Kad Kredit CIMB Travel Platinum diireka khas untuk pengembara tegar. Kad ini menawarkan pelbagai manfaat menarik seperti ganjaran perjalanan, akses ke lounge Premium di lapangan terbang, dan perlindungan insurans yang komprehensif. Sama ada anda selalu melancong ke luar negara atau tempatan, kad ini berpotensi untuk menjadikan perjalanan anda lebih berbaloi dan menyeronokkan. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut keistimewaan yang ditawarkan oleh kad CIMB Travel Platinum dan bagaimana kad ini boleh membantu anda merealisasikan percutian impian.
Tip sebelum mohon
Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.











