Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.
Pinjaman Peribadi Islamik – Sebuah Panduan Lengkap
Pinjaman Peribadi Patuh Syariah Sebagai Pilihan Bijak untuk Kewangan Peribadi Anda

Di Malaysia, Perbankan Islamik telah menyaksikan perkembangan pesat dengan menawarkan pelbagai produk kewangan yang sesuai dengan prinsip dan keperluan masyarakat. Pembiayaan peribadi Islamik adalah satu daripada pilihan tersebut, membolehkan individu memperolehi dana untuk pelbagai tujuan sambil mematuhi prinsip Islam.
Panduan ini akan menyelami dunia pinjaman peribadi Islamik di Malaysia, dengan menjelaskan konsep asas, kelebihan, dan jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan.
Memahami Pembiayaan Peribadi Islamik
Pembiayaan peribadi Islamik, juga dikenali sebagai pinjaman patuh Syariah, mematuhi prinsip undang-undang Syariah yang melarang faedah (riba) atau unsur-unsur yang meragukan. Sebaliknya menggunakan konsep perkongsian keuntungan, pajakan, atau perjanjian jual beli semula.
Prinsip Utama Kewangan Islamik
Berikut adalah antara prinsip-prinsip yang diterapkan di dalam kewangan Islamik.
- Larangan Riba: Tidak boleh mengenakan caj faedah. Keuntungan diperolehi melalui perkongsian atau perkhidmatan.
- Larangan Spekulasi (Gharar): Tidak boleh berpunca daripada unsur yang meragukan atau tidak diketahui punca sehingga menimbulkan syak.
- Perkongsian Keuntungan: Untung dan rugi dikongsi antara pihak yang terlibat (peminjam dan pemberi pinjaman).
- Pelaburan dalam Aktiviti Halal: Dana yang digunakan perlu berpunca daripada aktiviti yang halal.
Jenis-Jenis Pembiayaan Peribadi Islamik di Malaysia
Terdapat beberapa jenis konsep pembiayaan Islamik yang digunakan di negara kita.
1. Murabahah (Pembiayaan Kos Tokok)
Murabahah melibatkan pemberi pinjaman membeli aset dan menjualnya semula kepada peminjam dengan margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Peminjam kemudiannya membayar semula dengan tempoh yang dipersetujui.
2. Ijarah (Pajakan)
Bank membeli aset dan memajakkannya kepada pelanggan dalam tempoh tertentu. Pelanggan membayar kos sewaan, dengan pilihan untuk membeli aset tersebut pada akhir tempoh pembayaran.
3. Tawarruq (Komoditi Murabahah)
Bank membeli komoditi dan menjual kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi. Pelanggan menjual semula komoditi tersebut kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai. Konsep ini kebiasaannya digunakan dalam pembiayaan peribadi dan kad kredit Islamik.
4. Wakalah
Pelanggan melantik bank sebagai ejen untuk menguruskan proses pembiayaan. Pelanggan menyediakan modal, dan bank akan menggunakan modal tersebut untuk membeli aset bagi pihak anda. Bank menerima upah dengan jumlah yang dipersetujui hasil daripada perkhidmatan tersebut.
Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut berkaitan prinsip yang digunakan, anda boleh baca artikel Konsep Perbankan Islam di Malaysia.
Perbandingan Antara Pinjaman Peribadi Islamik dan Konvensional
| Ciri-ciri | Pembiayaan Islamik | Pinjaman Konvensional |
|---|---|---|
| Caj Faedah | Tidak dikenakan | Dikenakan |
| Perkongsian Risiko | Ya | Terhad |
| Aset | Diperlukan | Kebiasaannya tidak diperlukan |
| Penalti Lewat Bayar | Terhad kepada kos sebenar | Boleh di kompaun |
| Penyelesaian Awal | Tidak mengenakan penalti. Ibra’ (rebat) akan diberikan. | Mungkin terdapat tempoh ‘lock-in’. Penyelesaian awal pada tempoh ini mungkin dikenakan penalti. |
Jadual: Perbezaan antara pembiayaan Islamik dan Pinjaman Konvensional
Kelebihan Pembiayaan Peribadi Islamik
Pembiayaan peribadi Islamik menawarkan beberapa kelebihan.
- Beretika dan Patuh Syariah: Produk pembiayaan adalah sejajar dengan prinsip Islam, menawarkan ketenangan minda kepada individu yang mencari pembiayaan yang berpegang sepenuhnya kepada gaya hidup Islamik.
- Telus dan Adil: Semua syarat dan terma dinyatakan dengan jelas, menggalakkan proses pembiayaan yang telus dan adil.
- Fleksibiliti: Kebanyakan produk pembiayaan Islamik menawarkan pilihan bayaran balik yang fleksibel untuk memudahkan pengurusan kewangan.
- Perkongsian Risiko: Risiko dikongsi bersama antara peminjam dan pemberi pinjaman.
Cara Memohon Pembiayaan Peribadi Islamik
Sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman peribadi Islamik, anda perlu mempertimbangkan faktor-faktor berikut.
Kriteria Kelayakan
Walaupun kelayakan adalah berbeza antara produk pembiayaan yang ditawarkan, kebiasaannya pemohon perlu mempunyai kelayakan seperti:
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas.
- Mempunyai sumber pendapatan yang stabil dan tetap.
- Mempunyai rekod kredit yang baik.
Tip Memilih Produk Pembiayaan Peribadi Islamik Terbaik
Ikuti petua berikut untuk memilih produk pembiayaan terbaik berdasarkan keperluan dan situasi kewangan anda.
- Kenal Pasti Keperluan Kewangan: Fahamkan betul-betul keperluan kewangan anda. Dalam erti kata lain, pilih produk pinjaman yang sesuai dengan matlamat kewangan dan keupayaan anda untuk buat bayaran balik.
- Bandingkan Produk Pembiayaan: Dengan pelbagai tawaran pembiayaan Islamik yang ditawarkan di Malaysia, penting untuk anda membandingkan pelan-pelan untuk mendapatkan produk pembiayaan terbaik. Kenal pasti ciri-ciri seperti caj kadar keuntungan, tempoh pembiayaan, dan caj dan yuran pemprosesan yang dikenakan.
- Semak Syarat dan Terma: Baca dan fahami syarat dan terma pinjaman terutama di bahagian yuran dan caj. Jangan teragak-agak untuk bertanya kepada pegawai bank sekiranya terdapat syarat yang kurang jelas atau meragukan.
Proses Permohonan
Setelah anda mengenal pasti pelan pembiayaan yang ingin dimohon, ikut langkah berikut untuk melancarkan proses permohonan pembiayaan peribadi Islamik.
- Sediakan semua dokumen yang diperlukan dokumen pengenalan diri, bukti pendapatan, penyata bank, dan sebagainya. Pastikan dokumen jelas dan tepat.
- Mohon secara dalam talian atau dengan mengunjungi institusi kewangan atau pemberi pinjaman.
- Sertakan dokumen bersama permohonan. Kebanyakan proses permohonan dalam talian menyediakan kemudahan untuk anda muat naik dokumen bersama borang permohonan online.
- Hantar permohonan dan tunggu maklum balas daripada pemberi pinjaman.
Kesimpulan
Pembiayaan peribadi Islamik menawarkan alternatif kepada pinjaman konvensional bagi rakyat Malaysia yang ingin meminjam tetapi ingin berpegang sepenuhnya kepada prinsip Syariah. Dengan memahami jenis-jenis pembiayaan yang sedia ada dan membandingkan produk pembiayaan dengan teliti, anda boleh mencari penyelesaian yang akan memenuhi keperluan kewangan anda.
Sedia untuk memilih produk pembiayaan peribadi Islamik di Malaysia? Rujuk bahagian di bawah untuk senarai produk yang ditawarkan daripada institusi kewangan terpilih. Guna sistem saringan yang kami sediakan untuk memudahkan anda buat pilihan.
Senarai Produk Pembiayaan Peribadi Islamik di Malaysia
Saringan
Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

RM5000 - RM150000
12 - 120 bulan
7.97% p.a
RM2000
Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta disasarkan khusus kepada kakitangan sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Pembiayaan ini membenarkan pemohon yang mempunyai pendapatan tidak tetap untuk mohon. Dengan syarat kelayakan yang tidak membebankan, dan juga caj kadar keuntungan yang sangat rendah membuatkan pelan pembiayaan ini sangat popular di kalangan kakitangan swasta.
Baca Lebih LanjutBSN MyRinggit-i Eksekutif-1

RM10000 - RM200000
24 - 120 bulan
6.0% p.a
RM3000
BSN MyRinggit-i Eksekutif-1 ditawarkan kepada kakitangan profesional, iaitu mereka yang bekerja sebagai kakitangan GLC dan kakitangan swasta. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan agak tinggi. Begitu juga tempoh pembiayaan yang panjang sehinggga 10 tahun dengan caj kadar keuntungan yang sangat berpatutan dan rendah.
Baca Lebih LanjutAmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i

RM2000 - RM100000
12 - 60 bulan
8.0% p.a
RM3000
AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i adalah pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar yang ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan tetap dan juga tidak tetap. Jika anda adalah penerima komisen bulanan, anda boleh mohon pelan pembiayaan AmBank ini. Keputusan permohonan juga sangat pantas, hanya 48 jam hari bekerja.
Baca Lebih LanjutKOBETA Cash-i

RM2000 - RM250000
24 - 120 bulan
5.99% p.a
RM1500
KOBETA Cash-i menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM250,000 dengan tempoh bayaran balik yang panjang. Kadar keuntungan yang dikenakan adalah antara yang terendah berbanding pembiayaan peribadi Islamik yang lain. Tidak lupa juga senaraihitam CTOS atau tunggakan CCRIS layak mohon jika syarat kelayakan lain cukup.
Baca Lebih LanjutRHB Personal Financing-i for Civil Sector

RM2000 - RM200000
24 - 120 bulan
4.5% p.a
RM2000
RHB Personal Financing-i for Civil Sector ditawarkan khusus kepada kakitangan awam persekutuan dan negeri yang masih berkhidmat ataupun yang telah bersara. Ini adalah pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar, dan jumlah pembiayaan yang dibenarkan sangat tinggi, begitu juga dengan tempoh bayaran balik. Dengan kadar keuntungan yang berpatutan, ini adalah antara pembiayaan yang popular.
Baca Lebih LanjutMaybank Personal Financing-i

RM5000 - RM100000
24 - 72 bulan
6.5% p.a
RM3500
Maybank Personal Financing-i menawarkan pelan pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar ini kepada semua sektor pekerjaan. Mohon sehingga RM100,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 6 tahun. Caj kadar faedah yang dikenakan sangat berpatutan. Tidak lupa juga keputusan permohonan yang sangat pantas, iaitu 48 jam hari bekerja.
Baca Lebih LanjutHong Leong Islamic Personal Financing-i

RM5000 - RM150000
24 - 60 bulan
9.0% p.a
RM2000
Hong Leong Islamic Personal Financing-i adalah antara pelan pembiayaan peribadi Islamik yang popular. Antara ciri utama pinjaman ini ialah kelayakan gaji yang rendah dan jumlah pinjaman yang sangat tinggi, iaitu RM250,000 dengan tempoh bayaran sehingga 5 tahun. Keputusan permohonan juga sangat pantas, iaitu hanya 48 jam hari bekerja untuk tahu permohonan anda diterima atau tidak.
Baca Lebih LanjutUKHWAH Cash-i

RM2000 - RM200000
24 - 120 bulan
4.35% p.a
RM1500
Ukhwah Cash-i yang ditawarkan oleh Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad membenarkan anda mohon sehingga RM200,000 dalam tempoh 10 tahun. Kadar keuntungan yang ditawarkan sangat berpatutan. Yang menarik ialah anda layak mohon walaupun disenaraihitamkan di laporan CTOS atau mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda.
Baca Lebih LanjutHSBC Amanah Personal Financing-i

RM6000 - RM250000
24 - 84 bulan
4.88% p.a
RM3000
HSBC Amanah Personal Financing-i adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik 100% patuh Syariah yang ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan. Mohon sehingga RM150,000 dalam tempoh 7 tahun. Keputusan permohonan juga pantas. Anda hanya perlu tunggu 3 hari bekerja untuk tahu anda lulus atau tidak.
Baca Lebih LanjutBank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara

RM5000 - RM100000
12 - 120 bulan
6.86% p.a
RM800
Jika anda adalah pesara, pelan pembiayaan Bank Rakyat ini sangat sesuai untuk anda. Buat pembiayaan dari serendah RM5,000 hingga mencapai RM100,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Pelan pembiayaan ini juga mengenakan caj kadar keuntungan tetap yang sangat berpatutan.
Baca Lebih Lanjut