Akan dibuka dalam tab baharu

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Diluluskan Kerajaan

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa kerajaan telah membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran one-off sebanyak RM10,000. Kemudahan pengeluaran khas KWSP ini dibenarkan kepada semua rakyat Malaysia, terutama yang masih terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pengeluaran Khas KWSP RM10000

Kenyataan ini disambut baik oleh pencarum, dan ramai yang berterima-kasih di atas keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Permohonan pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini akan mula dibuka pada 1 April 2022, dan pembayaran akan mula di buat bermula 20 April 2022. Permohonan ditawarkan kepada ahli KWSP di bawah umur 55 tahun dan jumlah pengeluaran minimum yang dibenarkan ialah RM50, dan maksimum RM10,000.

Dana pengeluaran akan diambil daripada baki Akaun 2 pencarum terlebih dahulu. Jika tidak mencukupi barulah pihak KWSP akan mengakses Akaun 1.

Pengeluaran Khas KWSP 2022
Pengeluaran Khas KWSP 2022

Kesan Terhadap Pencarum

Sebelum ini kerajaan telah membenarkan pengeluaran khas KWSP melalui i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra. Pengeluaran Khas KWSP ini adalah pakej ke empat yang ditawarkan kepada para pencarum. Sehingga kini dianggarkan sebanyak RM10.1 billion telah dikeluarkan oleh pencarum menerusi program pengeluaran khas KWSP ini.

Situasi ini telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada pencarum KWSP. Ramai yang mengeluarkan simpanan lebih daripada sepatutnya, mengakibatkan simpanan pencarum terjejas dan akan memberi kesan yang buruk pada masa hadapan.

Penipu Mengambil Kesempatan

Walaupun berita ini baru sahaja diumumkan semalam, telah terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan mewujudkan laman sesawang palsu untuk pengeluaran khas KWSP ini. Perkara ini telah dikongsi oleh pihak Kumpulan Simpanan Wang Pekerja di laman Facebook mereka.

Scammer Pengeluaran Khas KWSP 2022

Oleh itu, anda harus berhati-hati kerana akan wujud lagi penipu atau scammer yang sentiasa mencari mangsa.

Hanya mohon melalui kaedah yang akan diumumkan oleh pihak KWSP dalam masa terdekat. Sentiasa layari laman sesawang rasmi KWSP atau laman Facebook KWSP untuk maklumat terkini berhubung perkara ini.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir