Kempen RHB 0% Smart Instalment Plan – Rebat Sehingga RM250

calendar-range
Dikirim 15/12/2023
(dikemaskini 21/12/2023)
Kempen Rebat RM250 RHB 0% Smart Instalment Plan

RHB Bank telah kempen rebat segera untuk pelan RHB 0% Smart Instalment mereka. Rebat sehingga RM250 ini ditawarkan kepada pemilik kad kredit RHB yang menukar pembelian mereka kepada pelan bayaran ansuran mudah RHB di pedagang yang telibat.

Tempoh Kempen RHB 0% Smart Instalment Instant Rebate

Kempen ini telah bermula pada 8 Disember 2023 yang lalu dan dijadualkan akan berakhir pada 31 Mei 2024. Pihak RHB membuka penyertaan kepada semua pemegang kad kredit RHB yang berbelanja sekurang-kurangnya RM2,000 dan menukar transaksi tersebut kepada pelan RHB 0% Smart Instalment. Rebat tunai yang diterima pula adalah antara RM150 hingga RM250.

Jumlah Perbezaan Minimum Berbeza Mengikut Pedagang

Walaupun jumlah perbelanjaan minimum bermula daripada RM2,000, jumlah ini mungkin berrbeza bergantung kepada peniaga atau pedagang. Jadi, pastikan anda semak dengan peniaga terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

Tempoh Bayaran Ansuran Adalah Fleksibel

Anda boleh memilih rancangan bayaran ansuran selama 6, 12, atau 24 bulan. Tambahan pula, terdapat pilihan untuk rancangan bayaran ansuran selama 36 bulan, tetapi hanya ditawarkan oleh beberapa peniaga yang terpilih.

Dapatkan maklumat lanjut tentang pelan RHB 0% Smart Instalment.

Had Maksimum Setiap Bulan

RHB menjelaskan bahawa setiap pemilik kad kredit RHB yang ingin menyertai kempen ini hanya dibenarkan menuntut rebat segera sebanyak tiga kali setiap bulan sepanjang kempen berlangsung.

Walau bagaimanapun, pihak RHB menegaskan konsep siapa cepat dia dapat akan digunakan, dan rebat segara juga tertakluk kepada peruntukan yang disediakan oleh bank untuk setiap bulan kempen.

Menurut RHB mereka telah memperuntukkan jumlah sebanyak RM38,000 setiap bulan untuk kempen rebat segera RHB 0% Smart Instalment.

Peniaga Yang Menyertai Kempen RHB 0% Smart Instalment Rebat Segera

Terdapat pelbagai kategori pembelian yang boleh anda buat untuk menyertai kempen ini, termasuk kategori elektronik, pendidikan, perabot, dan kesihatan.

Peniaga yang mengambil bahagian pula ialah:

  • Thunder Match Technology Sdn Bhd
  • Dancom Tt&L Telecommunications M Sdn Bhd
  • Vivid Telecommunication Sdn Bhd
  • Directd Retail & Wholesale Sdn Bhd
  • Space Ace Elite Sdn Bhd
  • Cg Computers Sdn Bhd
  • Machines Sdn Bhd
  • Innovative Smart Learning
  • Yinee Posture Management Subang Sdn Bhd
  • Yinee Austin Sdn Bhd
  • Yinee Posture Management Penang Sdn Bhd
  • Yinee Indah Sdn Bhd
  • Yinee Tropika Sdn Bhd
  • Ghhs Healthcare Sdn Bhd
  • Life Care International Medical Group Sdn Bhd
  • Llg Care Sdn Bhd
  • Life Care Alliance Sdn Bhd
  • Lifecare Diagnostic Medical Centre Sdn Bhd
  • Courts Malaysia Sdn Bhd
  • Wah Lee Electrical Store Sdn Bhd
  • Suria Jerai Electrical Sdn Bhd
  • Maca Boy Sdn Bhd
  • Bs Sofa Sdn Bhd
  • Tuta Furniture Sdn Bhd
  • Oca Household Specialist Sdn Bhd
  • Nitori Retail Malaysia Sdn Bhd
  • More Design Contract Sdn Bhd
  • Morse Electronics Sdn Bhd
  • Ban Hin Bee Sdn Bhd
  • Tan Boon Ming Sdn Bhd
  • Snowfit Malaysia Sdn Bhd
  • Caler Home Sdn Bhd
  • Crown Furniture Trading Sdn Bhd
  • Tanradio Com Electrical Sdn Bhd
  • Kubiq Sdn Bhd
  • Emperor Home Sdn Bhd

Senarai peniaga ini sentiasa dikemaskini. Anda boleh dapatkan senarai peniaga terkini di laman rasmi kempen ini.

Lawati laman rasmi kempen RHB 0% Smart Instalment Instant Rebate.

RHB Bank sering melakukan promosi dan kempen yang memberi kelebihan kepada pelanggan kad kredit mereka. Jika anda ingin memohon kad kredit RHB dan menyertai kempen ini, anda boleh lihat senarai kad RHB, pasti ada yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda.

Lihat senarai kad kredit yang ditawarkan oleh RHB Bank Berhad.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments