Skim Bantuan Kewangan Covid-19 Maybank 2022 Diteruskan

calendar-range
Dikirim 11/03/2022
(dikemaskini 21/12/2023)
Skim Bantuan Kewangan Covid-19 Maybank 2022 Diteruskan

Pihak Maybank mengumumkan pada 9hb Mac 2022 yang lalu bahawa mereka akan meneruskan Skim Bantuan Kewangan Covid-19 Maybank (Maybank Covid-19 Financial Relief Scheme) kepada pelanggan yang masih terjejas akibat pandemik yang melanda.

Maybank menawarkan dua skim bantuan, iaitu Program Pengurusan & Ketahanan Kewangan (URUS) dan Pelan Bantuan Pembayaran Balik Maybank.

Program Pengurusan & Ketahanan Kewangan (URUS) Maybank

Program URUS Maybank menawarkan bantuan bayaran balik dalam bentuk pengecualian kadar faedah/keuntungan atau penangguhan dan pengurangan bayaran bulanan. Pelanggan kategori B50 yang layak boleh memilih antara dua pilihan ini untuk mengurangkan beban kewangan mereka.

Bantuan ini diberikan untuk produk dan perkhidmatan Maybank seperti pinjaman dan pembiayaan perumahan, kenderaan, peribadi, ASB, pendidikan dan baki kad kredit.

Kelayakan

URUS atau Financial Management and Resilience Program ditawarkan kepada pelanggan Maybank dalam kategori B50 yang memenuhi semua kriteria berikut:

  • Sedang mengikuti program bantuan bayaran balik untuk pinjaman/pembiayaan, seperti PEMERKASA Plus, PEMULIH, Program Khas Bank dan sebagainya pada 30 September 2021.
  • Pendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM5,880.
  • Pinjaman/pembiayaan tidak mempunyai tunggakan melebihi 90 hari dari tarikh permohonan URUS.
  • Mengalami pengurangan pendapatan sehingga 50%.

*Pelanggan yang sedang mengikut Program Bantuan Banjir (Flood Relief Assistance Programme) juga layak mohon.

Dokumen

Untuk mohon program URUS Maybank, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut:-

Tidak bekerja

Salah satu daripada dokumen berikut:

  • Penyata KWSP 2020 & 2021; atau
  • Penyata cukai pendapatan 2019 & 2020; atau
  • Penyata bank 6 bulan terkini; atau
  • Surat penamatan perkhidmatan atau surat pemberhentian kerja.

Bekerja dengan pengurangan pendapatan

Salah satu daripada dokumen berikut:

  • Penyata KWSP 2020 & 2021; atau
  • Penyata cukai pendapatan 2019 & 2020; atau
  • 1 bulan slip gaji terkini 2021 & sebarang 1 bulan slip gaji pada tahun 2020; atau
  • Surat pengesahan lantikan jawatan.

Bekerja sendiri dengan pengurangan pendapatan

Salah satu daripada dokumen berikut

  • Penyata bank dengan bukti pengurangan pendapatan sehingga 50% dalam tempoh 2 tahun; atau
  • Penyata bayaran cukai pendapatan tahun 2019 & 2020.

Bekerja sendiri yang menutup perniagaan

Salah satu daripada dokumen berikut:

  • Penyata bank dengan bukti pengurangan pendapatan dalam tempoh 2 tahun; atau
  • Penyata bayaran cukai pendapatan tahun 2019 & 2020.

Sekiranya anda layak dan dapat sediakan dokumen yang diperlukan, anda boleh mohon melalui laman sesawang Maybank.

Pelan Bantuan Pembayaran Balik Maybank

Kelayakan

Pelan Maybank Repayment Assistance Plans pula adalah untuk individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang memerlukan bantuan kewangan dengan ciri-ciri berikut:

  • Pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%; atau
  • Kehilangan pekerjaan; atau
  • Pengurangan keuntungan (PKS).

Dan memenuhi kriteria berikut:

  • Tidak mengikuti program bantuan bayaran balik seperti URUS, Bantuan Bayaran Balik Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, penjadualan dan penstrukturan semula oleh bank, dan sebagainya pada tarikh permohonan.
  • Tunggakan pinjaman/pembiayaan tidak lebih daripada 90 hari pada tarikh permohonan.
  • Pinjaman/pembiayaan lulus/dikeluarkan pada atau sebelum 30 September 2021.

Pelan ini ditawarkan dalam tiga pakej, iaitu:

Pakej 1

Pengurangan bayaran balik bulanan sehingga 50% selama 6 bulan untuk pinjaman/pembiayaan perumahan, pendapatan, ASB, pendidikan, PKS, dan kenderaan (sewa-beli).

Pakej 2

Penukaran baki tertunggak kepada bayaran balik bulanan selama 36 bulan. Pakej ini hanya untuk kad kredit.

Pakej 3

Penangguhan bayaran balik selama 6 bulan bersama pengurangan bayaran balik sebanyak 50% selama 9 bulan. Pakej ini adalah untuk pinjaman/pembiayaan perumahan, gaji, ASB, pendidikan, dan PKS.

Pakej 4

Penangguhan bayaran balik selama 6 bulan dan lanjutan tempoh pinjaman/pembiayaan untuk pinjaman/pembiayaan kenderaan (sewa beli).

Dokumen

Dokumen yang perlu disediakan untuk mohon adalah bergantung kepada kategori permohonan. Untuk pelanggan Maybank yang mengalami pengurangan pendapatan sehingga 50%:

Makan gaji dan mengalami pengurangan pendapatan

Salah satu daripada dokumen berikut:

  • Penyata KWSP 2019 dan terkini; atau
  • Resit bayaran cukai pendapatan 2019 dan terkini; atau
  • Slip gaji 1 bulan terkini dan 1 bulan slip gaji sebelum pengurangan pendapatan; atau
  • Surat dari majikan yang mengesahkan pengurangan pendapata.

Bekerja sendiri dan mengalami pengurangan pendapatan

Salah satu daripada dokumen berikut:

  • Penyata bank yang membuktikan pengurangan pendapatan sehingga 50% dalam tempoh 2 tahun sebelum; atau
  • Resit bayaran cukai pendapatan 2019 dan terkini.

PKS dan mengalami pengurangan pendapatan

Salah satu daripada dokumen berikut:

  • Penyata bank 3 bulan terkini; atau
  • Penyata kewangan perniagaan terkini.

Untuk individu kehilangan pekerjaan dan peniaga yang terpaksa menutup perniagaan pula:

Individu yang hilang kerja

Salah satu daripada dokumen berikut:

  • Penyata KWSP 2020 & 2021; atau
  • Penyata cukai pendapatan 2019 & 2020; atau
  • Penyata bank 6 bulan terkini; atau
  • Surat penamatan perkhidmatan atau surat pemberhentian kerja.

Bekerja sendiri dan terpaksa menutup perniagaan

Salah satu daripada dokumen berikut:

  • Penyata bank dengan bukti pengurangan pendapatan dalam tempoh 2 tahun; atau
  • Penyata bayaran cukai pendapatan tahun 2019 dan terkini; atau
  • Penyata kewangan perniagaan terkini.

Individu yang ingin mohon Pelan Bantuan Pembayaran Balik Maybank boleh menghantar E-Mail kepada [email protected] manakala PKS pula boleh menghantar E-Mail kepada [email protected].

Untuk maklumat lanjut berhubung pelan bantuan kewangan Maybank ini, anda boleh menghubungi terus pihak Maybank melalui talian khidmat pelanggan di 1-300 88 6688 dan tekan *1 untuk program ini.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments