Akan dibuka dalam tab baharu

KWSP i-Sayang dan i-Lindung Bakal Dilancar Pada 2022

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
KWSP i-Sayang dan i-Lindung

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF telah mengumumkan pelancaran program i-Sayang dan i-Lindung pada tahun 2022 sebagai usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kedua-dua program ini adalah antara beberapa inisiatif daripada pihak EPF untuk menawarkan kemudahan persaraan kepada ahlinya.

KWSP i-Sayang dan i-Lindung

Program i-Sayang KWSP membenarkan suami memindahkan sebanyak 2% secara sukarela daripada caruman KWSP mereka kepada akaun isteri. Manakala program i-Lindung pula lebih kepada dana persaraan di mana pencarum boleh mengeluarkan wang daripada akaun 2 KWSP untuk urusan pembelian insurans hayat atau penyakit kritikal.

Selain itu, pihak KWSP juga sedang mengkaji inisiatif lain seperti mewajibkan perlindungan Kumpulan Wang Simpanan Bekerja kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian. Mereka juga sedang mengambil kira skim caruman lebihan sukarela. Melalui skim caruman ini, ahli-ahli boleh menggalakkan majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11% kadar berkanun.

Program KWSP i-Sayang dan i-Lindung dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2022.

Ahli KWSP mempunyai simpanan rendah

Menurut pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri, kebanyakan ahli EPF pada masa sekarang menanggung risiko mengalami masalah pada usia tua kerana pengeluaran berterusan berikutan program i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra yang dilancarkan pada zaman pandemik Covid-19 sebelum ini. Menurut beliau lagi sebanyak RM101.0 billion telah dikeluarkan melalui ketiga-tiga program ini.

Keadaan ini menjurus kepada 48% ahli KWSP di bawah umur 55 mempunyai simpanan yang rendah. Ini adalah peningkatan sebanyak 28% daripada sebelum ini, iaitu sebelum pandemik melanda.

Ucapan ini di buat di majlis perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (International Social Wellbeing Conference, ISCW) yang diadakan semalam.

Peningkatan isu ketidaksamaan

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif KWSP pula mendedahkan beberapa perkara yang membimbangkan akibat daripada pandemik Covid-19, iaitu peningkatan terhadap isu ketidaksamaan.

Walaupun isu ini telah lama wujud sebelum zaman pandemik, usaha negara menggerakkan sumber dengan intensif adalah penyelesaian jangka pendek dan tidak membantu pada dalam jangka masa panjang. Dalam erti kata lain, usaha ini tidak berupaya memelihara hayat dan kehidupan masyarakat.

Isu ini adalah antara perkara utama yang akan dibincangkan di dalam ISWC tahun ini. Beliau berharap dengan berkumpulnya peserta yang berpengaruh dan berpengalaman, mereka dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah-masalah yang semakin membimbangkan dari aspek ekonomi, kesihatan, dan pendidikan.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir