Akan dibuka dalam tab baharu

Promosi Pelan Kredit Maybank November 2023

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Promosi pelan kredit Maybank November 2023

Berita baik kepada pemegang kad kredit Maybank atau Maybank Islamic. Pihak Maybank telah melancarkan kempen pelan kredit yang meliputi pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan ansuran tunai Maybank.

Promosi Pelan Maybank Balance Transfer/i

Promosi terhad Maybank Balance Transfer/-i membolehkan pelanggan memindahkan baki tertunggak dari bank-bank lain ke kad kredit Maybank merekatanpa kadar faedah (zero interest). Yuran pengendalian juga dikecualikan, menawarkan penjimatan yang tiada tandingan.

TEMPOH BAYARAN (BULAN)CAJ PENGENDALIAN (%)KADAR FAEDAH (% P.A)JUMLAH PINDAHAN(RM)
12Dikecualikan0%RM1,000 – RM50,000
Jadual promosi Maybank Balance Transfer/i Plan

Promosi Pelan Maybank EzyPay Plus/i

Sementara itu, promosi Maybank EzyPay Plus/-i pula membenarkan anda menukar pembelian melalui kad kredit Maybank kepada bayaran ansuran bulanan juga tanpa kadar faedah, dengan syarat anda buat transaksi pembelian tidak kurang daripada RM1,000 dalam satu resit.

TEMPOH BAYARAN (BULAN)CAJ PENGENDALIAN (%)KADAR FAEDAH (% P.A)PEMBELIAN MINIMUM (RM)
6Dikecualikan0%RM1000
Jadual promosi Maybank EzyPay Plus/i

Promosi Pelan Maybank EzyCash/i

Untuk promosi Maybank EzyCash/-i pula, anda boleh pinjam sehingga 70% daripada had kredit (credit limit) dan pilih untuk bayar balik antara 6 hingga 36 bulan juga tanpa kadar faedah dan tiada yuran pengendalian dikenakan.

TEMPOH PINJAMAN (BULAN)JUMLAH PINJAMAN MINIMUM (RM)KADAR FAEDAH (% P.A)CAJ PENGENDALIAN
62,0000% p.a3.88% Dikecualikan
122,0008.88% p.aDikecualikan
182,0008.88% p.aDikecualikan
242,0008.88% p.aDikecualikan
362,0008.88% p.aDikecualikan
Jadual promosi Maybank EzyCash/i

Ketiga-tiga promosi ini sah sehingga 31 Disember 2023. Jika anda berminat, anda boleh mohon melalui laman perbankan internet Maybank2u atau melalui aplikasi MAE di telefon pintar anda.

Sekiranya anda masih belum memiliki kad kredit Maybank atau Maybank Islamic, anda boleh lihat senarai kad yang ditawarkan oleh Maybank dan bandingkan mana satu kad yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda.

Lihat senarai kad kredit Maybank/Maybank Islamic

Sumber: Laman Promosi Maybank

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir