Akan dibuka dalam tab baharu

CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard

Kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Pulangan Tunai

Kad kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard adalah kad kredit daripada CIMB Bank Berhad. Kad ini sangat sesuai bagi mereka yang gemar membeli-belah kerana ganjaran rebat tunai (cashback) yang ditawarkan adalah begitu menarik.

Kad kredit ini menawarkan rebat tunai dari 0.2% sehingga 12% untuk pelbagai kategori perbelanjaan anda. Boleh dikatakan anda akan mendapat ganjaran rebat tunai untuk semua perbelanjaan, yang membezakan cuma jumlah rebat, amaun perbelanjaan dan had bulanan yang ditetapkan.

Ganjaran rebat tunai ini juga termasuk untuk setiap isian minyak anda di sebarang stesen minyak. Walau bagaimanapun, rebat untuk petrol dihadkan kepada RM30 setiap bulan.

Selain daripada ganjaran rebat tunai, kad ini juga menawarkan pelan kad kredit yang lengkap. Anda boleh menggunakan pelan pindahan baki (Balance Transfer Plan), pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan), dan juga pelan ansuran tunai (Cash Instalment Plan) dari CIMB.

Pelan CIMB Balance Transfer Plan membenarkan anda buat pindahan baki daripada kad kredit sedia ada kepada kad kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard tanpa sebarang caj upfront. Anda boleh pilih untuk buat bayaran semula dari 6 hingga 12 bulan dengan caj kadar faedah yang berpatutan.

Anda juga boleh menukar pembelian kad kredit anda kepada pelan bayaran ansuran mudah CIMB 0% Easy Pay. Seperti namanya, pelan ini tidak mengenakan sebarang caj faedah dan tiada caj upfront. Anda cuma perlu buat pembelian RM50 ke atas dengan kad kredit CIMB Cash Rebate anda untuk melayakkan anda menggunakan kemudahan ini.

Jika anda inginkan wang tunai segera, anda boleh menggunakan pelan ansuran tunai CIMB Cash Lite. Buat pinjaman tunai dari serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 48 bulan. Anda hanya perlu menelefon pihak CIMB untuk mendapatkan pinjaman anda.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik kad kredit CIMB Rebat Tunai Platinum Mastercard ini, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara online dengan mudah tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard

Pulangan tunai (cashbacks)

Kad kredit ini adalah antara kad yang memberikan ganjaran rebat tunai yang tinggi dan lengkap. Walaupun pulangan rebat tunai diklasifikasikan berdasarkan kategori, setiap kategori masih memberi ganjaran yang menarik. Guna kad kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard sambil berjimat dengan ganjaran ini.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Perbelanjaan makan hujung minggu (Sabtu & Ahad) di premis perniagaan/restoran/pedagang yang mengambil bahagian. 12% RM30 Sebarang amaun
Wayang, Petrol, Runcit, Bil Telefon dan Bil Utiliti (pembayaran melalui arahan tetap) 5% RM30 RM3,000 ke atas
Wayang, Petrol, Runcit, Bil Telefon dan Bil Utiliti (pembayaran melalui arahan tetap) 2% RM30 RM2,999 ke bawah
Perbelanjaan lain termasuk perbelanjaan atas talian (online) 0.2% Tiada had Sebarang amaun

Ganjaran petrol

Anda akan mendapat ganjaran pulangan rebat tunai sebanyak 5% dengan setiap isian minyak anda. Ganjaran ini tidak dihadkan kepada hari minggu sahaja seperti sesetengah kad kredit ganjaran petrol. Cuma, amaun ganjaran dihadkan kepada RM30 setiap bulan.

Ciri premium

Kad kredit CIMB Rebat Tunai Platinum MasterCard didatangkan dengan yuran tahunan percuma. Anda tidak perlu bayar sebarang yuran tahunan selagi anda memiliki kad ini. Tiada syarat yang ditetapkan untuk mendapatkan yuran percuma seperti kebanyakan kad kredit lain.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM5000
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

CIMB Balance Transfer Plan
CIMB Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda ke CIMB dengan CIMB Balance Transfer Plan. Pindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran selama 12 bulan tanpa caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
CIMB 0% Easy Pay
CIMB 0% Easy Pay

Hanya dengan pembelian serendah RM50 anda boleh menyertai pelan ini. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan tanpa sebarang caj faedah mahupun caj pengendalian. 

Maklumat Lanjut
CIMB CashLite
CIMB CashLite

Pinjaman serendah RM1,000 dari 12 bulan hingga 48 bulan dengan kadar faedah tetap 9.88% p.a. Tiada upfront dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, CIMB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh CIMB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan CIMB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. CIMB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

27 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi CIMB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang CIMB Bank Berhad

CIMB Bank logo
CIMB Bank Berhad, sebahagian daripada CIMB Group, adalah nama besar dalam perbankan Malaysia sejak 1949. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang komprehensif untuk individu dan perniagaan, CIMB menyediakan segala keperluan kewangan dari akaun simpanan, kad, hingga pembiayaan perumahan dan kenderaan. Ketahui lebih lanjut tentang produk kewangan CIMB.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi Simplicity Mastercard

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…