Akan dibuka dalam tab baharu

Pinjaman Peribadi Islamik – Sebuah Panduan Lengkap

Pinjaman Peribadi Patuh Syariah Sebagai Pilihan Bijak untuk Kewangan Peribadi Anda

Pinjaman Peribadi Islamik – Sebuah Panduan Lengkap

Di Malaysia, Perbankan Islamik telah menyaksikan perkembangan pesat dengan menawarkan pelbagai produk kewangan yang sesuai dengan prinsip dan keperluan masyarakat. Pembiayaan peribadi Islamik adalah satu daripada pilihan tersebut, membolehkan individu memperolehi dana untuk pelbagai tujuan sambil mematuhi prinsip Islam.

Panduan ini akan menyelami dunia pinjaman peribadi Islamik di Malaysia, dengan menjelaskan konsep asas, kelebihan, dan jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan.

Memahami Pembiayaan Peribadi Islamik

Pembiayaan peribadi Islamik, juga dikenali sebagai pinjaman patuh Syariah, mematuhi prinsip undang-undang Syariah yang melarang faedah (riba) atau unsur-unsur yang meragukan. Sebaliknya menggunakan konsep perkongsian keuntungan, pajakan, atau perjanjian jual beli semula.

Prinsip Utama Kewangan Islamik

Berikut adalah antara prinsip-prinsip yang diterapkan di dalam kewangan Islamik.

  • Larangan Riba: Tidak boleh mengenakan caj faedah. Keuntungan diperolehi melalui perkongsian atau perkhidmatan.
  • Larangan Spekulasi (Gharar): Tidak boleh berpunca daripada unsur yang meragukan atau tidak diketahui punca sehingga menimbulkan syak.
  • Perkongsian Keuntungan: Untung dan rugi dikongsi antara pihak yang terlibat (peminjam dan pemberi pinjaman).
  • Pelaburan dalam Aktiviti Halal: Dana yang digunakan perlu berpunca daripada aktiviti yang halal.

Jenis-Jenis Pembiayaan Peribadi Islamik di Malaysia

Terdapat beberapa jenis konsep pembiayaan Islamik yang digunakan di negara kita.

1. Murabahah (Pembiayaan Kos Tokok)

Murabahah melibatkan pemberi pinjaman membeli aset dan menjualnya semula kepada peminjam dengan margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Peminjam kemudiannya membayar semula dengan tempoh yang dipersetujui.

2. Ijarah (Pajakan)

Bank membeli aset dan memajakkannya kepada pelanggan dalam tempoh tertentu. Pelanggan membayar kos sewaan, dengan pilihan untuk membeli aset tersebut pada akhir tempoh pembayaran.

3. Tawarruq (Komoditi Murabahah)

Bank membeli komoditi dan menjual kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi. Pelanggan menjual semula komoditi tersebut kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai. Konsep ini kebiasaannya digunakan dalam pembiayaan peribadi dan kad kredit Islamik.

4. Wakalah

Pelanggan melantik bank sebagai ejen untuk menguruskan proses pembiayaan. Pelanggan menyediakan modal, dan bank akan menggunakan modal tersebut untuk membeli aset bagi pihak anda. Bank menerima upah dengan jumlah yang dipersetujui hasil daripada perkhidmatan tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut berkaitan prinsip yang digunakan, anda boleh baca artikel Konsep Perbankan Islam di Malaysia.

Perbandingan Antara Pinjaman Peribadi Islamik dan Konvensional

Ciri-ciri Pembiayaan Islamik Pinjaman Konvensional
Caj Faedah Tidak dikenakan Dikenakan
Perkongsian Risiko Ya Terhad
Aset Diperlukan Kebiasaannya tidak diperlukan
Penalti Lewat Bayar Terhad kepada kos sebenar Boleh di kompaun
Penyelesaian Awal Tidak mengenakan penalti. Ibra’ (rebat) akan diberikan. Mungkin terdapat tempoh ‘lock-in’. Penyelesaian awal pada tempoh ini mungkin dikenakan penalti.

Jadual: Perbezaan antara pembiayaan Islamik dan Pinjaman Konvensional

Kelebihan Pembiayaan Peribadi Islamik

Pembiayaan peribadi Islamik menawarkan beberapa kelebihan.

  • Beretika dan Patuh Syariah: Produk pembiayaan adalah sejajar dengan prinsip Islam, menawarkan ketenangan minda kepada individu yang mencari pembiayaan yang berpegang sepenuhnya kepada gaya hidup Islamik.
  • Telus dan Adil: Semua syarat dan terma dinyatakan dengan jelas, menggalakkan proses pembiayaan yang telus dan adil.
  • Fleksibiliti: Kebanyakan produk pembiayaan Islamik menawarkan pilihan bayaran balik yang fleksibel untuk memudahkan pengurusan kewangan.
  • Perkongsian Risiko: Risiko dikongsi bersama antara peminjam dan pemberi pinjaman.

Cara Memohon Pembiayaan Peribadi Islamik

Sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman peribadi Islamik, anda perlu mempertimbangkan faktor-faktor berikut.

Kriteria Kelayakan

Walaupun kelayakan adalah berbeza antara produk pembiayaan yang ditawarkan, kebiasaannya pemohon perlu mempunyai kelayakan seperti:

  • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas.
  • Mempunyai sumber pendapatan yang stabil dan tetap.
  • Mempunyai rekod kredit yang baik.

Tip Memilih Produk Pembiayaan Peribadi Islamik Terbaik

Ikuti petua berikut untuk memilih produk pembiayaan terbaik berdasarkan keperluan dan situasi kewangan anda.

  1. Kenal Pasti Keperluan Kewangan: Fahamkan betul-betul keperluan kewangan anda. Dalam erti kata lain, pilih produk pinjaman yang sesuai dengan matlamat kewangan dan keupayaan anda untuk buat bayaran balik.
  2. Bandingkan Produk Pembiayaan: Dengan pelbagai tawaran pembiayaan Islamik yang ditawarkan di Malaysia, penting untuk anda membandingkan pelan-pelan untuk mendapatkan produk pembiayaan terbaik. Kenal pasti ciri-ciri seperti caj kadar keuntungan, tempoh pembiayaan, dan caj dan yuran pemprosesan yang dikenakan.
  3. Semak Syarat dan Terma: Baca dan fahami syarat dan terma pinjaman terutama di bahagian yuran dan caj. Jangan teragak-agak untuk bertanya kepada pegawai bank sekiranya terdapat syarat yang kurang jelas atau meragukan.

Proses Permohonan

Setelah anda mengenal pasti pelan pembiayaan yang ingin dimohon, ikut langkah berikut untuk melancarkan proses permohonan pembiayaan peribadi Islamik.

  1. Sediakan semua dokumen yang diperlukan dokumen pengenalan diri, bukti pendapatan, penyata bank, dan sebagainya. Pastikan dokumen jelas dan tepat.
  2. Mohon secara dalam talian atau dengan mengunjungi institusi kewangan atau pemberi pinjaman.
  3. Sertakan dokumen bersama permohonan. Kebanyakan proses permohonan dalam talian menyediakan kemudahan untuk anda muat naik dokumen bersama borang permohonan online.
  4. Hantar permohonan dan tunggu maklum balas daripada pemberi pinjaman.

Kesimpulan

Pembiayaan peribadi Islamik menawarkan alternatif kepada pinjaman konvensional bagi rakyat Malaysia yang ingin meminjam tetapi ingin berpegang sepenuhnya kepada prinsip Syariah. Dengan memahami jenis-jenis pembiayaan yang sedia ada dan membandingkan produk pembiayaan dengan teliti, anda boleh mencari penyelesaian yang akan memenuhi keperluan kewangan anda.

Sedia untuk memilih produk pembiayaan peribadi Islamik di Malaysia? Rujuk bahagian di bawah untuk senarai produk yang ditawarkan daripada institusi kewangan terpilih. Guna sistem saringan yang kami sediakan untuk memudahkan anda buat pilihan.

Senarai Produk Pembiayaan Peribadi Islamik di Malaysia

Gunakan sistem saringan di bawah untuk membandingkan pelbagai produk pembiayaan peribadi Islamik yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islamik dan pemberi pinjaman di Malaysia. Tapis mengikut jenis pembiayaan, kadar keuntungan, tempoh pinjaman, dan lain-lain untuk mencari penyelesaian yang paling sesuai dengan keperluan kewangan anda.

Saringan

Sektor Pekerjaan
Tapis - Kotak Semak
wallet
Pendapatan Bulanan
RM800RM7,000
badge-percent
Kadar Faedah
% p.a2% p.a18
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman
Jumlah Minimum
RM500RM50000
Jumlah Maksimum
RM20000RM400000
calendar-range
Tempoh Pinjaman
Tempoh Minimum
bulan6bulan36
Tempoh Maksimum
bulan60bulan120
square-dollar
Kategori Pinjaman
Tapis - Kotak Semak
square-dollar
Cagaran/Tidak Bercagar
Tapis - Kotak Semak
Tapis - Kotak Semak
Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM10000 - RM150000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

5.5% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM4000

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej adalah pelan pembiayaan Islamik dari Bank Islam yang menawarkan caj kadar keuntungan yang rendah dengan jumlah pembiayaan yang tiinggi dan tempoh bayaran semula yang panjang. Pelan pembiayaan ini juga menawarkan tempoh keputusan permohonan yang pantas. Anda hanya tunggu tidak lebih dari 48 jam hari bekerja untuk tahu permohonan anda…

Baca Lebih Lanjut
Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM10000 - RM300000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

4.42% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM2000

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung ditawarkan khusus kepada kakitangan sektor awam dan sektor swasta dari syarikat terpilih. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah agak tinggi dengan tempoh bayaran balik yang panjang. Tempoh keputusan permohonan juga sangat pantas iaitu tidak lebih dari 48 jam hari bekerja.

Baca Lebih Lanjut
Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM10000 - RM300000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

4.99% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM2000

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap ditawarkan khusus kepada kakitangan sektor awam dan sektor swasta dari syarikat terpilih. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah agak tinggi dengan tempoh bayaran balik yang panjang. Tempoh keputusan permohonan juga sangat pantas iaitu tidak lebih dari 48 jam hari bekerja.

Baca Lebih Lanjut
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM3000 - RM250000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 60 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

5.45% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM2000

Standard Chartered Personal Financing-i daripada Standard Chartered Saadiq ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan termasuk para pesara. Pelan pembiayaan Islamik tidak bercagar ini menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi dengan caj kadar keuntungan yang rendah dan berpatutan. Syarat kelayakan juga tidak membebankan dan keperluan dokumen juga sangat ringkas.

Baca Lebih Lanjut
Public Bank BAE Personal Financing-i
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM150000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

3.99% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM1500

Public Bank BAE Personal Financing-i ditawarkan khusus kepada kakitangan sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, GLC dan badan berkanun. Pinjaman ini menawarkan payout yang sangat tinggi iaitu sehingga 98% dari jumlah pembiayaan. Peratusan lulus dan Jumlah pembiayaan yang tinggi, tempoh bayaran balik yang panjang dan caj kadar keuntungan yang sangat rendah buat pelan ini sangat diminati…

Baca Lebih Lanjut
MBSB Personal Financing Private-i
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM1000 - RM300000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

10.6% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3500

MBSB Personal Financing Private-i adalah pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar khusus untuk kakitangan sektor swasta dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GCL). Jumlah pembiayaan yang ditawarkan sangat tinggi dengan tempoh bayaran balik yang panjang. Pelan pembiayaan ini juga menawarkan ciri penyatuan hutang atau debt consolidation kepada pemohon yang layak.

Baca Lebih Lanjut
MBSB Personal Financing Mumtaz-i
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM1000 - RM250000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

4.8% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3000

MBSB Personal Financing Mumtaz-i ditawarkan khusus kepada kakitangan sektor awam sama ada kerajaan, GLC atau badan berkanun. Pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar ini membenarkan ciri penyatuan hutang untuk mereka yang ingin menghimpunkan hutang yang sedia ada ke dalam satu pelan pembiayaan untuk meringankan beban dan memudahkan bayaran bulanan.

Baca Lebih Lanjut
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM1000 - RM400000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

6.0% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3000

MBSB Personal Financing Afdhal-i menawarkan jumlah pembiayaan yang sangat tinggi dengan caj kadar faedah yang berpatutan. Dibuka permohonan kepada kakitangan sektor awam, pembiayaan Islamik tidak bercagar ini menawarkan ciri tempoh pembiayaan yang panjang, syarat kelayakan yang tidak membebankan, dan juga penyediaan dokumen yang ringkas.

Baca Lebih Lanjut
KFH Murabahah Personal Financing-i
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM150000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 96 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

6.88% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3000

KFH Murabahah Personal Financing-i adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar khusus kepada kakitangan syarikat GLC, MNC dan PLC. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan sangat tinggi dengan caj kadar keuntungan yang sangat rendah. Tempoh keputusan lulus pula cuma 3 hari bekerja. Ciri-ciri ini membuatkan pelan pembiayaan KFH ini sangat menarik untuk dimohon.

Baca Lebih Lanjut
Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM200000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

4.54% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM1000

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam ditawarkan kepada kakitangan sektor awam, sama ada kerajaan, GLC atau badan berkanun. Pelan pembiayaan ini membenarkan ciri penyatuan hutang atau debt consolidation. Dengan syarat kelayakan yang tidak membebankan, dan juga caj kadar keuntungan yang sangat rendah membuatkan pelan pembiayaan ini sangat popular di kalangan kakitangan awam.

Baca Lebih Lanjut

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Sumber Tambahan

Ingin maklumat tambahan berhubung pinjaman peribadi? Dapatkan melalui sumber berikut.

Panduan Lengkap Pinjaman Peribadi

Segalanya yang anda perlu tahu tentang pinjaman peribadi di Malaysia.
Baca Sekarang

Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi

Cari dan bandingkan pilihan pinjaman peribadi di Malaysia daripada institusi kewangan terpilih. 
Semak Sekarang

Soalan Lazim (FAQs)

Ada soalan tentang pinjaman peribadi? Dapatkan jawapan di laman Soalan Lazim Pinjaman Peribadi.
Dapatkan Jawapan

Glosari Pinjaman Peribadi

Keliru dengan terminologi pinjaman? Layari laman glosari untuk mengetahui apakah maksud sebenar istilah-istilah tersebut.
Lihat Glosari

Artikel & berita Pinjaman Peribadi

Kekal di hadapan dengan berita dan artikel pinjaman peribadi terkini di Malaysia.
Baca sekarang