Akan dibuka dalam tab baharu

Program Bantuan Sementara AKPK untuk Individu dan PKS

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Program Bantuan Sementara AKPK

Pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah mengumumkan pembangunan program bantuan sementara untuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang masih terkesan walaupun telah menerima bantuan ekonomi PEMULIH.

Temporary Relief Programme (TRP) ini telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat. Menurut beliau, program ini akan membantu meringankan beban individu dan PKS di bawah AKPK. Walaupun banyak bantuan yang telah diberikan bersama Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) baru-baru ini, masih terdapat individu dan PKS yang masih kehilangan sumber pendapatan.

Di bawah program ini, peminjam di bawah AKPK yang menghadapi masalah seperti kehilangan sumber pendapatan atau kematian pencari nafkah akan menerima pengurangan caj faedah daripada bank. Ini adalah antara pakej bantuan penstrukturan semula pinjaman.

Golongan ini juga akan menerima kaunseling dan khidmat nasihat daripada AKPK untuk perancangan kewangan yang lebih berhebah. Pihak AKPK juga akan memberikan latihan pengurusan kewangan dan rujukan kepada agensi yang berkaitan menerusi Rangkaian Sinergi Sosial untuk meningkatkan kemahiran dan pendapatan peminjam.

Program bantuan sementara AKPK ini adalah salah satu daripada program yang akan dilaksanakan untuk menghapuskan tanggapan bahawa akan ada golongan yang tercicir apabila bantuan moratorium berakhir.

Menurut beliau lagi, institusi perbankan di Malaysia telah banyak membantu di zaman kegawatan ini dengan memberikan kelonggaran dan mengurangkan kos kredit untuk membantu pelanggan. Tambahan lagi pihak bank telah bersetuju untuk mengetepikan faedah terkompaun dan penalti lewat bayar semasa moratorium. Walau bagaimanapun, faedah terakru masih diteruskan.

Semoga Program Bantuan AKPK ini akan membantu mereka yang terjejas akibat daripada pandemik yang melanda.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

1 Comment
Terbaru
Terakhir