Akan dibuka dalam tab baharu

Public Bank World MasterCard

Kad kredit Public Bank World MasterCard 
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Tanpa Yuran Tahunan
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Air Miles, Mata Ganjaran, Premium, Tanpa Yuran Tahunan

Jika anda sedang mencari kad kredit dengan ganjaran Air Miles, anda mungkin boleh mempertimbangkan kad kredit Public Bank World MasterCard. Kad ini bukan sahaja menawarkan sehingga 3x mata Air Miles dengan setiap RM1, tetapi juga datang dengan pelbagai ciri keistimewaan yang akan memudahkan perjalanan anda.

Antara ciri utama yang ditawarkan oleh kad kredit Public Bank ini ialah mata ganjaran dalam bentuk Air Miles. Anda akan menerima 3x mata Air Miles untuk setiap perbelanjaan RM1 di luar negara, dan 1x mata Air Miles untuk perbelanjaan dalam negara. Mata yang terkumpul boleh anda tukar dengan AirAsia Points atau Enrich Points. Walau bagaimanapun, anda perlu tebus mata terkumpul dalam jangka masa 3 tahun sebelum tamat tempoh.

Selain ganjaran Air Miles, kad PBE World MasterCard juga memberi perlindungan insurans perjalanan sehingga RM500,000, termasuk perlindungan untuk penerbangan tertunda atau terlepas, dan bagasi hilang atau tertunda. Anda hanya perlu tempah tiket penerbangan dengan kad anda untuk layak menerima perlindungan ini secara automatik.

Tidak lupa juga keistimewaan akses percuma kepada Plaza Premium Lounge di lapangan terbang seluruh Malaysia seperti KLIA, KLIA2, dan Pulau Pinang. Nikmati kemudahan istimewa seperti Wi-Fi percuma, makanan dan minuman, dan akhbar antarabangsa. Anda juga akan mendapat diskaun sehingga 25% bagi kadar masuk tanpa tempahan untuk lawatan seterusnya, atau untuk tetamu yang anda bawa bersama.

Public Bank World MasterCard Credit Card juga datang dengan perlindungan pembelian e-Dagang (E-Commerce Purchase Protection), yang melindungi anda sehingga USD200 setahun untuk barangan yang tidak tiba atau rosak.

Kad ini juga menawarkan pelan pindahan baki dengan kadar faedah 0% dan pelan bayaran ansuran mudah. Public Bank Balance Transfer Plan memudahkan anda menyelesaikan hutang kad kredit lama dengan memindahkan baki tertunggak kepada kad kredit PBE anda. Public Bank Flexipay Plan pula menawarkan belian barangan serendah RM1,000 yang boleh anda tukar kepada bayaran ansuran bulanan.

Anda juga tidak perlu risau tentang yuran tahunan kerana kad kredit Public Bank World MasterCard adalah percuma seumur hidup, maksudnya anda tidak perlu membayar sebarang yuran tahunan untuk kad utama atau kad tambahan. Walau bagaimanapun, anda masih perlu membayar yuran dan caj lain, seperti kadar faedah, yuran pendahuluan tunai, yuran pembayaran lewat, dan yuran transaksi luar negara.

Kad ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja, warganegara Malaysia mahupun ekspatriat yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM100,000. Anda hanya perlu sediakan dokumen seperti pengenalan diri dan bukti pendapatan untuk mohon.

Dengan ganjaran mata Air Miles dan keistimewaan perjalanan lengkap, kad kredit Public Bank World MasterCard boleh menjadi teman perjalanan yang setia bagi mereka yang sering melancong ke luar negara. Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap kad ini dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Public Bank World MasterCard

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan pulangan mata ganjaran dalam bentuk Air Miles dengan setiap transaksi kad anda.

JUMLAH MATA AIR MILES JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
3 RM1 Perbelanjaan luar negara
1 RM1 Perbelanjaan dalam negara

Mata Air Miles yang terkumpul boleh anda tukar kepada:

  • 8,500 Air Miles kepada 1,000 Enrich Miles.
  • 8,500 Air Miles kepada 2,000 AirAsia BIG Points.

Sebagai contoh, katakan anda membelanjakan purata RM2,000 sebulan pada kad kredit anda, di mana RM500 adalah perbelanjaan luar negara dan RM1,500 adalah perbelanjaan tempatan. Dalam setahun, anda akan mendapat 18,000 Air Miles, bersamaan dengan 2,117 Enrich Miles atau 4,235 AirAsia BIG Points. Ini cukup untuk satu penerbangan ekonomi sehala dalam.

Harap maklum yang mata Air Miles anda hanya sah dalam tempoh 3 tahun. Jadi kumpul dan tukar Air Miles anda sebelum tamat tempoh.

ganjaran perjalanan

Nikmati keselesaan perjalanan dengan kad kredit Public Bank World MasterCard anda.

Perlindungan Insurans Perjalanan yang diaktifkan secara automatik setiap kali anda guna kad kredit anda untuk bayaran penuh tiket penerbangan. Perlindungan ini meliputi kematian akibat kemalangan dan kecacatan kekal, serta gangguan perjalanan seperti penerbangan tertunda atau terlepas, bagasi hilang atau tertunda, dan perbelanjaan perubatan.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM500,000
Terlepas penerbangan Sehingga RM400
Kelewatan penerbangan Sehingga RM400
Kehilangan bagasi Sehingga RM1,000
Kelewatan bagasi Sehingga RM400

Nikmati 3x akses percuma setiap tahun ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang yang mengambil bahagian. Antaranya ialah:

  1. Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
  2. Kuala Lumpur International Airport (KLIA2).
  3. Penang International Airport.

Akses ini termasuk diskaun 25% untuk tetamu yang anda bawa bersama.

Ciri premium

Beli-belah dalam talian tanpa risiko dengan Perlindungan Pembelian e-Commerce, yang melindungi anda sehingga USD200 setahun. Perlindungan ini merangkumi barangan yang ditempah tidak dihantar, penghantaran salah atau tidak lengkap, atau kerosakan fizikal semasa penghantaran.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Tanpa Yuran Tahunan
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Public Bank Balance Transfer
Public Bank Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Public Bank dengan pelan Public Bank Balance Transfer. Pindahan serendah RM1,000 tanpa caj faedah dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Public Bank Flexipay Plan
Public Bank Flexipay Plan

Inginkan barangan idaman anda tapi kesempitan modal? Mudah dengan pelan Flexipay dari Public Bank. Pembelian serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Public Bank World MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Public Bank World MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Public Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Public Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Public Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Public Bank World MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Public Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Public Bank World MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Public Bank World MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Public Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Public Bank Berhad

Public Bank Berhad
Public Bank Berhad, ditubuhkan pada 1966 dengan moto 'bank untuk rakyat', kini adalah salah satu kumpulan perbankan terbesar di Malaysia. Dengan rangkaian luas 259 cawangan dan lebih 2000 terminal di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, Public Bank (bersama Public Islamic Bank) menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

ICBC UnionPay Dual Currency Platinum

Kad kredit ICBC UnionPay Dual Currency Platinum adalah sebuah kad premium yang menawarkan transaksi dalam…

Kad kredit AEON Japan Club of Kuala Lumpur

Kad kredit AEON Japan Club of Kuala Lumpur menawarkan bukan sahaja pulangan tunai, tetapi juga mata ganjaran, perlindungan…

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i menawarkan ganjaran dan pulangan berganda sepanjang…

AEON BiG Visa Gold

Kad kredit yang sesuai bagi mereka yang gemar membeli-belah. Dapatkan ganjaran dalam bentuk rebat tunai…