RHB Smart Instalment

RHB Smart Instalment adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh RHB Bank. Pelan ini membenarkan anda buat bayaran ansuran dari 6 bulan hingga 24 bulan tanpa caj faedah (zero interest) dan tanpa caj pengendalian (upfront handling fee).

Pelan Easy Payment ini ditawarkan untuk pembelian di 70 peniaga yang terlibat di seluruh Malaysia. Anda juga boleh terus menggunakan pelan ini ketika anda buat pembayaran – tidak perlu menghubungi RHB untuk menukar pembelian tunai anda kepada pelan bayaran ansuran RHB Smart Instalment.

Anda cuma perlu buat pembelian minimum sebanyak RM1,000 untuk menggunakan pelan ini.

Jika anda ingin menggunakan pelan ini, anda perlu buat bayaran penuh setiap bulan kerana RHB tidak membenarkan bayaran bulanan minimum. Sekiranya anda gagal untuk buat bayaran bulanan seperti yang telah dipersetujui, pihak RHB akan mengenakan caj lewat bayar (late payment charge). Penalti yang dikenakan ialah 1.5% dari baki tunggakan setiap bulan, atau 18% p.a.

Walau bagaimanapun, RHB tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) sekiranya anda ingin menyelesaikan semua baki yang tinggal lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

RHB Smart Instalment
Pembelian Minimum RM1000
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 24 bulan
Kadar faedah Tiada kadar faedah (Zero Interest)
Caj pengendalian Tiada caj upfront
Bayaran minimum (bulanan) Bayaran ansuran penuh
Caj penamatan awal Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan RHB Smart Instalment

Tukar pembelian anda kepada pelan Easy Payment RHB Smart Instalment dan nikmati tempoh bayaran sehingga 24 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 Tiada Tiada RM1,000
9 Tiada Tiada RM1,000
12 Tiada Tiada RM1,000
24 Tiada Tiada RM1,000

Cara mohon RHB Smart Instalment

Untuk menggunakan pelan bayaran ansuran mudah RHB ini anda hanya perlu buat pembelian di pedagang yang mengambil bahagian dan mohon untuk menggunakan pelan RHB Smart Instalment.

Kad kredit RHB Smart Instalment

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan RHB Smart Instalment. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

RHB Rewards Credit Card

Kad kredit RHB Rewards Visa/MasterCard 

Kad kredit RHB Rewards Visa/MasterCard menawarkan sehingga 10x Mata Ganjaran dengan transaksi pembelian terpilih

RHB Visa Signature

Kad kredit RHB Visa Signature 

Kad kredit RHB Visa Signature, sebuah kad premium RHB yang menawarkan pelbagai ganjaran perjalanan dengan ciri pulangan tunai (cashback) tanpa had. Tidak lupa juga yuran tahunan percuma seumur hidup.

RHB Limited Edition White Visa Rewards Credit Card/i

Kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards

Kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards adalah kad edisi terhad RHB yang menawarkan pulangan mata ganjaran Loyalty points dan pelan kredit RHB yang lengkap. Tidak lupa juga yuran hijau percuma untuk kaki golf.

RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i

RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i

Nikmati ciri keselamatan kad kredit terbaru dengan RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i. Dengan kad ini anda tidak perlu risau kad disalahguna jika kad anda hilang. Dapatkan juga ganjaran rewards points tanpa had sehingga 10x mata.

RHB Shell Visa Credit Card

RHB Shell Visa Credit Card

RHB Shell Visa Credit Card/i menawarkan ganjaran rebat tunai (cashback) tanpa had bukan sahaja untuk isian petrol di stesen minyak Shell seluruh negara, tetapi juga untuk perbelanjaan runcit, transaksi atas talian, bayaran bil utiliti, tambah nilai E-Wallet dan juga perbelanjaan lain. Nikmati pelan kad kredit lengkap iaitu pelan pindahan baki, bayaran ansuran mudah, dan pelan pinjaman tunai kad kredit RHB.

RHB Cash Back Credit Card

RHB Cash Back Credit Card

Ingin jimat RM600 setiap tahun? Dapatkan kad kredit RHB Cash Back dengan ganjaran pulangan rebat tunai sehingga 10% daripada perbelanjaan bulanan anda. Kad ini juga lengkap dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan pinjaman tunai untuk memudahkan urusan anda. Ciri RHB Smart Pay juga memudahkan bayaran bil bulanan anda.