Akan dibuka dalam tab baharu

Public Bank Quantum Visa

Public Bank Quantum Visa
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium, Pulangan Tunai

Public Bank Quantum Visa adalah kad kredit daripada Public Bank Berhad (PBE) dengan yuran tahunan percuma seumur hidup. Kad ini juga didatangkan dengan ciri-ciri menarik seperti rebat tunai, mata ganjaran dan pelan bayaran ansuran mudah.

Dengan ciri rebat tunai (cash back) daripada kad Quantum Visa ini, anda akan dapat sehingga 5% rebat tunai setiap kali buat pembayaran menggunakan fungsi pembayaran tanpa sentuhan (contactless  transaction) melalui Visa payWave. Pulangan rebat tunai ini akan diberikan untuk transaksi RM30 ke atas untuk sebarang kategori perbelanjaan.

Kad ini juga menawarkan ciri mata ganjaran dalam bentuk Public Bank VIP Points. Anda akan menerima  1 mata ganjaran bagi setiap transaksi RM1 untuk perbelanjaan dalam negara, dan 2 mata ganjaran bagi setiap RM1 untuk transaksi luar negara.

Pihak Public Bank juga menawarkan pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) untuk kad Public Bank Quantum Visa melalui Public Bank Flexipay Plan. Pelan ini membenarkan anda menukar belian kad kredit anda kepada bayaran ansuran dengan transaksi serendah RM1,000. Anda boleh pilih untuk buat bayaran dari 6 hingga 48 bulan dengan caj kadar faedah serendah 1.5% p.a.

Jika anda ingin buat pemindahan baki daripada kad kredit lama ke kad kredit Public Bank Quantum Visa, anda boleh guna pelan pindahan baki Public Bank Balance Transfer. Buat pindahan baki serendah RM1,000 dengan tempoh sehingga 36 bulan. Tiada caj kadar faedah (interest) yang dikenakan.

Seperti yang telah dinyatakan, kad ini adalah percuma seumur hidup – untuk kad utama (principal card) dan juga kad tambahan (supplementary card). Cuma caj cukai jualan dan perkhidmatan akan dikenakan apabila anda mohon kad ini. Sekiranya permohonan anda lulus, anda akan diberi 20 hari tanpa faedah untuk penggunaan anda.

Pihak Public Bank menawarkan kad kredit Public Bank Quantum Visa kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kerakyatan dengan umur 21 tahun ke atas. Anda perlu berpendapatan bulanan RM3,000 atau tahunan RM36,000.

Jika anda ingin mohon kad ini, baca lebih lanjut maklumat di bawah termasuk bagaimana kaedah untuk mohon secara atas-talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Public Bank Quantum Visa

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan pulangan rebat tunai sebanyak 5% daripada jumlah transaksi anda yang menggunakan kaedah bayaran tanpa sentuhan menerusi Visa payWave. Anda cuma perlu berbelanja RM30 ke atas. Pulangan cash back ini dihadkan kepada RM30 setiap bulan. Jadi anda sudah jimat RM30 dengan kad kredit Public Bank Quantum Visa anda.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Transaksi pembayaran tanpa sentuhan (contactless  payment) 5% RM30 RM30 dan ke atas

Mata ganjaran (reward points)

Kumpul mata ganjaran dalam bentuk Public Bank VIP Points setiap kali anda guna kad anda untuk beli-belah atau makan-makan. Mata ganjaran akan diberikan tidak kira anda berbelanja di dalam atau luar negara. Setiap perbelanjaan dalam negara akan menerima ganjaran 1 mata untuk RM1, dan perbelanjaan luar negara akan menerima 2 mata ganjaran untuk RM1.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
1 RM1 Perbelanjaan runcit dalam negara
2 RM1 Perbelanjaan runcit luar negara

Ciri premium

Dapatkan kad Public Bank Quantum MasterCard percuma dengan setiap permohonan kad kredit Quantum Visa. Lihat laman Public Bank Quantum MasterCard untuk mengetahui ciri-ciri istimewa yang ditawarkan oleh kad ini.

Anda juga akan menerima diskaun 50% untuk upah perkhidmatan penulisan Wasiat daripada pihak Public Bank.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Public Bank Balance Transfer
Public Bank Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Public Bank dengan pelan Public Bank Balance Transfer. Pindahan serendah RM1,000 tanpa caj faedah dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Public Bank Flexipay Plan
Public Bank Flexipay Plan

Inginkan barangan idaman anda tapi kesempitan modal? Mudah dengan pelan Flexipay dari Public Bank. Pembelian serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Public Bank Quantum Visa

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Public Bank Quantum Visa

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Public Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Public Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Public Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Public Bank Quantum Visa untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Public Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Public Bank Quantum Visa

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Public Bank Quantum Visa?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

12 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Public Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Public Bank Berhad

Public Bank Berhad
Public Bank Berhad, ditubuhkan pada 1966 dengan moto 'bank untuk rakyat', kini adalah salah satu kumpulan perbankan terbesar di Malaysia. Dengan rangkaian luas 259 cawangan dan lebih 2000 terminal di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, Public Bank (bersama Public Islamic Bank) menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank World MasterCard

Kad kredit Maybank World MasterCard menawarkan kelebihan mata ganjaran Treats AirMiles yang boleh anda tebus…

Kad kredit UOB World

Kad kredit UOB World menawarkan pulangan mata ganjaran UNIRinggit, perlindungan perjalanan, akses percuma ke Plaza Premium Lounge dan…

Kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards

Kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards adalah kad edisi terhad RHB yang menawarkan…

Kad kredit AEON Classic Visa Card 

Kad kredit AEON Classic Visa menawarkan pulangan tunai dan mata ganjaran serta pelbagai tawaran eksklusif termasuk…