Akan dibuka dalam tab baharu

CIMB Visa Infinite

Kad kredit CIMB Visa Infinite
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Tanpa yuran tahunan
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM10000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Premium, Tanpa Yuran Tahunan

Dalam dunia yang semakin mencabar, memilih kad kredit yang sesuai dengan keperluan kewangan adalah sangat penting. Kad kredit CIMB Visa Infinite adalah kad kredit premium yang menawarkan pelbagai keistimewaan bersama ganjaran menarik. Adakah kad kredit CIMB ini kad terbaik untuk gaya hidup anda? Baca seterusnya jika nak tahu jawapan.

Kelebihan Utama Kad Kredit CIMB Visa Infinite

Tiada Yuran Tahunan Seumur Hidup

Antara kelebihan yang menjadikan Kad Kredit CIMB Visa Infinite sangat istimewa ialah pengecualian yuran tahunan seumur hidup untuk kad utama dan kad tambahan.

Tiada caj yuran tahunan yang dikenakan tanpa sebarang syarat tertentu. Kelebihan ini memberi sangat membantu menjimatkan kos penggunaan kad kredit.

Sehingga 5x Mata Ganjaran Bonus

Ciri mata ganjaran Bonus Point CIMB bukan hanya memberi 1x mata, tetapi sehingga 5x mata Bonus. Dapatkan 5 mata ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk perbelanjaan runcit atau ketika menjamu selera di luar negara.

Tidak lupa juga sebarang perbelanjaan dalam negara yang akan memberikan ganjaran 1x mata bonus dengan setiap RM1 yang dibelanjakan.

Kumpul seberapa banyak mata ganjaran dan tebus dengan hadiah, tawaran, diskaun, baucar eksklusif melalui katalog ganjaran CIMB.

Akses Eksklusif ke Plaza Premium Lounge

Sebagai pemegang kad kredit CIMB Visa Infinite, anda  juga akan menikmati 8x akses percuma ke Plaza Premium Lounges di seluruh dunia setiap tahun.

Manfaatkan keistimewaan ini untuk dapatkan makan minum percuma dan berehat dengan suasana eksklusif untuk menyegarkan diri sebelum perjalanan seterusnya. Anda hanya perlu tunjukkan kad CIMB Visa Infinite anda, kad pengenalan, dan pas perjalanan yang sah.

Perkhidmatan Visa Concierge Tanpa Had

Nikmati juga kelebihan eksklusif melalui perkhidmatan Visa Concierge termasuk tawaran kepada hotel mewah, sewa kereta, menjamu selera di restoran terkemuka, diskaun membeli-belah dan pelbagai lagi tawaran hebat.

Tidak lupa juga perkhidmatan bantuan 24 jam sehari 7 hari seminggu yang boleh anda guna untuk sebarang tujuan.

Perlindungan Perjalanan Sehingga RM1 Juta

Kad kredit CIMB ini bukan sahaja menawarkan ganjaran dan pulangan, tetapi juga ketenangan fikiran semasa melancong.

Anda akan dilindungi oleh insurans perjalanan bernilai RM1 juta, termasuk faedah tambahan seperti terlepas atau kelewatan penerbangan, dan kelewatan atau kehilangan bagasi.

Anda hanya perlu beli tiket penerbangan dengan kad CIMB Visa Infinite anda untuk menerima perlindungan ini secara automatik.

Tiga Pelan Kredit CIMB untuk Memudahkan Pengurusan Kewangan

Pihak CIMB menawarkan tiga pelan kredit bersama kad ini untuk memudahkan anda mengurus kewangan.

Selesaikan hutang kad kredit lama anda dan pindahkan ke kad CIMB Visa Infinite dengan pelan CIMB Balance Transfer yang mengenakan kadar faedah rendah selama 12 bulan.

Anda juga boleh dapatkan barangan idaman dengan bayaran ansuran melalui pelan CIMB 0% Easy Pay. Nikmati tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan tanpa kadar faedah dengan pelan ini.

Pelan CIMB CashLite pula boleh memberikan bantuan kewangan segera di saat anda memerlukan. Pelan ansuran tunai ini menawarkan pinjaman dari serendah RM1,000 dengan bayaran balik sehingga 48 bulan. Tidak perlu penjamin dan kadar faedah yang kompetitif.

