Akan dibuka dalam tab baharu

Semak Maklumat Sebelum Mohon Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Semak maklumat pakej pengeluaran khas KWSP RM10,000

Pihak KWSP telah mengeluarkan maklumat terbaru berhubung pakej Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 yang diumumkan baru-baru ini pada laman Facebook mereka. Menurut kiriman di laman tersebut, KWSP menekan beberapa perkara seperti cara yang betul untuk mohon dan syarat ringkas permohonan untuk melancarkan urusan memohon pakej khas tersebut.

Apa yang ditekankan ialah permohonan pengeluaran khas ini hanya boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui Portal Pengeluaran Khas KWSP.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara online di Portal Pengeluaran Khas KWSP

Perkara ini diingatkan kerana terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan dengan membangunkan laman sesawang palsu dengan tujuan untuk mengelirukan pencarum.

Pihak KWSP juga menyenaraikan beberapa senarai semak untuk ahli berhubung pengeluaran ini. Antaranya ialah;

  • Pastikan nombor telefon bimbit anda adalah yang terkini dan berdaftar dengan KWSP.
  • Semak baki simpanan KWSP supaya mencukupi sebelum mohon kelak.
  • Akaun bank simpanan atau semasa adalah aktif dan boleh menerima transaksi.
  • Akaun anda adalah di atas nama anda sendiri sebagai ahli dan bukan akaun bersama atau syarikat.

Selain itu, ahli yang tidak mempunyai akaun bank diberi kelonggaran untuk memilih Arahan Bayaran (Payment Instruction) sebagai kaedah bayaran alternatif.

Senarai semakan sebelum mohon Pakej Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Oleh itu, pastikan anda menyemak senarai di atas sebelum bersedia untuk mohon. Anda boleh kemaskini maklumat peribadi ahli KWSP anda menerusi kiosk KWSP atau cawangan terdekat. Anda juga boleh menghubungi pihak EPF melalui E-Mail untuk bantuan.

Semak juga bagi akaun simpanan KWSP anda dan pastikan akaun bank anda aktif.

Menurut pihak KWSP lagi, senarai soalan lazim pengeluaran khas yang lengkap akan dihebahkan dalam masa terdekat.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir