIMB Group, adalah nama besar dalam perbankan Malaysia sejak 1949. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang komprehensif untuk individu dan perniagaan, CIMB menyediakan segala keperluan kewangan dari akaun simpanan, kad, hingga pembiayaan perumahan dan kenderaan. Ketahui lebih lanjut tentang produk kewangan CIMB.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit Bank Rakyat Xclusive Explorer

Kad Kredit-i Bank Rakyat Xclusive Explorer ditawarkan khas untuk ahli Rakyat Xclusive, menawarkan pulangan tunai…

Kad Kredit Citi Cash Back Visa

Kad kredit khusus untuk ciri rebat tunai (cashbacks). Dapatkan pulangan tunai dari 0.2% hingga 10%…

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum dicipta untuk kaki travel yang inginkan pengalaman…

Citibank Citi Prestige Mastercard

Inginkan kad kredit dengan ciri premium dan mata ganjaran hebat? Kad kredit Citi Prestige Mastercard…