Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.
Pinjaman Peribadi Islamik – Sebuah Panduan Lengkap
Pinjaman Peribadi Patuh Syariah Sebagai Pilihan Bijak untuk Kewangan Peribadi Anda

Di Malaysia, Perbankan Islamik telah menyaksikan perkembangan pesat dengan menawarkan pelbagai produk kewangan yang sesuai dengan prinsip dan keperluan masyarakat. Pembiayaan peribadi Islamik adalah satu daripada pilihan tersebut, membolehkan individu memperolehi dana untuk pelbagai tujuan sambil mematuhi prinsip Islam.
Panduan ini akan menyelami dunia pinjaman peribadi Islamik di Malaysia, dengan menjelaskan konsep asas, kelebihan, dan jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan.
Memahami Pembiayaan Peribadi Islamik
Pembiayaan peribadi Islamik, juga dikenali sebagai pinjaman patuh Syariah, mematuhi prinsip undang-undang Syariah yang melarang faedah (riba) atau unsur-unsur yang meragukan. Sebaliknya menggunakan konsep perkongsian keuntungan, pajakan, atau perjanjian jual beli semula.
Prinsip Utama Kewangan Islamik
Berikut adalah antara prinsip-prinsip yang diterapkan di dalam kewangan Islamik.
- Larangan Riba: Tidak boleh mengenakan caj faedah. Keuntungan diperolehi melalui perkongsian atau perkhidmatan.
- Larangan Spekulasi (Gharar): Tidak boleh berpunca daripada unsur yang meragukan atau tidak diketahui punca sehingga menimbulkan syak.
- Perkongsian Keuntungan: Untung dan rugi dikongsi antara pihak yang terlibat (peminjam dan pemberi pinjaman).
- Pelaburan dalam Aktiviti Halal: Dana yang digunakan perlu berpunca daripada aktiviti yang halal.
Jenis-Jenis Pembiayaan Peribadi Islamik di Malaysia
Terdapat beberapa jenis konsep pembiayaan Islamik yang digunakan di negara kita.
1. Murabahah (Pembiayaan Kos Tokok)
Murabahah melibatkan pemberi pinjaman membeli aset dan menjualnya semula kepada peminjam dengan margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Peminjam kemudiannya membayar semula dengan tempoh yang dipersetujui.
2. Ijarah (Pajakan)
Bank membeli aset dan memajakkannya kepada pelanggan dalam tempoh tertentu. Pelanggan membayar kos sewaan, dengan pilihan untuk membeli aset tersebut pada akhir tempoh pembayaran.
3. Tawarruq (Komoditi Murabahah)
Bank membeli komoditi dan menjual kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi. Pelanggan menjual semula komoditi tersebut kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai. Konsep ini kebiasaannya digunakan dalam pembiayaan peribadi dan kad kredit Islamik.
4. Wakalah
Pelanggan melantik bank sebagai ejen untuk menguruskan proses pembiayaan. Pelanggan menyediakan modal, dan bank akan menggunakan modal tersebut untuk membeli aset bagi pihak anda. Bank menerima upah dengan jumlah yang dipersetujui hasil daripada perkhidmatan tersebut.
Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut berkaitan prinsip yang digunakan, anda boleh baca artikel Konsep Perbankan Islam di Malaysia.
Perbandingan Antara Pinjaman Peribadi Islamik dan Konvensional
| Ciri-ciri | Pembiayaan Islamik | Pinjaman Konvensional |
|---|---|---|
| Caj Faedah | Tidak dikenakan | Dikenakan |
| Perkongsian Risiko | Ya | Terhad |
| Aset | Diperlukan | Kebiasaannya tidak diperlukan |
| Penalti Lewat Bayar | Terhad kepada kos sebenar | Boleh di kompaun |
| Penyelesaian Awal | Tidak mengenakan penalti. Ibra’ (rebat) akan diberikan. | Mungkin terdapat tempoh ‘lock-in’. Penyelesaian awal pada tempoh ini mungkin dikenakan penalti. |
Jadual: Perbezaan antara pembiayaan Islamik dan Pinjaman Konvensional
Kelebihan Pembiayaan Peribadi Islamik
Pembiayaan peribadi Islamik menawarkan beberapa kelebihan.
- Beretika dan Patuh Syariah: Produk pembiayaan adalah sejajar dengan prinsip Islam, menawarkan ketenangan minda kepada individu yang mencari pembiayaan yang berpegang sepenuhnya kepada gaya hidup Islamik.
- Telus dan Adil: Semua syarat dan terma dinyatakan dengan jelas, menggalakkan proses pembiayaan yang telus dan adil.
- Fleksibiliti: Kebanyakan produk pembiayaan Islamik menawarkan pilihan bayaran balik yang fleksibel untuk memudahkan pengurusan kewangan.
- Perkongsian Risiko: Risiko dikongsi bersama antara peminjam dan pemberi pinjaman.
Cara Memohon Pembiayaan Peribadi Islamik
Sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman peribadi Islamik, anda perlu mempertimbangkan faktor-faktor berikut.
Kriteria Kelayakan
Walaupun kelayakan adalah berbeza antara produk pembiayaan yang ditawarkan, kebiasaannya pemohon perlu mempunyai kelayakan seperti:
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas.
- Mempunyai sumber pendapatan yang stabil dan tetap.
- Mempunyai rekod kredit yang baik.
Tip Memilih Produk Pembiayaan Peribadi Islamik Terbaik
Ikuti petua berikut untuk memilih produk pembiayaan terbaik berdasarkan keperluan dan situasi kewangan anda.
- Kenal Pasti Keperluan Kewangan: Fahamkan betul-betul keperluan kewangan anda. Dalam erti kata lain, pilih produk pinjaman yang sesuai dengan matlamat kewangan dan keupayaan anda untuk buat bayaran balik.
- Bandingkan Produk Pembiayaan: Dengan pelbagai tawaran pembiayaan Islamik yang ditawarkan di Malaysia, penting untuk anda membandingkan pelan-pelan untuk mendapatkan produk pembiayaan terbaik. Kenal pasti ciri-ciri seperti caj kadar keuntungan, tempoh pembiayaan, dan caj dan yuran pemprosesan yang dikenakan.
- Semak Syarat dan Terma: Baca dan fahami syarat dan terma pinjaman terutama di bahagian yuran dan caj. Jangan teragak-agak untuk bertanya kepada pegawai bank sekiranya terdapat syarat yang kurang jelas atau meragukan.
Proses Permohonan
Setelah anda mengenal pasti pelan pembiayaan yang ingin dimohon, ikut langkah berikut untuk melancarkan proses permohonan pembiayaan peribadi Islamik.
- Sediakan semua dokumen yang diperlukan dokumen pengenalan diri, bukti pendapatan, penyata bank, dan sebagainya. Pastikan dokumen jelas dan tepat.
- Mohon secara dalam talian atau dengan mengunjungi institusi kewangan atau pemberi pinjaman.
- Sertakan dokumen bersama permohonan. Kebanyakan proses permohonan dalam talian menyediakan kemudahan untuk anda muat naik dokumen bersama borang permohonan online.
- Hantar permohonan dan tunggu maklum balas daripada pemberi pinjaman.
Kesimpulan
Pembiayaan peribadi Islamik menawarkan alternatif kepada pinjaman konvensional bagi rakyat Malaysia yang ingin meminjam tetapi ingin berpegang sepenuhnya kepada prinsip Syariah. Dengan memahami jenis-jenis pembiayaan yang sedia ada dan membandingkan produk pembiayaan dengan teliti, anda boleh mencari penyelesaian yang akan memenuhi keperluan kewangan anda.
Sedia untuk memilih produk pembiayaan peribadi Islamik di Malaysia? Rujuk bahagian di bawah untuk senarai produk yang ditawarkan daripada institusi kewangan terpilih. Guna sistem saringan yang kami sediakan untuk memudahkan anda buat pilihan.
Senarai Produk Pembiayaan Peribadi Islamik di Malaysia
Saringan
Cash-i Muamalat Pro

RM10000 - RM200000
24 - 120 bulan
2.69% p.a
RM5000
Cash-i Muamalat Pro ditawarkan khusus kepada golongan profesional sama ada individu mahupun pemilik firma profesional/bekerja sendiri. Pelan ini menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM250,000 dengan tempoh pembiayaan yang panjang. Caj kadar keuntungan yang dikenakan adalah rendah dan berpatutan. Pembiayaan ini juga membenarkan anda buat penyatuan hutang - sesuai dengan perkongsian kadar keuntungan rendah yang ditawarkan.
Baca Lebih LanjutCash-i Muamalat

RM10000 - RM200000
24 - 120 bulan
2.69% p.a
RM2000
Cash-i Muamalat daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad ditawarkan kepada kakitangan sektor awam yang berjawatan tetap mahupun yang berjawatan kontrak. Pelan ini menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Pelan pembiayaan peribadi Bank Muamalat ini juga membenarkan anda buat penyatuan hutang atau Debt Consolidation iaitu menyatukan pinjaman-pinjaman yang sedia ada…
Baca Lebih LanjutBank Islam Pembiayaan Peribadi Professional

RM10000 - RM300000
12 - 120 bulan
4.42% p.a
RM3500
Bank Islam Pembiayaan Peribadi Profesional disasarkan khusus kepada golongan profesional. Pelan pembiayaan ini menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi dengan tempoh pembaiyaan yang panjang. Caj kadar keuntungan yang dikenakan juga sangat berpatutan.
Baca Lebih LanjutPembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama (Bank Persatuan)

RM1000 - RM200000
12 - 120 bulan
2.69% p.a
RM2000
Pembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama (Bank Persatuan) menawarkan caj kadar keuntungan tahunan yang sangat rendah berbanding pelan pembiayaan peribadi Islamik yang lain. Pelan pembiayaan ini menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi. Anda juga layak mohon walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda.
Baca Lebih LanjutYayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi

RM2500 - RM150000
12 - 120 bulan
5.99% p.a
RM1500
Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi adalah pelan pembiayaan Islamik tidak bercagar yang 100% patuh Syariah. Pembiayaan ini khusus untuk kakitangan sektor awam. Antara ciri menarik pembiayaan ini ialah anda layak mohon walaupun anda disenaraihitamkan di laporan CTOS atau mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda. Mereka yang mengikuti program Pengurusan Kredit AKPK juga layak…
Baca Lebih LanjutKOPUTRI Pembiayaan Tawarruq

RM1000 - RM100000
12 - 120 bulan
5.90% p.a
RM1800
KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq adalah pelan pembiayaan daripada Koperasi Putri Terbilang. Pelan pembiayaan ini ditawarkan kepada kakitangan sektor awam. Antara ciri menarik pelan pembiayaan Islamik tidak bercagar ini ialah anda layak mohon walaupun anda mempunyai masalah CTOS atau CCRIS. Pelan ini juga membenarkan ciri penyatuan hutang atau debt consolidation.
Baca Lebih LanjutKOBETA Speed-i

RM2000 - RM250000
24 - 120 bulan
6.90% p.a
RM1500
KOBETA Speed-i adalah pelan pembiayaan Islamik tidak bercagar dari Koperasi Kobeta. Pelan pembiayaan ini menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi dengan tempoh pembiayaan yang panjang. Pelan ini sesuai untuk mereka yang berpendapatan rendah dengan syarat kelayakan yang longgar. Kadar keuntungan rata yang dikenakan sangat berpatutan.
Baca Lebih LanjutBSN MyRinggit-i PRIMA

RM10000 - RM400000
24 - 120 bulan
6.5% p.a
RM3000
BSN MyRinggit-i PRIMA adalah pelan pembiayaan Islamik yang dikhususkan kepada pengamal perubatan. Sama ada anda sedang berkhidmat sebagai pengamal perubatan atau ingin pembiayaan untuk menjalankan perniagaan sendiri, ini adalah pelan yang boleh anda mohon. Pelan pembiayaan peribadi BSN ini menawarkan Jumlah pembiayaan yang tinggi dengan caj kadar keuntungan yang berpatutan.
Baca Lebih LanjutYayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i

RM2500 - RM250000
12 - 120 bulan
6.99% p.a
RM1500
Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i adalah pelan pembiayaan Islamik tidak bercagar yang 100% patuh Syariah. Pembiayaan ini khusus untuk kakitangan sektor awam. Antara ciri menarik pembiayaan ini ialah anda layak mohon walaupun anda disenaraihitamkan di laporan CTOS atau mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda. Mereka yang mengikuti program Pengurusan Kredit AKPK juga layak mohon.
Baca Lebih LanjutKOWAMAS e-Wawasan

RM3000 - RM200000
24 - 120 bulan
3.99% p.a
RM1500
KOWAMAS e-Wawasan menawarkan ciri-ciri menarik seperti jumlah pembiayaan yang tinggi dengan tempoh yang panjang. Anda juga boleh menggunakan ciri penyatuan hutang dengan pinjaman ini untuk menyatukan hutang-hutang kepada satu pinjaman. Dengan kadar keuntungan tahunan yang rendah, pinjaman ini sesuai dimohon bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan.
Baca Lebih Lanjut