Siapa Yang Layak Mohon Kad Kredit CIMB Visa Infinite

Kad kredit CIMB ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja sama ada warganegara Malaysia, pemastautin tetap, mahupun ekspatriat. Anda cuma perlu berumur 21 tahun ke atas dan memenuhi syarat kelayakan gaji yang ditetapkan pada RM120,000 setahun.

Dengan kelebihan menarik seperti tiada yuran tahunan seumur hidup, akses eksklusif ke Plaza Premium Lounge, dan perlindungan perjalanan yang komprehensif, CIMB Visa Infinite adalah pilihan yang tepat sekiranya anda sedang mencari kad kredit yang menawarkan gaya hidup eksklusif dan mahu lebih nilai dengan setiap perbelanjaan di samping menjimatkan kos pemilikan kad kredit.

Baca lebih lanjut ringkasan di bawah dan ketahui bagaimana untuk mohon CIMB Visa Infinite.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit CIMB Visa Infinite

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan pulangan mata ganjaran CIMB Bonus Point dengan setiap perbelanjaan, sama ada di dalam atau luar negara. Rujuk jadual di bawah untuk ciri lengkap mata ganjaran kad kredit CIMB Visa Infinite.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
5 RM1 Menjamu selera, belanja runcit di luar negara
1 RM1 Perbelanjaan dalam negara

ganjaran perjalanan

Nikmati ketenangan fikiran dan perjalanan yang lancar dengan kad kredit CIMB ini. Anda bukan sahaja boleh mengakses Plaza Premium Lounge ketika menunggu penerbangan, tetapi juga akan dilindungi oleh insurans perjalanan yang lengkap.

Lihat senarai plaza premium lounge yang mengambil bahagian di seluruh dunia.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM1,000,000
Penerbangan tertunda Sehingga RM1,000
Terlepas penerbangan Sehingga RM1,000
Kelewatan Bagasi Sehingga RM1,000
Kehilangan Bagasi Sehingga RM1,000

Jadual 1.1 – Perlindungan perjalanan CIMB Visa Infinite

Ciri premium

Nikmati gaya hidup eksklusif dengan perkhidmatan VISA Concierge yang menawarkan perkhidmatan tempahan hotel, restoran, limousin dan juga bantuan tanpa had 24 jam 7 hari seminggu. Hubungi perkhidmatan ini di talian 1800-85-574 atau layari laman Visa Concierge untuk maklumat lanjut.

Laman Visa Concierge.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM10000 sebulan atau RM120000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Tanpa yuran tahunan
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
40% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

CIMB Balance Transfer Plan
CIMB Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda ke CIMB dengan CIMB Balance Transfer Plan. Pindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran selama 12 bulan tanpa caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
CIMB 0% Easy Pay
CIMB 0% Easy Pay

Hanya dengan pembelian serendah RM50 anda boleh menyertai pelan ini. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan tanpa sebarang caj faedah mahupun caj pengendalian. 

Maklumat Lanjut
CIMB CashLite
CIMB CashLite

Pinjaman serendah RM1,000 dari 12 bulan hingga 48 bulan dengan kadar faedah tetap 9.88% p.a. Tiada upfront dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon CIMB Visa Infinite

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit CIMB Visa Infinite

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, CIMB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh CIMB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan CIMB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit CIMB Visa Infinite untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. CIMB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit CIMB Visa Infinite

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung CIMB Visa Infinite?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi CIMB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang CIMB Bank Berhad

CIMB Bank logo
CIMB Bank Berhad, sebahagian daripada CIMB Group, adalah nama besar dalam perbankan Malaysia sejak 1949. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang komprehensif untuk individu dan perniagaan, CIMB menyediakan segala keperluan kewangan dari akaun simpanan, kad, hingga pembiayaan perumahan dan kenderaan. Ketahui lebih lanjut tentang produk kewangan CIMB.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i menawarkan mata ganjaran TreatPoints, perlindungan perjalanan sehingga…

CIMB Visa Signature

CIMB Visa Signature menawarkan ciri premium untuk gaya hidup “versatile”. Nikmati pulangan mata ganjaran Bonus…

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Citibank Citi Rewards Mastercard

Kad Kredit Citi Rewards Mastercard dari Citibank ini menawarkan sehingga 5 mata ganjaran untuk setiap…